Peribadi
Majlis Akad Nikah Adik
Selamat Pengantin Baru buat adinda bongsu cheq-sue, Syazwani bersama pilihan hatinya Mohd. Syafiq. Majlis Akad Nikah secara sederhana ini selamat disempurnakan pada 12 Julai 2009, pukul 2.30 petang di kampung halaman cheq-sue di Kulim, Kedah. Alhamdulillah termeterai sudah ikatan dua hati, Semoga hubungan yang terjalin kekal selama-lamanya dan dirahmati Allah.
Mandi Kolam Baru
Petang Ahad semalam selepas pulang dari rumah adik ipar di Hulu Langat, sekali lagi kami singgah di rumah baru kami. Masuk ajer kat situ dengar suara kanak-kanak riang sedang mandi kolam. Adam apa lagi…..girangnya hati nak terjun sekali. Tak sampai hati membiarkan Adam kempunan cheqsue dan suamipun membenarkan Adam mandi kolam, Aisyah juga tak mahu [...]
Dapat Kunci Rumah Baru
Alhamdulillah, misi cheq-sue sekeluarga ke KL untuk mengambil kunci rumah baru kami di Ampang akhirnya selamat jua. Penantian selama hampir 2 tahun akhirnya tercapai. Pertama kali menjejakkan kaki ke dalam rumah sendiri amat mengujakan. Perasaan suka dan duka bercampur baur. Suka kerana bersyukur dapat memiliki rumah sendiri. Duka pula kerana tak dapat merasa tinggal [...]
Berita Sedih – Missed Abortion
Sebenarnya sudah hampir 3 bulan kandungan cheq-sue. Adam & Aisyah begitu gembira dengar berita mereka akan mendapat “adik” pada hujung tahun ini. Tapi sayangnya belum rezeki cheq-sue untuk menimang cahaya mata ke-3. Kandungan ini merosot dan tidak berkembang. Esok pagi 22 Mei 2009 cheq-sue terpaksa menjalani D&C. Demi keselamatan diri, uri yang terbentuk perlu dicuci, [...]
Tenang di Jawi
Terlalu asyik dengan ketenangan hidup di Jawi, Pulau Pinang hampir tidak sedar sudah lebih sebulan cheq-sue membiarkan blog ini sepi tanpa cerita-cerita baru. Sebenarnya terlalu banyak cerita dan pengalaman-pengalaman baru yg boleh dikongsi tapi oleh kerana waktu itu kamera masih dibaiki tiadalah gambar-gambar menarik yg dapat dirakam. Tak seronok bercerita kalau tanpa gambar sebagai bukti. [...]
Pertukaran ke Institut Latihan Kecemerlangan MARA @ Akademi MARA di Jawi, Pulau Pinang
Mungkin ada pembaca blog yang belum tahu cheq-sue akan berpindah ke Jawi, Pulau Pinang. Kepada peminat blog ini di kawasan Utara (eh…ada ker peminat cheq-sue ni?) mungkin lepas ni kita boleh aturkan bengkel ataupun pertemuan suka-suka di belah Utara pulak. Bagi pembaca setia di sekitar KL ….jgn risau cheq-sue akan selalu datang ke KL. Manakan [...]
Bertugas sambil bercuti di Sungai Petani, Kedah
Pada 16 Mac – 19 Mac 2009 cheq-sue bertugas untuk melaksanakan urusan temuduga di IKM Sungai Petani. Di kesempatan ini cheq-sue mengambil peluang membawa family termasuk mak, ayah & adik bercuti sambil lepak-lepak di Homestay di Sungai Petani. Nama Homestay ini TDA Maju Homestay yg terletak di Taman Padimas Jaya, Sungai Layar, Sungai Petani, [...]
Mee Bandung Muar (Special)
Tentu ada yang terliur melihatkan gambar mee bandung muar ini. Atau mungkin juga bg yang pernah makan mee bandung Pak Abu di Jln Abdullah, Muar ini sedang teringatkan keenakan rasa kuahnya dengan isi udang yg banyak dan pekat. Memang sungggggguh sedappppp! Terima kasih kepada Misah (my ex-room mate) kerana bgtau tempat paling sedap untuk makan [...]
Cuti – cuti di Pantai Senok
Beginilah gambaran betapa seronoknya kami sekeluarga pulang bercuti di kampung Abah, di Pantai Senok, Bachok, Kelatan. Pantai yang belum dicerobohi ini selalu juga dijadikan lokasi pengambaran drama tv. Setiap petang Adam mengajak kami ke pantai untuk bermain layang-layang. Aisyah pula begitu seronok apabila mukanya dijamah hembusan bayu laut. Begitu Leka bermain [...]
Sambil Menyelam Minum Air – Tiara Beach Resort
Inilah yang dikatakan "sambil menyelam minum air". Cheq-sue terlibat secara langsung sebagai pengaturcara Program Orientasi Guru-guru Baru MARA 2009. Sambil bertugas di Tiara Beach Resort, Port Dickson…….waktu petang sempatlah juga melayan anak-anak mandi manda di sana. Tempatnya memang sesuai sebagai destinasi percutian keluarga. Cuma tak tahan kulit dah bertukar kemerah-merahan sebab panas. Aisyah dan [...]

"Masukkan email dan nama untuk mendapat info tekini dari Cheq Sue ".

