Koleksi Kreatif Cheq Sue

Seni kreatif sulaman tangan

  • BENGKEL
  • BIODATA
  • Butik
  • Hubungi
  • MonaVie

Koleksi Kreatif Cheq-Sue

2

Booties Purple

Posted by cheq sue
at March 14, 2010

 

IMG_5704  IMG_5702

Setelah menyiapkan topi baby minggu lepas, minggu ini cheq-sue berazam utk menyiapkan pula sepasang kasut baby dengan tema warna yang sama iaitu purple & white. Alhamdulillah siap juga akhirnya. Kini hanya menunggu masa ketibaan “Tuan Puteri” untuk menyarungkan kasut dan topinya.

Masa tinggal lagi lebih kurang sebulan sahaja. InsyaAllah akan dibuatkan sesuatu untuk kakaknya si Aisyah Sofea juga.

IMG_5711

Crochet
5

Crochet Baby Hat

Posted by cheq sue
at March 7, 2010

IMG_5687

IMG_5685 IMG_5673

Hasil kreativiti minggu ini pula ialah topi baby. Menarik pula warnanya apabila warna purple digabungkan dengan warna putih…nampak sejuk dan sweet sekali. InsyaAllah akan dipakaikan semasa baby keluar daripada hospital nanti. Saiz topi ni cheq-sue buat kecil aja…sesuai utk newborn. Lepas ni…..dalam proses nak buat booties yg sedondon dgn topi ni pula…..

Crochet
0

Sambutan Hari MARA ke-44 (1 Mac 2010)

Posted by cheq sue
at March 1, 2010

IMG_5262IMG_5275 

Please enjoy the pictures only yah…..:)

Kerjaya
1

Baby Booties

Posted by cheq sue
at February 27, 2010

IMG_5221

IMG_5213 IMG_5217

First time kait booties atau kasut baby macam ni. Cheq sue kurang gemar buat benda yang sama 2 kali…sebab hasilnya tentu tak boleh sama sejibik. Biasalah, kelemahan diri sebagai insan biasa. Jangan harapkan semuanya menjadi perfect.  Sebenarnya tiada siapa yang perfect….PERFECT hanyalah Allah yang Maha Esa.

Dek keghairahan, sepasang booties ni siap dalam masa 1 hari sahaja. Ambil masa sempena cuti Maulidur Rasul. Dapat juga hilangkan stress. Tinggal lebih kurang 50 hari sahaja lagi menanti due date. Dalam pada tu….urusan kerja juga tak putus-putus. Ada 3 lagi kursus yang akan diuruskan.

Dah lama tangan ni tak berkreatif, Maklum sahaja kerjatangan begini cheq-sue hanya buat pada masa cuti ….tak sedikitpun mengganggu masa pejabat. Ada juga hamba Allah yang prihatin meninggalkan pesanan di ruangan chat box supaya lakukan kerja dengan amanah dan tidak menggunakan masa pejabat utk urusan bisness…..terima kasih kpd insan prihatin itu.

 

Crochet
0

Interview

Posted by cheq sue
at February 10, 2010

DSC00367

Hari Selasa 9 Feb 2010, ILHAM telah mengadakan sesi temuduga mengisi kekosongan jawatan secara kontrak untuk housekeeping di Hotel ILHAM (Royale Palm Residential Hall). Cheq Sue salah seorang daripada panel temuduga. Kepada calon-calon yang terpilih diucapkan tahniah dan bekerjalah dengan penuh amanah dan dedikasi. Selamat menjadi wargakerja ILHAM.

Kerjaya
3

Aksesori Crochet untuk Baby

Posted by cheq sue
at February 10, 2010

IMG_5203

Topi untuk baby Alissa……rasanya 6 bulan ke atas baru boleh pakai ni.

IMG_5198 IMG_5199

Headband baby Alissa…..heheehe….baby girl or boy? InsyaALLAH….tunggu…..kalau yang lahir nanti boy…..cheq-sue open for sale….ya.

IMG_5201

Yang ini pulak headband untuk kakaknya Aisyah Sofea.

Crochet
2

Tempahan Handphone Case – Siti Fairus

Posted by cheq sue
at February 9, 2010

IMG_5195 IMG_5197

Nampak gayanya inilah tempahan yang pertama dan terakhir yang mampu cheq-sue buatkan sehingga menantikan kelahiran bayi ke-3. Dengan kesibukan kerja dan juga keadaan kesihatan yang tidak menentu…..tak berani rasanya nak terima apa-apa tempahan lagi. Handphone case Siti Fairus ini sebenarnya dah siap 2 hari selepas terima bayarannya iaitu hari Sabtu minggu lepas, tapi memandangkan cheq-sue perlu menyelaraskan kursus Orientasi tu…..sampai lah kehari ini benda ni tak sempat nak diposkan lagi. Esok lunch hour cheq sue akan curi masa utk ke pejabat pos. Harap ianya akan sampai ke tangan Siti Fairus pada hari berikutnya.

