Peribadi
Aktiviti Sepanjang Tempoh Berpantang
Alhamdulillah tempoh berpantang selama 44 hari telah dilalui dengan selamat dan jayanya. Rasanya cepat sungguh masa berlalu. Baby Alissa juga semakin sihat dan tembam. Nak tahu apakah aktiviti Cheq Sue sepanjang 44 hari tu?
Seperti amalan biasa orang Melayu berpantang iaitu bertungku dengan batu sungai dan berbengkung, memakai stoking kaki dan berurut dengan bidan. [...]
Rahsia 44 Hari Berpantang
Tentu ramai di antara kita yang tidak tahu dan tidak pasti mengapa tradisi berpantang selama 44 hari selepas bersalin diamalkan masyarakat Melayu. Sebenarnya ada rahsia di sebalik angka 44 dari sudut ilmu dan tradisi Melayu.
Maklumat ini Cheq Sue jumpa semasa mencari panduan berpantang sebab keguguran pada tahun lepas. Menurut buku ‘Ensiklopedia Perbidanan Melayu’ [...]
Mengumumkan Ketibaan Puteri Alissa Zahra – 3 Mei 2010
Alhamdulillah… baby Alissa Zahra selamat dilahirkan pada 3 Mei 2010 jam 12.20 pm, 3.4 kg di Hospital Kulim, Kedah. Kehadirannya dalam keluarga merupakan hadiah paling berharga buat kami sekeluarga tahun ini. Sempena Hari Ibu pula…..tiada apa yang lebih bermakna bagi Cheq Sue selain lahirnya cahaya mata yang dikandung selama 40 minggu dengan selamat dan [...]
Cameron Highland – Percutian Bajet
Siapa kata untuk berjalan-jalan (melancong dlm negeri) perlu ada bajet yang banyak? Jika perjalanan telah dirancang, kita boleh melakukan aktiviti singgah di lokasi percutian yang sehaluan dengan destinasi dituju. Dalam kes Cheq Sue, hujung minggu lepas sempena cuti Awal Muharram, kami sekeluarga berangkat ke Kuala Lumpur. Banyak misi telah dilaksanakan di sana….termasuklah bershopping untuk [...]
Selamat Menyambut Kedatangan Bulan Ramadhan
Assalamualaikum….WBT
Kepada semua pembaca blog ini, cheq-sue sekeluarga mengucapkan Selamat Berpuasa. Semoga puasa kali ini lebih membawa Barakah kepada kita semua. Amin
Rombongan Cheq-Sue Terbantut di Highway PLUS
31 Julai, cheq-sue berempat bertolak ke Sungai Petani dengan kereta MARA. Tujuan murni nak melawat rakan sepejabat yang baru selamat melahirkan baby sulong, nasib kurang baik….belum sampai 10 minit bertolak…..enjin kereta berbunyi agak pelik. Cheq-sue minta Ina perlahankan kenderaan dan berhenti di SOS yang berhampiran. Inilah pertama kali dlm sejarah hidupku menggunakan telefon SOS ini. [...]
Majlis Akad Nikah Adik
Selamat Pengantin Baru buat adinda bongsu cheq-sue, Syazwani bersama pilihan hatinya Mohd. Syafiq. Majlis Akad Nikah secara sederhana ini selamat disempurnakan pada 12 Julai 2009, pukul 2.30 petang di kampung halaman cheq-sue di Kulim, Kedah. Alhamdulillah termeterai sudah ikatan dua hati, Semoga hubungan yang terjalin kekal selama-lamanya [...]
Mandi Kolam Baru
Petang Ahad semalam selepas pulang dari rumah adik ipar di Hulu Langat, sekali lagi kami singgah di rumah baru kami. Masuk ajer kat situ dengar suara kanak-kanak riang sedang mandi kolam. Adam apa lagi…..girangnya hati nak terjun sekali. Tak sampai hati membiarkan Adam kempunan cheqsue dan suamipun membenarkan Adam mandi kolam, Aisyah juga tak mahu [...]
Dapat Kunci Rumah Baru
Alhamdulillah, misi cheq-sue sekeluarga ke KL untuk mengambil kunci rumah baru kami di Ampang akhirnya selamat jua. Penantian selama hampir 2 tahun akhirnya tercapai. Pertama kali menjejakkan kaki ke dalam rumah sendiri amat mengujakan. Perasaan suka dan duka bercampur baur. Suka kerana bersyukur dapat memiliki rumah sendiri. Duka pula kerana tak dapat merasa tinggal di [...]
Berita Sedih – Missed Abortion
Sebenarnya sudah hampir 3 bulan kandungan cheq-sue. Adam & Aisyah begitu gembira dengar berita mereka akan mendapat “adik” pada hujung tahun ini. Tapi sayangnya belum rezeki cheq-sue untuk menimang cahaya mata ke-3. Kandungan ini merosot dan tidak berkembang. Esok pagi 22 Mei 2009 cheq-sue terpaksa menjalani D&C. Demi keselamatan diri, uri yang terbentuk perlu dicuci, [...]



