Peribadi
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-51
"Semoga negara kita yang tercinta terus aman dan makmur……………untuk masa depan pewaris bangsa merdeka. Semoga para pemimpin dapat melaksanakan mandat yang diberi dengan penuh amanah dan tanggungjawab." Suara dan harapan dari seorang rakyat biasa yang cintakan tanah air kita MALAYSIA ! Lihatlah betapa gembiranya anak-anak kecil ini menyambut kemerdekaan. Renungkanlah masa depan mereka.
Cheq-Sue Kembali ke Sekolah
Sempena kunjungan cheq-sue ke KKTM Balik Pulau untuk menemuduga beberapa orang calon Pegawai Latihan Vokasional MARA, Cheq-sue mengambil kesempatan ini untuk menjenguk sekolah lama iaitu MRSM Balik Pulau yang pada tahun ini telah menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-25 tahun "Jubli Perak" (1983 – 2008). Mengimbau kenangan 14 tahun lalu…..
Set Rantai Kristal Tourmaline
Akhirnya tercapai juga hajat cheq-sue untuk beli set rantai kristal tourmaline ni. Cantik kan. Loket rantai tu adalah daripada batu rose quartz yang terkenal sebagai batu kasih sayang. Cheq-sue memang suka dengan warna pink rose quartz tu…..lembut dan manis bila dipakai.
Kristal Tourmaline
Emas dan batu-batu permata adalah perhiasan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kaum wanita. Sebagai wanita cheq-sue pun tak terlepas daripada meminati batu-batu permata hasil daripada perut bumi ini. Begitu indah dan unik ciptaan-Nya. Ia bukan saja indah malah jika disingkap dari sudut mistik dan perubatan alternatif batu-batu permata ini mempunyai seribu khasiat dan kegunaan. [...]
Mutiara & Kristal Sabah
Rambang mata…..banyaknya mutiara, mutiara tu banyak gred dari air tawar dan juga air masin. Aisyah sedang memilih mutiara ! Naik berpinau biji mata cheq-sue pilih kristal & mutiara kat Kedai Jamilah tu. Memang tak cukup masa di sana…..kalau boleh ditukar tiket flight tu….memang cheq-sue nak stay lagi kat sana …..tapi teringat pula kat Adam yang [...]
Lawatan Kerja Ke Sabah
Pada 23 hingga 26 Jun 2008 Cheq-sue bersama seorang rakan setugas telah ke Sabah untuk memberi penerangan dan taklimat berkaitan Perlaksanaan Opsyen Persaraan 58 Tahun kepada semua staf MARA di sana. Kami telah diarahkan utk ke MRSM Kota Kinabalu, IKM Kota Kinabalu, PMN Sabah dan MRSM Tawau. Cheq-sue bergambar bersama-sama dengan Timbalan Pengarah serta beberapa [...]
Ayam Berkokok Di Waktu Pagi
Segak betul lagak ayam jantan ini. Waktu ni dah pun pukul 8.00 pagi di hari minggu yang lepas. Tapi ayam ni begitu galak berkokok. cheq terfikir sejenak kalau dulu-dulu di kampung ayam berkokok tanda waktu nak Subuh atau hari dah siang. Tapi sekarang ni di Kota, sudah pukul 8.00 pagi pun ayam masih berkokok. Tapi [...]
Potret Cheq-Sue dari wanwma
Hari ni cheq rasa gembira sangat terima perkhabaran dari wanwma bahawa potret percuma cheq-sue hasil karya wanwma dah siap dan akan diposkan tak lama lagi. Tak sabar menanti potret sebenar, cheq singgah ke blog wanwma dan alangkah gembiranya hati bila terpandang potret wajah yang amat kukenali. Terima kasih wanwma kerana memberi peluang kepada cheq menerima [...]
Bilik Blogging
Hari ni keputusan demam pilihan raya dah pun diketahui…… Yang menang tentu dah baik demam. Yang kalah tu……demam makin teruk…..jangan lupa makan ubat. Pergi periksa kesihatan…..apa penyakit sebenar, kalau rasa tak der harapan nak sembuh, lebih baik berehat jer lah……. Ehhh, apa lah yang cheq mengarut ni yea. Rasa malas pulak nak buat sulam dan [...]
Menghilangkan Parut Campak
Genap seminggu tempoh kuarantin, MC pun dah habis, cheq masuk ke pejabat seperti biasa, tapi memang tak dapat nak elakkan perasaan kurang keyakinan diri kerana seluruh muka dicemari parut campak. Ramai yang tegur dan bertanya khabar….ada yang bagitahu keadaan cheq ni masih perlukan MC kerana parut hitam masih ada. Cheq pun bergegas ke klinik…..dan sahlah [...]

"Masukkan email dan nama untuk mendapat info tekini dari Cheq Sue ".

