Koleksi Kreatif Cheq Sue

Seni kreatif sulaman tangan

  • BENGKEL
  • BIODATA
  • Hubungi

Koleksi Kreatif Cheq-Sue

1

Sulam Tampal Kusyen Raya

Posted by cheq sue
at September 1, 2010

IMG_6997 

IMG_6996

Waktu-waktu begini mungkin orang lain sibuk menjahit manik pada baju raya, tapi Cheq-Sue pulak sedang sibuk menyulam tampal sarung bantal kusyen raya. Jika anda melihatkan bunga-bunga yang berwarna-warni dan kembang mekar tu….begitulah juga hati Cheq-Sue apabila menerima panggilan daripada Cik Linda dari TV9 meminta supaya Cheq-Sue membuat demo “Sulam Tampal Kusyen Raya” untuk segmen “Buat Sendiri” dalam Rancangan Nasi Lemak Kopi‘O. Gambar di atas adalah salah satu hasil kreatif Cheq-Sue untuk ditunjukkan dalam segmen tersebut. Jadi buat semua peminat blog www.cheq-sue.com, jangan lupa nantikan kemunculan Cheq-Sue secara live di TV9 pada 3 September nanti (9am – 10am).

 

Salam Sayang,

sign3

Sulam Tampal
2

Bengkel Sulaman Bersama Cheq-Sue

Posted by cheq sue
at August 29, 2010

image

Bengkel ini adalah bengkel 1 hari sahaja. Ini bermaksud peserta hanya perlu datang pada hari dan masa yang telah ditentukan dan akan dapat mempelajari teknik-teknik sulaman berikut secara hands-on, ekslusif bersama Cheq-Sue. Lokasi bengkel akan dimaklumkan kepada peserta yang telah mendaftar, melalui telefon atau sms. Yuran mungkin berbeza mengikut lokasi. Semua peralatan sulaman disediakan oleh Cheq-Sue. Setiap peserta akan mendapat kit asas sulaman berkenaan. Sijil penyertaan akan dipos kepada peserta.

Sila hubungi 019-4106624 @ E-mel cheq-sue segera untuk pendaftaran :)

JADUAL BENGKEL 2010

TARIKH

TEMPAT

TOPIK

YURAN

 3 Sep 2010 Hotel Putra, KL SULAMAN MANIK

RM180

4 Sep 2010 Hotel Putra, KL CROCHET/KAIT

RM180

2 Okt 2010

Jawi Inn, Penang

SULAMAN MANIK

RM150

16 Okt 2010

Jawi Inn, Penang

CROCHET/KAIT

RM150

6 Nov 2010 Hotel Putra, KL SULAMAN BENANG

RM200

7 Nov 2010 Hotel Putra, KL SULAMAN TAMPAL

RM180

20 Nov 2010 Kelantan CROCHET@
SULAMAN MANIK

RM150

4 Dis 2010 Hotel Putra, KL SULAMAN MANIK

RM180

5 Dis 2010 Hotel Putra, KL CROCHET/KAIT

RM180

Pilihan Teknik-teknik Sulaman

1. BENGKEL SULAMAN MANIK (Asas & Pertengahan)

2. BENGKEL SULAMAN BENANG

3. BENGKEL SULAMAN TAMPAL (Terbaru)

3. BENGKEL CROCHET (Terbaru & satu-satunya di Malaysia)

Sila Deposit yuran sebanyak RM50 sebagai bukti pengesahan penyertaan anda. Tempat terhad kepada 10 orang sahaja. Hanya peserta yang terdahulu membayar deposit dikira sudah mendaftar. Sekiranya peserta tidak hadir pada hari yang dijanjikan, deposit adalah hangus.

