Bahan Rujukan Sulaman
Buku Variasi Seni Mengait
Buku Variasi Seni Mengait ini cheq-sue beli gara-gara nak belajar buat knitting, salah satu topik yang terdapat dalam buku ini. Menariknya tentang buku ini kerana kandungan buku ini terdapat pelbagai variasi seni mengait yang terdiri daripada knitting (kait jarum dua), crochet (kait jarum satu), kaitan pita, sulaman tangan, sulaman hiasan dinding serta sulaman tampal. [...]
Kit Jahitan & Buku Sulaman Riben
Cheq telah mendapat kebenaran daripada penulis buku iaitu Pn. Suzana Mustafa untuk menjual kit sulaman dan buku sulaman riben (ribbon embroidery) ini. Lagipun bukan senang nak cari peralatan sulaman riben ini terutama jarum dan eraseable pen. Kepada semua pembaca yang berminat atau yang telah lama mencari-cari kit alatan untuk sulaman ini bolehlah singgah ke [...]
Buku Jahitan Asas Sulaman Riben
Kali ini cheq nak berkongsi pula buku sulaman yang baru cheq beli. Oleh kerana ghairah nak buat sulaman riben nih, cheq abaikan sekejap tempoh kuarantin dan terus ke kedai buku mencari buku berkaitan sulaman riben. Cheq bernasib baik sangat dapat jumpa buku Jahitan Asas Sulaman Riben ni yang baru sahaja diterbitkan. Penulisnya ialah Suzana Mustafa, [...]
Buku Kait Jarum Satu (Crochet) oleh Zainon Mohd Nor Al-Yunani
Buku mengait ini Cheq pinjam dari Perpustakaan MARA. Ia amat bagus bagi sesiapa yang ingin mempelajari dengan lebih mendalam tentang seni mengait (crochet). Buku ini juga memberi banyak contoh-contoh hasil seni mengait yang boleh dicuba. Buku ini ialah hasil penulisan dan kreativiti Hajjah Zainon binti Mohd. Nor Al-Yunani dan telah diterbitkan pada 2002.
Seperti kata Hajjah [...]
Buku Sulaman Klasik, Mariam Abu Bakar
Seperti yang dijanjikan ini ialah buku panduan sulaman klasik oleh Mariam Abu Bakar, Buku ini menunjukkan teknik-teknik sulaman tangan dan juga mesin dengan kepelbagaian jenis-jenis sulaman yang biasa di buat oleh nenek atau ibu-ibu kita dahulu.
Sulaman Benang
Antara jenis-jenis sulaman yang cheq cuba praktik sambil refer buku Rosita Jaafar. Masa belajar sulaman ni sebenarnya cheq berada di Hospital Sg. Buloh kerana menemani baby Aisyah Sofea yang menghidapi “Acute Pneumonia”. Selama 2 hari berada di Hospital cheq sempatlah khatam buku tu sambil praktik beberapa jenis sulaman. Sambil belajar sulaman benang tu datang pulak [...]
Bahan Rujukan Utama
"Sulaman benang & manik labuci, Rosita Jaafar"
Inilah buku sulaman pertama yang cheq beli sebagai sumber rujukan. Selama ini cuma rujuk dalam website sahaja. Tak sangka begitu banyak jenis-jenis sulaman yang boleh dipraktikkan untuk menghasilkan suatu hasil seni sulaman yang sangat menarik dan bernilai.
