Koleksi Kreatif Cheq Sue

Seni kreatif sulaman tangan

  • BENGKEL
  • BIODATA
  • Butik
  • Hubungi
  • MonaVie

Koleksi Kreatif Cheq-Sue

8

Bunga Sakura di ILHAM Jawi

Posted by cheq sue
at August 26, 2009

gambar kak sue 066

Seminggu sebelum Induksi kump 1/2009 bermula, kami amat teruja melihatkan pemandangan yang sungguh cantik di sekitar blok pentadbiran kerana pokok-pokok yang menghiasi lanskap kami rupa-rupanya mengeluarkan bunga yang sangat cantik seakan-akan bunga Sakura. Ada yang berwarna pink dan ada juga yang berwarna putih. Nasib baik cheq-sue sempat juga rakam sedikit gambar pemandangan indah ini kerana bunga ni mudah gugur dan musimnya hanya 1-2 minggu sahaja. Nampaknya kat Parit Buntar juga pokok-pokok ini banyak ditanam di tepi jalan raya utama sebagai pokok lanskap. Hingga kini cheq-sue masih tercari-cari apakah nama pokok ini yang sebenar?

gambar kak sue 067 gambar kak sue 069 gambar kak sue 081 gambar kak sue 070pgambar kak sue 075 gambar kak sue 078

Pemandangan di luar tingkap kelihatan pokok-pokok sakura ini. Wakru ni kami sedang berbincang untuk aktiviti LDK semasa induksi nanti.

Kerjaya
8

Manik Baju Raya Aisyah Sofea

Posted by cheq sue
at August 22, 2009

IMG_4013

IMG_4014 IMG_4009

Selepas menyiapkan baju raya Ain, kini giliran baju raya Aisyah pula. Kesian Aisyah, setiap kali melihat cheq-sue menjahitkan manik pada baju Ain, terkulat-kulat mata Aisyah melihat seolah-olah mengharapkan bajunya juga dijahit manik macam tu.

Baju dibeli siap di pasar malam kat rumah aja. Selepas Kak Zarina minta jahitkan manik pada baju raya Ain, barulah cheq-sue terfikir nak jahitkan manik pada baju raya Aisyah juga. Selama ini buat utk diri sendiri sahaja….untuk anak rasa mcm tak perlu sebab badan mereka cepat membesar, sayang baju tu dipakai sekejap sahaja,

Maka, inilah pertama kali cheq-sue jahitkan manik pada baju raya Aisyah. Lihat aja corak pada baju, cheq-sue terus terlintas design nih. Comel & cute…..secomel pemiliknya. Baju ni cheq-sue siapkan selama 5 jam iaitu dari pukul 7.00 pagi hingga 12.00 tgh tadi. Selepas bersahur & sembahyang subuh mata dah tak boleh lelap, sambil buat kerja-kerja rumah, cheq-sue terus aja menzahirkan idea sulaman manik di atas baju raya Aisyah ini.

Tengoklah aksi-aksi Aisyah ni:

IMG_4026  IMG_4024IMG_4016

Tangannya mesti nak gentel-gentel manik berry yang berjurai-jurai tu. Manik berry ni memang menarik perhatian kanak-kanak. InsyaAllah akan cheq-sue kongsikan teknik Manik Berry ini nanti.

IMG_4033

Model Baju Raya ni (Aisyah Sofea 3 tahun) baru bangun tidur & belum mandi terus bergaya depan kamera.

IMG_4034 IMG_4035

 IMG_4029 IMG_4031

Sulam Manik
1

Selamat Menyambut Kedatangan Bulan Ramadhan

Posted by cheq sue
at August 21, 2009

ramadhan

Assalamualaikum….WBT

Kepada semua pembaca blog ini, cheq-sue sekeluarga mengucapkan Selamat Berpuasa. Semoga puasa kali ini lebih membawa Barakah kepada kita semua. Amin

Peribadi
3

Manik Baju Raya Ain

Posted by cheq sue
at August 20, 2009

IMG_3956

Baju raya ini ialah milik si cilik “Ain” baru berusia 5 tahun. Anak kepada officemate cheq-sue. Mamanya minta cheq-sue jahitkan manik yang simple ajer. Syarat yang Ain minta, dia suka earth colour terutama warna coklat. Keliru pulak pada awalnya sebab jarang budak kecik suka warna mcm tu. Akhirnya sesuai dengan warna hijau muda, inilah hasilnya…..harap Ain suka.