KAEDAH BAYARAN (Maybank/CIMB)

- Mazuhan bin Ahmad
- Maybank
- Akaun No: 164258377771

atau

- Suhana binti Jaapar
- CIMB Bank
- Akaun No: 14260077619521

BUKTI PENYERTAAN:

Sila emelkan pengesahan penyertaan anda berserta info transaksi bayaran kepada

sue@cheq-sue.com

INFORMASI YANG DIPERLUKAN
- Nama Penuh
- Info bayaran transaksi bank (CIMB @ Maybank?)
- Alamat penuh
- No. Hand Phone

Uncategorized
4

Blooming Roses

Posted by cheq sue
at July 26, 2010

Imej0095

Imej0087 Imej0090

Minggu ni Cheq-Sue sempat menyiapkan tempahan hp case ni. Memang seronok buat crochet hp case “blooming roses” ni  sebab bila dah siap…..memang jelas kelihatan bunga rose yang kembang mekar tu. Design ni adalah untuk saiz smart phone. Kalau saiz classic phone cheq-sue namakannya “sweet roses”.  Harga berbeza mengikut saiz. Untuk tempahan, boleh emel terus kepada cheq-sue di sue@cheq-sue.com

Butik, Crochet
1

Kalung & Anting-anting

Posted by cheq sue
at July 24, 2010

 

image image

Design dan teknik yang mudah untuk peminat yang baru mula hendak belajar sulaman manik. Walaupun simple tapi tetap glamour!. Teknik yang digunakan:

1. Manik pintal

2. Manik jurai dengan labuci oval

Sulam Manik, Teknik Sulaman Manik
3

Simple & Elegant

Posted by cheq sue
at July 8, 2010

IMG_6335

Aktiviti bling-bling baju raya dah bermula. Baju customer nih dia request manik yang simple but elegant. Sangat sesuai dipakai semasa beraya ataupun majlis makan malam. Kilauan daripada labuci tu sangat menyerlah terutama pada waktu malam. Design yang simple dan hanya menggunakan 2 teknik asas iaitu:

i. Teknik Labuci Asas

ii. Teknik Manik Jelujur

Sulam Manik, Teknik Sulaman Manik
7

Crochet Headband

Posted by cheq sue
at June 24, 2010

IMG_6210

Crochet headband ini pada mulanya Cheq Sue buatkan khas utk baby Alisa & Aisyah sahaja.

Tapi bila kawan-kawan datang tengok…diorangpun berkenan. Datang pulak idea untuk buat sebagai jualan produk  kreatif edisi terhad dan hadiah misteri di Butik Cheq Sue. So, kepada 10 orang pembeli bertuah….yang berbelanja RM100 dan ke atas di Butik Cheq Sue, mereka akan menerima bersama salah satu headband yang comel ini.

Headband ini Cheq Sue buatkan sesuai utk baby/kanak-kanak dari usia 0 bulan (newborn) hingga 4 tahun.. Ia mempunyai butang boleh laras ikut saiz kepala anak. Jika ada yang nak membeli headband ini sahaja, Cheq Sue jual juga dengan harga RM10 setiap satu. Sesiapa yang berminat sila emel cheq sue segera kerana stok dan warnanya terhad.

Kalau nak custom made  boleh emel dulu…kalau ada warna benang yang dikehendaki bolehlah CheqSue buatkan. Produk eksklusif hand-made by Cheq Sue ini akan diupload di Butik Cheq Sue dalam kategori Koleksi Kreatif.

Jemputlah cuci mata tengok model cilik Cheq Sue memperaga crochet headband masing-masing.

 IMG_6193     IMG_6180

Butik, Crochet
1

Pembukaan Butik Online Cheq Sue

Posted by cheq sue
at June 21, 2010

image

Pembukaan Butik Cheq Sue

Syukur Alhamdulillah…..berkat sokongan suami, butik online Cheq Sue kini sudah mula beroperasi. Masih terdapat beberapa bahagian yang masih perlu dikemaskini. Namun, urusan jual beli sudah boleh berjalan. Dari semasa ke semasa Cheq Sue akan menambahkan koleksi pilihan produk di butik ini. Butik Online Cheq Sue ini adalah memfokuskan kepada produk berasaskan kesihatan, kecantikan dan juga koleksi kreatif.

