Crochet
Teknik Kait Cantum
Projek kait seterusnya yang masih dalam pembikinan ialah kait cantum. Hasil akhir belum pasti nak dijadikan apa. Ia boleh dibuat beg, baju, sarung bantal kusyen, alas meja dan apa-apa sahaja ikut kreativiti masing-masing. Teknik ini memerlukan ketekunan. Langkah pertama ialah mengait kuntuman–kuntuman seperti gambar berikut. Ia sama seperti membuat patchwork, yang mana kita perlu menyiapkan [...]
Blooming Roses
Minggu ni Cheq-Sue sempat menyiapkan tempahan hp case ni. Memang seronok buat crochet hp case “blooming roses” ni sebab bila dah siap…..memang jelas kelihatan bunga rose yang kembang mekar tu. Design ni adalah untuk saiz smart phone. Kalau saiz classic phone cheq-sue namakannya “sweet roses”. Harga berbeza mengikut saiz. Untuk tempahan, boleh emel terus kepada [...]
Crochet Headband
Crochet headband ini pada mulanya Cheq Sue buatkan khas utk baby Alisa & Aisyah sahaja. Tapi bila kawan-kawan datang tengok…diorangpun berkenan. Datang pulak idea untuk buat sebagai jualan produk kreatif edisi terhad dan hadiah misteri di Butik Cheq Sue. So, kepada 10 orang pembeli bertuah….yang berbelanja RM100 dan ke atas di Butik Cheq Sue, mereka [...]
Teknik Asas Kait Tali Air
Salam utk semua. Video ini Cheq Sue pastekan kat sini bagi memudahkan kalian yg sudah mula berminat untuk mempelajari teknik mengait atau crochet. Ramai sangat yg bertanya dan minta cheq Sue ajar cara-cara mengait. Lama juga memikirkan macamana mau ajar ni…akhirnya….cara yg paling mudah ialah youtube ajerlah. Kalau korang rajin search kat youtube ni…pelbagai [...]
Beg Kait
Sambil berpantangpun boleh teruskan aktiviti kreatif……paling mudah mengaitlah. sebab hanya perlu pegang benang kait dan jarum. Beg ni khas utk Aisyah melaram especially utk hari raya nanti. Beg ni cheq cadang nak jahitkan zip. Kalau lagi rajin boleh juga ditambah bunga atau butterfly…tengoklah nanti camana. Ops! tutup mulut tu!!!. Seronok sangat dapat beg sampai terlupa [...]
Mengumumkan Ketibaan Puteri Alissa Zahra – 3 Mei 2010
Alhamdulillah… baby Alissa Zahra selamat dilahirkan pada 3 Mei 2010 jam 12.20 pm, 3.4 kg di Hospital Kulim, Kedah. Kehadirannya dalam keluarga merupakan hadiah paling berharga buat kami sekeluarga tahun ini. Sempena Hari Ibu pula…..tiada apa yang lebih bermakna bagi Cheq Sue selain lahirnya cahaya mata yang dikandung selama 40 minggu dengan selamat dan [...]
Anak Itik & Pinguin Linux
Puas rasa hati dapat buatkan toys untuk anak-anak hasil kerja tangan sendiri Lagi seronok bila diorangpun suka dengan toys yang kita buatkan tu….Lihatlah betapa girangnya Adam & Aisyah bersama anak itik & pingu masing-masing. Cheq Sue sendiri, suka sangat dgn pingu kat bawah ni (cubaan ke-3). Baru siapkannya semalam. Anak Itik tu pulak [...]
Koleksi Pembakar Semangat Amigurumi
Enjoy the pictures! Semua koleksi ni cheq-sue cari kat Google….tapi maaf tak ambik link dia. Sekarang ni Cheq Sue sedang buatkan anak itik untuk Aisyah Sofea & Pingu Linux utk Adam Iskandar….siap esok Cheq Sue tunjuk yea.
My First Trial Amigurumi – Tomato Cherry
Teruja Cheq Sue dapat siapkan amigurumi buat pertama kali. Teknik dipelajari daripada youtube spt posting sebelum ni. Memandangkan saiznya besar sikit daripada buah cherry….so kita namakan ia tomato cherry . Aisyah apalagi….suka sangat! siap gigit-gigit lagi. Next time boleh cuba buat pattern yang lain pula.
Basic Amigurumi – Cherry
Hari ini Cheq Sue belajar sesuatu yang baru dan menarik….may be bagi sesetengah orang benda/teknik ni dah lama. Tak mengapalah….sambil blog hopping, jumpa sesuatu yang menarik minat…..kita singgahlah belajar. InsyaAllah…lepas ni kita cuba buat Amigurumi pulak yea. Jom kita sama-sama tengok basic Amigurumi utk buah cherry ni. Daripada teknik ni kita boleh buat anak [...]

"Masukkan email dan nama untuk mendapat info tekini dari Cheq Sue ".

