Sulam Benang
Ilham Baru–Sulam Tatting
Rujukan gambar: Ceyizcim Cuhadar, Istanbul, Turki Cantik kan! Inilah antara koleksi pembakar semangat Cheq-Sue untuk terus meneroka teknik sulaman terbaru ini. Cheq-Sue yang letakkan namanya “sulam tatting” Sudah lama bertapa..…..Alhamdulillah akhirnya terjumpa sulaman terbaru yang membuatkan tangan seni ini kembali aktif memintal benang. Bagi anda yang dah pandai teknik tatting…tentu mudah nak hasilkan sulaman [...]
Sulam Tatting
Cubaan pertama Cheq-sue. Setelah mencuba-cuba menjahit dengan mengaplikasikan teknik asas tatting. Maka, inilah hasilnya Sulam Tatting diberi nama. Sesuai digayakan untuk hiasan tepi tudung/selendang. InsyaAllah, dengan ilham terbaru ini, banyak lagi design-design menarik akan Cheq-Sue cuba dan kongsikan tekniknya nanti.
Blouse Polos Bersulam Benang
Edisi cuci mata dan pembakar semangat buat peminat sulaman benang. Lihatlah betapa kemas dan cantik sulaman benang ini. Ini adalah hasil kreativiti rakan blogger cheq-sue iaitu Maya. Maya ni memang kreatif dan serba boleh orangnya. Sebenarnya dah lebih setahun cheq-sue beli blouse untuk Aisyah ni. Baru kali ini tergerak nak publish cerita pasal blouse ni. [...]
Projek Terbaru – Sulam Benang, Manik & Labuci
Cheq-sue baru sahaja siap menyudahkan sulaman ini utk sebelah tangan baju pada pukul 2.00 pagi 26 Nov 2009. Design sepenuhnya tunggu sedikit masa lagi, kerana cheq-sue bercadang nak tambahkan jahitan manik tabur pula. Terima kasih kepada Cik Glamstarz kerana idea design ini cheq-sue dapat setelah berkunjung ke fotopages beliau. Berikut beberapa teknik yang sempat cheq-sue [...]
Bengkel Sulam Manik & Benang di Medan MARA, KL
8 Ogos kelas sulaman manik sekebun bunga cuma ada 2 orang peserta, manakala 3 orang peserta lagi belajar sulaman benang. Oleh kerana jumlah pelajar yang sikit maka bolehlah cheq-sue combine 2 kelas ni sekali. Dah lama tak ajar sulaman benang. Rasa seronok pula buat sulam benang. InsyaAllah jika diizinkan Allah cheq-sue nak masukkan beberapa teknik [...]
Feather Stitch
- Jahitan Bulu Ayam Beginilah rupanya jahitan bulu ayam atau lebih dikenali sebagai Feather Stitch. Ia adalah salah satu teknik sulaman benang yang selalu diaplikasikan. Kegunaannya boleh dibentuk sebagai ranting pokok, border tepi sulaman dan pelbagai lagi bergantung kepada idea dan kreativiti. Cara sulamannya adalah menurun ke bawah dan boleh disulamkan ke kanan atau [...]
Bengkel Sulaman Benang (1)
Hari yang dinantikan akhirnya tiba jua. Walaupun hanya ada 3 orang peserta, bengkel sulam benang yang pertama kali cheq-sue adakan ini tetap berjalan seperti yang dijadualkan. Kak Yusna dari Wangsa Maju, Alinda dari Rawang dan Mardziah dari Temerloh. Semuanya selamat sampai pada masa yang dijanjikan. Maklumlah bengkel pertama, cheq-sue sendiri pun tak sempat menyediakan nota [...]
Teknik Sulaman Benang
Sudah lama cheq-sue berhajat nak kongsi teknik-teknik untuk sulaman benang dengan pembaca semua. Tapi oleh kerana sebelum ini terlalu banyak permintaan untuk teknik sulaman manik, maka cheq-sue tangguhkan dulu. Maklumlah waktu tu masing-masing nak lip-lap kan baju raya dengan manik labuci. Kali ini tibalah masanya untuk kita berkongsi satu lagi seni kemahiran sulaman tangan iaitu [...]
Kit Jahitan Sulaman Benang
Dalam artikel sebelum ini cheq-sue ada memberikan maklumat berkaitan Alatan Asas untuk Sulaman Benang. Selepas artikel tersebut dipaparkan dalam blog, ramai yang emel kepada cheq-sue untuk membeli kit sulaman benang. Bagi memenuhi permintaan pembaca setia, cheq-sue cuba mendapatkan basic items yang dapat membantu anda memulakan sulaman benang ini. Kit yang dapat cheq-sue sediakan ialah seperti [...]
Alatan Asas Sulaman Benang
Alatan asas yang perlu ada untuk memulakan sulaman benang ialah: – Jarum – Benang – Ram – Gunting – Neadle Threader Jarum Jarum yang sering digunakan untuk membuat sulaman benang sebaik-baiknya mempunyai bentuk yang panjang dan kepala jarum yang lebih kecil daripada batang jarum. Jenis-jenis jarum ini ialah seperti sharp, straw/milliners dan crewel/embroidery. Pilihan jenis [...]

"Masukkan email dan nama untuk mendapat info tekini dari Cheq Sue ".