Sebagai perasmian pembukaan “Butik Online Cheq Sue” ini, Cheq Sue dengan besar hati menyediakan “hadiah misteri” hasil buatan tangan Cheq Sue sendiri kepada 10 pembeli pertama yang berbelanja RM100 dan ke atas di butik ini.

Akhir kata dari Cheq Sue, terima kasih atas sokongan anda selama ini, Jangan lupa singgahlah selalu ke Butik Cheq Sue kerana dari semasa ke semasa banyak lagi produk-produk pilihan terbaik dari Cheq Sue akan ditambah di butik ini.

Sebarang pertanyaan atau komen sila emelkan kepada sue@cheq-sue.com

sign3

Butik
1

Aktiviti Sepanjang Tempoh Berpantang

Posted by cheq sue
at June 15, 2010

 

Alhamdulillah tempoh berpantang selama 44 hari telah dilalui dengan selamat dan jayanya. Rasanya cepat sungguh masa berlalu. Baby Alissa juga semakin sihat dan tembam. Nak tahu apakah aktiviti Cheq Sue sepanjang 44 hari tu?

setbersalinnr4 Bengkungslimming

Seperti amalan biasa orang Melayu berpantang iaitu bertungku dengan batu sungai dan berbengkung, memakai stoking kaki dan berurut dengan bidan. Makan makanan yang tidak bisa, tidak sejuk dan tidak gatal. Kawal jumlah pengambilan makanan dan makan mengikut waktu yang sepatutnya. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran supaya memudahkan pelawasan. Ambil produk set  bersalin, pilihan Cheq Sue adalah Nona Roguy serta menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu badan supaya dapat mempercepatkan pengecutan rahim.

 

bersauna

Selain itu…..Cheq Sue juga mengamalkan bersauna di rumah. Selain bertujuan untuk memanaskan badan….ia juga dapat membantu bagi yang ingin menurunkan berat badan. Jangan lupa minum banyak air suam waktu siang untuk mengelakkan dehidrasi. Alhamdulillah…Cheq Sue berjaya turunkan 13kg setakat hari ini (hari ke-44). . Dah dapat kembali bentuk badan sebelum mengandungkan baby Alissa. Hehehe……Tapi untuk kembali mendapatkan bentuk badan ideal…..huhuhuhu……perlu bekerja keras lagilah. Yang penting adalah disiplin dan berterusan mengamalkan pengambilan makanan dan cara hidup yang sihat :)

 

benci bilang cinta

Selain itu, peluang menjadi suri rumah sepenuh masa selama 2 bulan ini tidak sah jika tidak akan ter”addicted” dengan salah satu drama yang ditonton hari-hari. Cheq Sue sudah addicted bangat dengan Sinetron “Benci Bilang Cinta”. Hari-hari tidak mahu ketinggalan menyaksikan episod seterusnya. Seronok juga ya dapat peluang begini. Sebelum ini dah lama Cheq Sue tidak berminat menonton TV. Asyik buka channel kanak-kanak aja. Tapi kali ini sudah berebut “remote controller”dengan Adam. huhuhu…..kasihan Adam.

 

Selain aktiviti tersebut, tak ketinggalan juga….aktiviti kreatif berjalan seperti biasa. Pilihan aktiviti hobi kreatif yang boleh dibuat dalam keadaan sedang berpantang begini ialah crochet atau mengaitlah. Banyak juga koleksi crochet yang sempat Cheq Sue buat. Bayangkan dengan keadaan kaki yang berstoking dan berlunjur di atas tilam atau sofa, sambil baby di sisi….tangan Cheq Sue pula tidak berhenti memintal-mintal benang kait itu. Di sisi lain pula…..terdapat sebakul benang kait pelbagai warna sedang menanti untuk dikerjakan. Sambil menonton televisyen juga sempat.  Kelakarpun ada kan. Inilah antara koleksinya.