Design ni sesuai utk baju kanak-kanak. Cheq-sue hanya menggabungkan beberapa teknik yang simple iaitu:

- Manik Hibrid (utk bunga)

- Manik Jelujur

- Manik pintal (di bahagian leher)

- Manik Jurai

IMG_3954 IMG_3952

IMG_3959

Sulam Manik
6

Bengkel Sulam Manik & Benang di Medan MARA, KL

Posted by cheq sue
at August 9, 2009

IMG_3838 IMG_3833

8 Ogos kelas sulaman manik sekebun bunga cuma ada 2 orang peserta, manakala 3 orang peserta lagi belajar sulaman benang. Oleh kerana jumlah pelajar yang sikit maka bolehlah cheq-sue combine 2 kelas ni sekali. Dah lama tak ajar sulaman benang. Rasa seronok pula buat sulam benang. InsyaAllah jika diizinkan Allah cheq-sue nak masukkan beberapa teknik sulam benang kat blog ni nanti.

Beberapa gambar yang sempat cheq-sue rakam sepanjang kami berbengkel di Medan MARA KL.

IMG_3823 IMG_3824

Antara peserta yang hadir:

1. Kak Shima                                                              2. Siti Azira

IMG_3826 IMG_3827

3. Siti Rahasma                                                         4. Laili                           5. Marina

IMG_3829 IMG_3828

Hasil sulaman masing-masing. terdiri daripada10 teknik sulaman tangan yang telah dikongsi.

IMG_3834 IMG_3835

IMG_3836

Bengkel, Sulam Benang, Sulam Manik
3

Bengkel Sulaman Manik Sekebun Bunga

Posted by cheq sue
at August 4, 2009

IMG_3572

Cheq-sue ingin memperkenalkan bengkel terbaru iaitu “Sulaman Manik Sekebun Bunga”. Teknik-teknik yang akan dikongsi adalah terdiri dari 10 teknik advance tetapi mudah difahami. Harapan cheq-sue semoga terjawablah sudah persoalan di benak kalian…..bagaimanakah caranya menjahit bunga-bunga yang indah mekar daripada gabungan manik dan labuci ini???

Jangan ketinggalan untuk mengikuti bengkel ini….sempat lagi untuk dipraktikkan pada baju raya tahun ini.

Yuran = RM100 (Deposit 50% sbg bukti penyertaan)

Anda akan mempelajari

- cara-cara melakar corak bersesuaian dengan tema baju;

- kemahiran kombinasi warna

- pemilihan manik/labuci/kristal yang sesuai

- 10 teknik jahitan manik/labuci yang terkini

 

Jadual Bengkel Terdekat:

8 Ogos 2009 – Kompleks Campbell, Kuala Lumpur (2.30 – 5.30 petang)

15 Ogos 2009 – Pulau Pinang/Kedah

5 September 2009 – Pulau Pinang/Kedah

 

SILA HUBUNGI CHEQ-SUE MELALUI

HP……019-4106624 / 012-2522276  @ E-mel……sue@cheq-sue.com

Bengkel
0

Bengkel Sulaman Manik di Taman Seri Tanjung, Kulim Kedah

Posted by cheq sue
at August 2, 2009

2 ogos 2009 277

Tanggal 2 Ogos 2009, cheq-sue adakan bengkel sulaman manik di Taman Seri Tanjung, Kulim. Inilah kelas pertama cheq-sue yang mana terdapat peserta lelaki . Apabila dimaklumkan oleh Aida bahawa suami tuan rumah (Kak Noni) pun akan turut sama dalam kelas ini, cheq-sue pada mulanya agak terkejut dan merasa segan….bagaimanalah agaknya student lelaki ni nak belajar dan mendengar celoteh cheq-sue?

