Sulam Manik
Manik Lalang Manjalara
Jahitan manik ini adalah hasil kombinasi jahitan manik lalang dan jahitan manik bunga manjalara. Terdapat beberapa jenis manik yang digunakan disini, antaranya ialah manik beras, manik mutiara dan manik heksagon. Manik lalang ini dijahit bermula daripada kaki baju ke atas. Sesuai bagi yang memakai tudung kerana sulaman yang cantik itu terletak di bahagian bawah atau [...]
Manik Piramid
Manik Piramid adalah antara jenis sulaman manik yang senang dibuat. Untuk baju ni Cheq jahitkan manik piramid pada lengan baju sahaja. Ia juga boleh dijahit dibahagian leher dan kaki baju. Bagi menghasilkan jahitan manik piramid ini, Cheq mulakan dengan jahitkan 8 biji manik pada hujung lengan baju, diikuti, 6 biji, 4 biji, 2 biji dan [...]
Manik Red Kebaya Mok Tie
My first customer. Itupun Free of charge, maklumlah adik ipar sendiri. Mintak dia belanja Mc’D je. heheheheh Mulanya tak tahu nak jahit manik macam mana, lepas telek punya telek terhasillah idea untuk jahit manik di sepanjang sulaman tu.
Manik Pintal Bintang 5
Ini satu lagi baju yang cheq jahitkan manik pintal ditambah 5 bintang di lengan baju. 4 kuntum bunga di hadapan baju cheq tambahkan highlight manik jelujur di keliling kelopak bunga manakala ditengah bunga dijahit manik tabur.
Manik Beriring Manjalara
Baju daripada kain benang hitam. Di lengan baju cheq jahitkan manik beriring dan dikemaskan dengan 3 kelopak bunga manjalara.
Manik Pintal First-time
Cheq mula cuba jahit manik ni tahun 2005. Masa tu memang famous jahit manik-manik kat baju. Cheq teringin sangat nak cuba…..lepas beberapa kali curi-curi intai baju-baju yang cantik dijual kat butik-butik di Medan MARA, Cheq pun memberanikan diri mencuba jahit sendiri. Main agak-agak aje. Alhamdulillah…..jadi jugak walaupun senget benget tak kisahlah…..asalkan rasa puas kerana hasil [...]

"Masukkan email dan nama untuk mendapat info tekini dari Cheq Sue ".