IMG_6207   IMG_6212

sign3

Kesihatan & Kecantikan, Peribadi
2

Teknik Asas Kait Tali Air

Posted by cheq sue
at June 9, 2010

 

Salam utk semua.

Video ini Cheq Sue pastekan kat sini bagi memudahkan kalian yg sudah mula berminat untuk mempelajari teknik mengait atau crochet. Ramai sangat yg bertanya dan minta cheq Sue ajar cara-cara mengait. Lama juga memikirkan macamana mau ajar ni…akhirnya….cara yg paling mudah ialah youtube ajerlah. Kalau korang rajin search kat youtube ni…pelbagai teknik crochet ada ditunjukkan.

ok…kpd yg baru mula nak belajar….silakan praktis buat ini dahulu sampai pandai…lepas tu baru boleh mulai buat yg lain pula.

Kalau kalian nak tahu…teknik inilah yg mula-mula sekali cheq sue belajar. Mak cheq sue yang ajarkan….cheq sue buat tali air ini dan jadikannya sebagai tali ikat rambut. Masa tu sekolah rendah lagi. Bangga tau buat ikat rambut ala-ala ikat riben pony tail, siap pakai dan pi tayang kat kawan-kawan sekolah lagi…maklumlah masa tu belum ada blog lagi nak tayang macam sekarang.

Tips:

“Kait Tali Air” ni kalau nak nampak tebal gunalah 2 benang sekali, gabung 2 warna. Lagi menarik.

Crochet, Video
2

Beg Kait

Posted by cheq sue
at June 4, 2010

IMG_6142

Sambil berpantangpun boleh teruskan aktiviti kreatif……paling mudah mengaitlah. sebab hanya perlu pegang benang kait dan jarum. Beg ni khas utk Aisyah melaram especially utk hari raya nanti. Beg ni cheq cadang nak jahitkan zip. Kalau lagi rajin boleh juga ditambah bunga atau butterfly…tengoklah nanti camana.

IMG_6132 IMG_6139

Ops! tutup mulut tu!!!. Seronok sangat dapat beg sampai terlupa nak cover gigi rongak tu.

IMG_6138

Blog Widget by LinkWithin
Crochet, Model Cheq Sue Collections
Previous Page
Next Page

"Masukkan email dan nama untuk mendapat info tekini dari Cheq Sue ".


Close

Sulaman Tampal Cheq Sue @ TV9


E-Tutorial Sulaman Manik Sekebun Bunga


CARI

Arkib

  • December 2011
  • November 2011
  • June 2011
  • December 2010
  • November 2010
  • September 2010
  • August 2010
  • July 2010
  • June 2010
  • May 2010
  • April 2010
  • March 2010
  • February 2010
  • January 2010
  • December 2009
  • November 2009
  • August 2009
  • July 2009
  • June 2009
  • May 2009
  • April 2009
  • March 2009
  • February 2009
  • January 2009
  • December 2008
  • November 2008
  • October 2008
  • September 2008
  • August 2008
  • July 2008
  • June 2008
  • April 2008
  • March 2008
  • February 2008
  • January 2008
  • December 2007
  • November 2007

Kategori

  • Aksesori
  • Amigurumi
  • Asas Sulaman
  • Bahan Rujukan Sulaman
  • Bengkel
  • Butik
  • Crochet
  • E-Tutorial Sulaman
  • Felt Craft
  • Kerjaya
  • Kesihatan & Kecantikan
  • Knitting
  • Koleksi Kreatif Pembaca
  • Model Cheq Sue Collections
  • Pakaian Kanak-kanak
  • Percutian
  • Peribadi
  • Resepi cheq-sue
  • Rumah
  • Smocking
  • Sulam Baju Pengantin
  • Sulam Benang
    • Teknik Sulaman Benang
  • Sulam Manik
    • Teknik Sulaman Manik
  • Sulam Riben
  • Sulam Tampal
  • Sulam Tatting
  • Tudung Sulam Tangan
  • Tutorial
  • Video
  • Langganan