2 ogos 2009 276 2 ogos 2009 280

Rupa-rupanya mereka suami isteri ini memang sporting dan minat dalam kerjatangan ini. Manakan tidak, pagi-pagi tadi hingga pukul 1.00 tghhari rupanya mereka dah attend kelas jahitan baju dan petangnya pula sambung belajar jahit manik dengan cheq-sue.

2 ogos 2009 282 2 ogos 2009 287

Tengoklah betapa sporting dan manja gitu….husband kak Noni nampaknya mendahului Kak Noni. Bihun gorengpun boleh tahan sedapnya. Bertuah badan…..

Kepada peserta yang lain seperti Aida, Adnin, Norazaliah dan Kak Siti Aisyah…..harap cepat praktikkan kat baju….sekurang-kurangnya 5 pasang baju raya tahun ni siap dilip-lapkan dengan manik labuci bagai. Jangan fed-up buat bunga sisik ikan tu….sebab kalau dah jadi dan kena pulak dengan kombinasi warnanya memang terserlah….chaiyok! chaiyok!

Terima kasih kepada Aida yang uruskan penyertaan peserta dan tempat bengkel. Tak lupa juga kepada Kak Noni yang sanggup tumpangkan rumah beliau dan menjamu kami dengan bihun goreng dan air sirap……hingga berjumpa lagi….

Bengkel, Sulam Manik
0

Rombongan Cheq-Sue Terbantut di Highway PLUS

Posted by cheq sue
at August 2, 2009

 

31 Julai, cheq-sue berempat bertolak ke Sungai Petani dengan kereta MARA. Tujuan murni nak melawat rakan sepejabat yang baru selamat melahirkan baby sulong, nasib kurang baik….belum sampai 10 minit bertolak…..enjin kereta berbunyi agak pelik. Cheq-sue minta Ina perlahankan kenderaan dan berhenti di SOS yang berhampiran. Inilah pertama kali dlm sejarah hidupku menggunakan telefon SOS ini. Memang cukup mudah dan amat membantu di saat-saat kecemasan.

2 ogos 2009 2392 ogos 2009 245 

Terima kasih yang amat sangat kepada abang-abang PLUS yang cepat sampai ke lokasi dan membantu menarik kereta kami ke TOL Bukit Tambun untuk menanti resque seterusnya daripada officemate untuk mengambil kami pulang semula ke pejabat…..kereta MARA ni terpaksa kami tinggalkan dahulu di tol ini sehingga resque yang lain pula.

2 ogos 2009 253 2 ogos 2009 251 

Sambil menunggu resque tiba, kami berempat berehat seketika di surau TOL Bukit Tambun ini.

2 ogos 2009 256 

Gambar gembira Kak Zarina & Azlina semasa shopping hadiah utk baby boy Muna di Yawata Nibong Tebal.

2 ogos 2009 235

Kerjaya, Peribadi
2

Coretan Pengalaman Sebagai Fasilitator Kursus Induksi yang Pertama di ILHAM Jawi

Posted by cheq sue
at August 1, 2009

 

Sebagai Manager hotel utk check-in peserta                            Demo Poco-poco

gambar kak sue 001IMG_0047  

Lead game “Broken Arrow”                                                    Fasi di belakang pentas

gambar kak sue 124IMG_0078

Barisan Panel Juri persembahan peserta      Joint “MARA Sihat” seawal jam 6.45 pagi                     

IMG_0121induksi 28 july 012    

Sesi bergambar bersama peserta induksi

2 ogos 2009 098

Malam Penutup

induksi 28 july 045  

Maintain “cun” kat stage…..para peserta bergilir-gilir bergambar dgn kakak-kakak Fasi, terasa macam glamor pulak!

2 ogos 2009 225

Hidangan yang amat menyelerakan di “Paya Serai Banquet Hall”….rugi kalau tak makan.

Semua menu kat sini sedap-sedap belaka….tak caya…boleh tanya kat peserta yang dah rasa.

