Beg Kait
Sambil berpantangpun boleh teruskan aktiviti kreatif……paling mudah mengaitlah. sebab hanya perlu pegang benang kait dan jarum. Beg ni khas utk Aisyah melaram especially utk hari raya nanti. Beg ni cheq cadang nak jahitkan zip. Kalau lagi rajin boleh juga ditambah bunga atau butterfly…tengoklah nanti camana.
Ops! tutup mulut tu!!!. Seronok sangat dapat beg sampai terlupa nak cover gigi rongak tu.
Rahsia 44 Hari Berpantang
Tentu ramai di antara kita yang tidak tahu dan tidak pasti mengapa tradisi berpantang selama 44 hari selepas bersalin diamalkan masyarakat Melayu. Sebenarnya ada rahsia di sebalik angka 44 dari sudut ilmu dan tradisi Melayu.
Maklumat ini Cheq Sue jumpa semasa mencari panduan berpantang sebab keguguran pada tahun lepas. Menurut buku ‘Ensiklopedia Perbidanan Melayu’ (Anisah Barakbah,2007:196), Rahsia alam dan sifat kejadian manusia dilambangkan dengan angka 44 . Alam dikatakan mempunyai 4 penjuru dan setiap penjuru melambangkan unsur tanah, air, api dan angin.
Dalam ilmu sufi,sifat kejadian manusia dilambangkan secara makrifat melalui keempat-empat unsur. Di setiap penjuru pula dibahagikan lagi kepada 44 dimensi dan di setiap dimensi dijaga pula oleh 44 malaikat dan mungkin inilah juga sebabnya kita sering mendengar lumrah masyarakat Melayu dahulu menyebut ‘selisih malaikat 44’ atau ‘simpang malaikat 44’.
Ilmu makrifat turut menyatakan perkaitan kejadian alam dan pergerakan cakerawala di mana 4 penjuru alam yang mengandungi 44 dimensi itu berhubung langsung dengan alam nyata. Kejadian manusia,berasal daripada tanah, bermula daripada perjalanan roh melalui 44 dimensi. Tanah ialah makam ketujuh daripada peringkat petala bumi. Justeru,deria rangsang manusia berkait rapat dengan pergolakan kejadian alam.
Proses kematian seseorang pula dikatakan bermula 44 hari sebelum kematiannya,iaitu dipercayai pintu dimensi telah terbuka dan ia menghubungkan alam nyata dan alam ghaib.
Dengan itu, konsep pemulihan seseorang perlu melalui pusingan yang sama dalam proses kejadian manusia,iaitu 44 hari sebagai waktu sempurna pulih sediakala.
Tempoh pantang bagi yang keguguran pula bergantung kepada usia kehamilan. Bagi yang keguguran di usia kandungan antara 2 minggu hingga 3 bulan,perlulah berpantang selama 30 hari. Di usia kandungan 4-5 bulan, pula berpantang selama 40 hari dan di usia kandungan 6 bulan dan ke atas , jumlah hari berpantang adalah 44 hari.
Wallahualam…hanya untuk perkongsian bersama.
Mengumumkan Ketibaan Puteri Alissa Zahra – 3 Mei 2010
Alhamdulillah… baby Alissa Zahra selamat dilahirkan pada 3 Mei 2010 jam 12.20 pm, 3.4 kg di Hospital Kulim, Kedah. Kehadirannya dalam keluarga merupakan hadiah paling berharga buat kami sekeluarga tahun ini. Sempena Hari Ibu pula…..tiada apa yang lebih bermakna bagi Cheq Sue selain lahirnya cahaya mata yang dikandung selama 40 minggu dengan selamat dan sempurna sifatnya. Alissa Zahra, anak ke-3 dalam keluarga. Adam & Aisyah sangat teruja dapat adik….tak sabar mereka balik sekolah terus masuk bilik cari adik…..tak menang tangan nak melayan karenah mereka berdua melayan adik …. bak tuan puteri!
Alissa muat menyarungkan kasut dan topi yang cheq-sue kait……:)
Alissa dengan wajah barunya setelah genap seminggu lahir. Rambut Alissa baru siap dicukur oleh Mak Bidan hari ini 10 Mei 2010. Tanggal pusat pada 7 Mei 2010, hari Jumaat.
Anak Itik & Pinguin Linux
Puas rasa hati dapat buatkan toys untuk anak-anak hasil kerja tangan sendiri
Lagi seronok bila diorangpun suka dengan toys yang kita buatkan tu….Lihatlah betapa girangnya Adam & Aisyah bersama anak itik & pingu masing-masing.
Cheq Sue sendiri, suka sangat dgn pingu kat bawah ni (cubaan ke-3). Baru siapkannya semalam. Anak Itik tu pulak adalah cubaan ke-2 selepas tomato cherry….dah banyak hari siap. Apa pulak lepas ni yea?