    Sila masukkan email anda:

    Dihantar oleh FeedBurner


  • Koleksi Kreatif Cheq Sue on Facebook
  • Komen Terkini

    • Noranizah on E-Tutorial Sulaman Manik Sekebun Bunga
    • erni on E-Tutorial Sulaman Manik Sekebun Bunga
    • sheeda on E-Tutorial Sulaman Manik Sekebun Bunga
    • lily on E-Tutorial Sulaman Manik Sekebun Bunga
    • Zie on Ilham Baru–Sulam Tatting
    • siti on E-Tutorial Sulaman Manik Sekebun Bunga
    • aida on Ilham Baru–Sulam Tatting
    • lily on Video Kait (Crochet) – Bulatan
    • ruby on Kain Felt
    • cheq sue on E-Tutorial Sulaman Manik Sekebun Bunga
  • Arkib

  • Blogroll

    • According-2me
    • Adam & Aisyah anak-anakku sayang
    • Amigurumi Patterns
    • amigurumidolls
    • Arry manik
    • Asmahani ex-MRSMBP
    • Ayu Wanita Butik Kecantikan Online
    • Beautynthebeads
    • Bilik Jahit Maklang
    • Butik Cheq-Sue
    • Craft Daisy
    • crochet mslynn
    • Dunia Musliha
    • eeda manik
    • Embroidery Design
    • Fesyen Wanita
    • Forum Cari forum
    • Glamstarz
    • Goji Rasailah ‘Nikmat’, Ketahuilah Hikmat!
    • Homekreation
    • Info Kristal
    • Info Mutiara
    • JajaKraf
    • kedai4kita
    • Knitting
    • Kotak Jahit sulam riben
    • Linda Onn
    • Lingerie Seksi Ghairah Suami Lingerie Seksi Ghairah Suami
    • Mama Anis
    • Masayu
    • Maya
    • mutiara & kristal sabah
    • Naufal’s blog
    • Niknurfaizah
    • Noramanik
    • One Drop Perfume
    • Rahsia Anggun Cheq-Sue
    • Rai’s craft
    • Resepi Kak Liza Koleksi resipi kak liza
    • Ribbon Embroidery & Contemporary Batik
    • Riqzmiecreation
    • Salam Pantai Timur
    • Seni Jahitan Imass
    • Sew Cute
    • Siti Salmi
    • Smocking with Nannie
    • Stitch School
    • Suzana Mustafa
  • Video Teknik Sulam Riben

    • Video Teknik Sulam Riben
  • Herbeunine Capsule

  • Diva Steam Sauna

  • Kategori

    • Aksesori
    • Amigurumi
    • Asas Sulaman
    • Bahan Rujukan Sulaman
    • Bengkel
    • Butik
    • Crochet
    • E-Tutorial Sulaman
    • Felt Craft
    • Kerjaya
    • Kesihatan & Kecantikan
    • Knitting
    • Koleksi Kreatif Pembaca
    • Model Cheq Sue Collections
    • Pakaian Kanak-kanak
    • Percutian
    • Peribadi
    • Resepi cheq-sue
    • Rumah
    • Smocking
    • Sulam Baju Pengantin
    • Sulam Benang
    • Sulam Manik
    • Sulam Riben
    • Sulam Tampal
    • Sulam Tatting
    • Teknik Sulaman Benang
    • Teknik Sulaman Manik
    • Tudung Sulam Tangan
    • Tutorial
    • Video

Powered by Wordpress | WP Bliss theme by WP Remix
Copyright 2007-2008. Koleksi Kreatif Cheq Sue. All rights reserved

  • Home
  • BENGKEL
  • BIODATA
  • Hubungi