Sebagai membayar denda atas kelewatan ini, cheq-sue buatkan juga pin bunga crochet sebagai aksesori tambahan. Harapnya Siti suka dan tak marah yea. Bunga tu ada dilekatkan pin di belakangnya. So, Siti boleh pinkan bunga tu pada hp case seperti dalam gambar atau boleh juga nak letak kat tempat lain, cthnya sebagai pin baju atau lekat kat beg, getah rambut, cekak rambut, dsbnya.

Crochet
0

Orientasi Guru-guru Baru MARA 2010 (1-6 Feb 2010)

Posted by cheq sue
at February 7, 2010

IMG_5141

Gambar dari kiri: Cik Mardiana, Pn. Naimah, CheqSue & En. Faizal

Inilah saat yang amat melegakan apabila sampainya hari untuk mengucapkan selamat pulang kepada para peserta kursus.  Maaf, bukan tak seronok bersama kalian (peserta program Orientasi Guru Baru 2010) sangat seronok dan banyak sekali pengalaman pahit manis yang sempat dikutip….yang mana semuanya nanti akan menjadi kenangan indah kami di sini di ILHAM Jawi, Penang.

Ini adalah wajah-wajah lega dan puas kami selaku penyelaras dan urusetia program apabila amanah yang diberi selesai dilaksanakan. Sama ada tercapai atau tidak objektif kursus itu semua terpulang kepada penilaian kalian dan juga ketua jabatan tempat kalian melaporkan diri untuk bertugas sebagai guru kelak. Harapan cheq-sue semoga kursus selama 6 hari ini mulai 1 hingga 6 Februari 2010, dapat dimanfaatkan dan kekal dalam ingatan kalian sampai bila-bila.

Oleh kerana masa yang amat padat dari pagi hinggalah ke lewat malam, Cheq Sue memang tak sempat nak bawa kamera….langsung tak masuk dalam otak utk bawa kamera ke pejabat. InsyaAllah jika ada masa cheq-sue akan masukkan gambar-gambar yang diambil oleh rakan-rakan lain.

Ada juga beberapa guru-guru baru ini perasan dan kenal yang penyelaras program mereka ini ialah “Cheq Sue”. Tapi tak kisahlah……blog kan adalah trend masa kini. Yang pasti mereka dah kenal cheq-sue di dunia nyata sebagai seorang Penolong Pengarah di Institut Latihan Kecemerlangan MARA. Tugas hakiki mestilah didahulukan. Walaupun sedang sarat dengan perut yang dah 7 bulan……amanah tetap suatu Amanah. Alhamdulillah semuanya selamat dilaksanakan.

IMG_5147 IMG_5146

Kerjaya
2

Crochet Kembali Diminati

Posted by cheq sue
at January 13, 2010

IMG_5005

Nampaknya minat untuk mengait kembali semula. Cheq sue dah mula berangan-angan nak buatkan beberapa koleksi crochet untuk baby yang bakal lahir nanti. Selepas cubaan pertama berjaya, cheq-sue makin teruja untuk mengait lagi. Hari Selasa lepas, sambil bercuti kerana menjaga Aisyah yang demam cheq-sue sempat pula mengait satu lagi handhone case dengan patern cerut sweet rose. Harap kalian juga suka dengan design terbaru ini.

IMG_5006  IMG_5014 IMG_5008 IMG_5009

Seronok pulak menayang handphone case ni. sesuatu yang lain dari yang lain. Kalau ada yang nak tempah boleh emel direct kepada sue@cheq-sue.com.

IMG_5010

Crochet
3

Crochet Handphone Case

Posted by cheq sue
at January 9, 2010

IMG_4975

Hasil kreatif Cheq Sue minggu ini, handphone case untuk diri sendiri. Saja nak polish balik kemahiran mengait yang dah berkurun tak dibuat. Tak sangka bila tayang kat adik….ada pulak yang berkenan. Tapi buat masa ni…sorry lah memang tak mampu nak ambik tempahan. Tangan ni sejak akhir-akhir ni asyik kebas-kebas aje. Pegang jarum sekejap aja dah kebas. Usah ditanya teknik apa yang digunakan sebab Cheq Sue pakai belasah aje. Tak belajar secara formalpun, belajar dengan mak masa kecik-kecik dulu aje. Buat ni ikut imaginasi dan sesedap rasa sahaja.

Nampaknya hasil crochet dah kembali diminati semula. InsyaAllah jika dapat ilham nanti cheq sue buatkan yang lain pula.