Koleksi Pembakar Semangat Amigurumi
Enjoy the pictures! Semua koleksi ni cheq-sue cari kat Google….tapi maaf tak ambik link dia. Sekarang ni Cheq Sue sedang buatkan anak itik untuk Aisyah Sofea & Pingu Linux utk Adam Iskandar….siap esok Cheq Sue tunjuk yea.
My First Trial Amigurumi – Tomato Cherry
Teruja Cheq Sue dapat siapkan amigurumi buat pertama kali. Teknik dipelajari daripada youtube spt posting sebelum ni. Memandangkan saiznya besar sikit daripada buah cherry….so kita namakan ia tomato cherry
. Aisyah apalagi….suka sangat! siap gigit-gigit lagi. Next time boleh cuba buat pattern yang lain pula.
Basic Amigurumi – Cherry
Hari ini Cheq Sue belajar sesuatu yang baru dan menarik….may be bagi sesetengah orang benda/teknik ni dah lama. Tak mengapalah….sambil blog hopping, jumpa sesuatu yang menarik minat…..kita singgahlah belajar. InsyaAllah…lepas ni kita cuba buat Amigurumi pulak yea. Jom kita sama-sama tengok basic Amigurumi utk buah cherry ni. Daripada teknik ni kita boleh buat anak patung, buah, bola dll…..boleh juga buat key-chain
Felt Key-Chain Sekebun Bunga
Tentu ramai yang dah familiar dengan gambar kat atas tu. Sampel E-Tutorial Sulaman Manik Sekebun Bunga ni asalnya cheq sue jahitkan pada kain kosong warna putih….tersimpan aje dlm kotak jahitan. Oleh kerana cheq-sue dah mula bercuti….sementara menantikan kelahiran…..datang pulak semangat nak menjahit sesuatu. Terpandang kain felt yang belum berusik…..dapatlah idea nak buatkan key-chain ni. Inilah cubaan pertamaku. Macam tong drum aje rupanya. Hehehe….enjoy!
Jahit Manik Bunga Dahlia
Alhamdulillah, tak sangka sambutan utk E-tutorial Sulaman Manik Sekebun Bunga laris macam pisang goreng panas….(hmm teringinnya nak makan pisang goreng kat Pertama Kompleks nun jauh di KL sana….uhukuhuk:().
Terima kasih atas sokongan kalian. Bagi yang dah beli E-tutorial tu……tentu perasan bunga yang warna oren-biru tu….tak dimasukkan langkah-langkahnya. Sengaja Cheq-Sue tak memasukkan teknik jahit manik bunga dahlia dalam E-Tutorial tu….supaya korang akan tetap singgah bertamu ke blog cheq-sue utk dapatkan tekniknya. Lagipun, lepas ni byk lagi nak dikongsikan….kalau korang tak jenguk blog ni….rugilah kan.
Ikuti Langkah-langkahnya:
1. Lukis bulatan ukuran syiling 20sen. Tandakan 1 titik di tengah bulatan.
2. Setiap kali jahit, gunakan 3 keping labuci dan 3 biji manik bulat berselang-seli. Mulakan dari atas garisan menghala ke dalam bulatan. Rapatkan manik & labuci dan cucuk jarum bersebelahan manik terakhir dengan menghala ke tengah bulatan. Keluarkan jarum bersebelahan barisan labuci pertama dan mesti di atas garisan. Ulang masukkan 3 labuci dan 3 manik berselang seli.
3. Ulang langkah 2 sehingga mengelilingi bulatan.
4. Langkah seterusnya, bagi bulatan ditengah ini boleh utk menukarkan warna labuci yang lain. Hanya perlu ulangi langkah no-2 sehingga semua ruang dipenuhi. Untuk jahitan manik bunga dahlia, kebiasaannya kita tak letak pearl besar ditengah-tengah bunga. Sebab design ni dah sedia timbul (berbanding dengan manik bunga teratai, bahagian tengahnya berlekuk spt mangkuk & perlu diisi dgn manik pearl baru naik seri)
OK…mudahkan, selamat mencuba.
E-Tutorial Sulaman Manik Sekebun Bunga
Pembaca yang berminat mendapatkan tutorial ini sila buat pembayaran RM10.00 sahaja ke akaun CIMB/Maybank seperti dibawah dan emelkan info transaksi bayaran kepada
sue@cheq-sue.com dengan tajuk E-Tutorial Manik Sekebun Bunga.
Cheq-sue akan emelkan E-Tutorial ini sebaik menerima pengesahan bayaran.
KAEDAH BAYARAN (Maybank/CIMB)
- Mazuhan bin Ahmad
- Maybank
- Akaun No: 164258377771
atau
- Suhana binti Jaapar
- CIMB Bank
- Akaun No: 14260077619521