IMG_3603 induksi 28 july 042induksi 28 july 051IMG_3621 induksi 28 july 050 induksi 28 july 071

Antara persembahan para peserta yang menarik dan menyentuh hati…..

induksi 28 july 107 induksi 28 july 128 

Kumpulan Nasyid “Al-Induksi Al-Jawi”

induksi 28 july 132 induksi 28 july 136

Gambar kenangan para peserta Kursus Induksi Umum & Khusus Kump. 1, Sesi 1/2009

 induksi 28 july 141

Lambang kepuasan dan keseronokan berkursus di ILHAM Jawi…..

 induksi 28 july 142

Kepada semua para peserta…..cheq-sue ucapkan berbanyak terima kasih di atas kerjasama dan penglibatan kalian semua. Kami warga ILHAM amat gembira dengan kehadiran anda semua dan sentiasa mengalukan-alukan kalian kembali untuk kursus yang lain pula…..HINGGA BERTEMU LAGI.

Kerjaya
10

Manik Sekebun Bunga Di Taman Cheq-Sue

Posted by cheq sue
at July 23, 2009

IMG_3571

IMG_3569

Dalam kesibukan menguruskan Kursus Induksi di ILHAM Jawi, cheq-sue tetap tak melupakan rakan-rakan yang setia mengunjungi blog cheq-sue. Kali ini cheq-sue nak berkongsi teknik yang amat dinanti-nantikan oleh peminat sulaman manik labuci.

Sebelum itu penghargaan harus cheq-sue berikan kepada 2 orang penyulam manik profesional yang amat cheq-sue minati kerana idea rekaan & corak sulaman mereka yang kreatif. Walaupun belum pernah bertemu mata, tetapi fotopages mereka selalu cheq-sue kunjungi. Penghargaan ini ingin cheq-sue berikan kepada  Noramanik & Glamstar. 

Ramai pembaca bertanyakan kepada cheq-sue tentang teknik sulaman manik Shimmering Flora (nama sulaman diperkenalkan olek Noramanik), maka untuk tidak menghampakan permintaan kalian, cheq-sue akan kongsikan teknik ini sedikit masa lagi. Teknik ini ingin cheq-sue namakannya sebagai  Manik Sekebun Bunga. Harap bersabar menantikan teknik ini ya.

Sekiranya banyak permintaan cheq-sue mungkin akan adakan bengkel khusus untuk design Manik Sekebun Bunga ini.

Blog Widget by LinkWithin
Sulam Manik
Previous Page
Next Page

19 Super Fruits


E-Tutorial Sulaman Manik Sekebun Bunga


CARI

Arkib

  • September 2010
  • August 2010
  • July 2010
  • June 2010
  • May 2010
  • April 2010
  • March 2010
  • February 2010
  • January 2010
  • December 2009
  • November 2009
  • August 2009
  • July 2009
  • June 2009
  • May 2009
  • April 2009
  • March 2009
  • February 2009
  • January 2009
  • December 2008
  • November 2008
  • October 2008
  • September 2008
  • August 2008
  • July 2008
  • June 2008
  • April 2008
  • March 2008
  • February 2008
  • January 2008
  • December 2007
  • November 2007

Kategori

  • 2
  • Aksesori
  • Amigurumi
  • Asas Sulaman
  • Bahan Rujukan Sulaman
  • Bengkel
  • Butik
  • Crochet
  • Felt Craft
  • Kerjaya
  • Kesihatan & Kecantikan
  • Knitting
  • Koleksi Kreatif Pembaca
  • Model Cheq Sue Collections
  • Pakaian Kanak-kanak
  • Percutian
  • Peribadi
  • Resepi cheq-sue
  • Rumah
  • Smocking
  • Sulam Baju Pengantin
  • Sulam Benang
    • Teknik Sulaman Benang
  • Sulam Manik
    • Teknik Sulaman Manik
  • Sulam Riben
  • Sulam Tampal
  • Tudung Sulam Tangan
  • Tutorial
  • Video
  • Langganan

    Sila masukkan email anda:

    Dihantar oleh FeedBurner


  • Koleksi Kreatif Cheq Sue on Facebook
  • Komen Terkini

    • shuhada on Jahit Manik Teratai
    • Noor Fatimah Binti Haji Nahar on Blooming Roses
    • aniem on E-Tutorial Sulaman Manik Sekebun Bunga
    • lin on Jahit Manik Bunga Dahlia
    • siti on Bengkel Sulaman Bersama Cheq-Sue
    • eja.com on Manik Manjalara Niza
    • K on Jahit Manik Tabur
    • K on Jahit Manik Tabur
    • eja.com on Jahit Manik Piramid
    • rulbad on E-Tutorial Sulaman Manik Sekebun Bunga
  • Kategori

    • 2
    • Aksesori
    • Amigurumi
    • Asas Sulaman
    • Bahan Rujukan Sulaman
    • Bengkel
    • Butik
    • Crochet
    • Felt Craft
    • Kerjaya
    • Kesihatan & Kecantikan
    • Knitting
    • Koleksi Kreatif Pembaca
    • Model Cheq Sue Collections
    • Pakaian Kanak-kanak
    • Percutian
    • Peribadi
    • Resepi cheq-sue
    • Rumah
    • Smocking
    • Sulam Baju Pengantin
    • Sulam Benang
    • Sulam Manik
    • Sulam Riben
    • Sulam Tampal
    • Teknik Sulaman Benang
    • Teknik Sulaman Manik
    • Tudung Sulam Tangan
    • Tutorial
    • Video
  • Arkib

    • September 2010
    • August 2010
    • July 2010
    • June 2010
    • May 2010
    • April 2010
    • March 2010
    • February 2010
    • January 2010
    • December 2009
    • November 2009
    • August 2009
    • July 2009
    • June 2009
    • May 2009
    • April 2009
    • March 2009
    • February 2009
    • January 2009
    • December 2008
    • November 2008
    • October 2008
    • September 2008
    • August 2008
    • July 2008
    • June 2008
    • April 2008
    • March 2008
    • February 2008
    • January 2008
    • December 2007
    • November 2007
  • Blogroll

    • According-2me
    • Adam & Aisyah anak-anakku sayang
    • Amigurumi Patterns
    • amigurumidolls
    • Arry manik
    • Asmahani ex-MRSMBP
    • Ayu Wanita Butik Kecantikan Online
    • Beautynthebeads
    • Bilik Jahit Maklang
    • Butik Cheq-Sue
    • Craft Daisy
    • crochet mslynn
    • Dunia Musliha
    • eeda manik
    • Embroidery Design
    • Fesyen Wanita
    • Forum Cari forum
    • Glamstarz
    • Goji Rasailah ‘Nikmat’, Ketahuilah Hikmat!
    • Homekreation
    • Info Kristal
    • Info Mutiara
    • JajaKraf
    • Knitting
    • Kotak Jahit sulam riben
    • Linda Onn
    • Lingerie Seksi Ghairah Suami Lingerie Seksi Ghairah Suami
    • Mama Anis
    • Masayu
    • Maya
    • mutiara & kristal sabah
    • Naufal’s blog
    • Niknurfaizah
    • Noramanik
    • One Drop Perfume
    • Rahsia Anggun Cheq-Sue
    • Rai’s craft
    • Resepi Kak Liza Koleksi resipi kak liza
    • Ribbon Embroidery & Contemporary Batik
    • Riqzmiecreation
    • Salam Pantai Timur
    • Seni Jahitan Imass
    • Sew Cute
    • Siti Salmi
    • Smocking with Nannie
    • Stitch School
    • Suzana Mustafa
  • Video Teknik Sulam Riben

    • Video Teknik Sulam Riben
  • MpnaVie People


  • ShoutMix chat widget
  • Wowzio
    grab this · arts blog

Powered by Wordpress | WP Bliss theme by WP Remix
Copyright 2007-2008. Koleksi Kreatif Cheq Sue. All rights reserved

  • Home
  • BENGKEL
  • BIODATA
  • Butik
  • Hubungi
  • MonaVie