IMG_4979 IMG_4983

Blog Widget by LinkWithin
Crochet
Previous Page
Next Page

19 Super Fruits


E-Tutorial Sulaman Manik Sekebun Bunga


CARI

Arkib

  • September 2010
  • August 2010
  • July 2010
  • June 2010
  • May 2010
  • April 2010
  • March 2010
  • February 2010
  • January 2010
  • December 2009
  • November 2009
  • August 2009
  • July 2009
  • June 2009
  • May 2009
  • April 2009
  • March 2009
  • February 2009
  • January 2009
  • December 2008
  • November 2008
  • October 2008
  • September 2008
  • August 2008
  • July 2008
  • June 2008
  • April 2008
  • March 2008
  • February 2008
  • January 2008
  • December 2007
  • November 2007

Kategori

  • 2
  • Aksesori
  • Amigurumi
  • Asas Sulaman
  • Bahan Rujukan Sulaman
  • Bengkel
  • Butik
  • Crochet
  • Felt Craft
  • Kerjaya
  • Kesihatan & Kecantikan
  • Knitting
  • Koleksi Kreatif Pembaca
  • Model Cheq Sue Collections
  • Pakaian Kanak-kanak
  • Percutian
  • Peribadi
  • Resepi cheq-sue
  • Rumah
  • Smocking
  • Sulam Baju Pengantin
  • Sulam Benang
    • Teknik Sulaman Benang
  • Sulam Manik
    • Teknik Sulaman Manik
  • Sulam Riben
  • Sulam Tampal
  • Tudung Sulam Tangan
  • Tutorial
  • Video
  • Langganan

    Sila masukkan email anda:

    Dihantar oleh FeedBurner


  • Koleksi Kreatif Cheq Sue on Facebook
  • Komen Terkini

    • lin on Jahit Manik Bunga Dahlia
    • siti on Bengkel Sulaman Bersama Cheq-Sue
    • eja.com on Manik Manjalara Niza
    • K on Jahit Manik Tabur
    • K on Jahit Manik Tabur
    • eja.com on Jahit Manik Piramid
    • rulbad on E-Tutorial Sulaman Manik Sekebun Bunga
    • anis on Manik Tabur Baju Raya
    • lia on Kit Jahitan Sulaman Benang
    • liza on Jahit Manik Bunga Dahlia
  • Kategori

    • 2
    • Aksesori
    • Amigurumi
    • Asas Sulaman
    • Bahan Rujukan Sulaman
    • Bengkel
    • Butik
    • Crochet
    • Felt Craft
    • Kerjaya
    • Kesihatan & Kecantikan
    • Knitting
    • Koleksi Kreatif Pembaca
    • Model Cheq Sue Collections
    • Pakaian Kanak-kanak
    • Percutian
    • Peribadi
    • Resepi cheq-sue
    • Rumah
    • Smocking
    • Sulam Baju Pengantin
    • Sulam Benang
    • Sulam Manik
    • Sulam Riben
    • Sulam Tampal
    • Teknik Sulaman Benang
    • Teknik Sulaman Manik
    • Tudung Sulam Tangan
    • Tutorial
    • Video
  • Arkib

    • September 2010
    • August 2010
    • July 2010
    • June 2010
    • May 2010
    • April 2010
    • March 2010
    • February 2010
    • January 2010
    • December 2009
    • November 2009
    • August 2009
    • July 2009
    • June 2009
    • May 2009
    • April 2009
    • March 2009
    • February 2009
    • January 2009
    • December 2008
    • November 2008
    • October 2008
    • September 2008
    • August 2008
    • July 2008
    • June 2008
    • April 2008
    • March 2008
    • February 2008
    • January 2008
    • December 2007
    • November 2007
  • Blogroll

    • According-2me
    • Adam & Aisyah anak-anakku sayang
    • Amigurumi Patterns
    • amigurumidolls
    • Arry manik
    • Asmahani ex-MRSMBP
    • Ayu Wanita Butik Kecantikan Online
    • Beautynthebeads
    • Bilik Jahit Maklang
    • Butik Cheq-Sue
    • Craft Daisy
    • crochet mslynn
    • Dunia Musliha
    • eeda manik
    • Embroidery Design
    • Fesyen Wanita
    • Forum Cari forum
    • Glamstarz
    • Goji Rasailah ‘Nikmat’, Ketahuilah Hikmat!
    • Homekreation
    • Info Kristal
    • Info Mutiara
    • JajaKraf
    • Knitting
    • Kotak Jahit sulam riben
    • Linda Onn
    • Lingerie Seksi Ghairah Suami Lingerie Seksi Ghairah Suami
    • Mama Anis
    • Masayu
    • Maya
    • mutiara & kristal sabah
    • Naufal’s blog
    • Niknurfaizah
    • Noramanik
    • One Drop Perfume
    • Rahsia Anggun Cheq-Sue
    • Rai’s craft
    • Resepi Kak Liza Koleksi resipi kak liza
    • Ribbon Embroidery & Contemporary Batik
    • Riqzmiecreation
    • Salam Pantai Timur
    • Seni Jahitan Imass
    • Sew Cute
    • Siti Salmi
    • Smocking with Nannie
    • Stitch School
    • Suzana Mustafa
  • Video Teknik Sulam Riben

    • Video Teknik Sulam Riben
  • MpnaVie People


  • ShoutMix chat widget
  • Wowzio
    grab this · arts blog

Powered by Wordpress | WP Bliss theme by WP Remix
Copyright 2007-2008. Koleksi Kreatif Cheq Sue. All rights reserved

  • Home
  • BENGKEL
  • BIODATA
  • Butik
  • Hubungi
  • MonaVie