Author Archive
Anak Itik & Pinguin Linux
Puas rasa hati dapat buatkan toys untuk anak-anak hasil kerja tangan sendiri Lagi seronok bila diorangpun suka dengan toys yang kita buatkan tu….Lihatlah betapa girangnya Adam & Aisyah bersama anak itik & pingu masing-masing.
Cheq Sue sendiri, suka sangat dgn pingu kat bawah ni (cubaan ke-3). Baru siapkannya semalam. Anak Itik [...]
Koleksi Pembakar Semangat Amigurumi
Enjoy the pictures! Semua koleksi ni cheq-sue cari kat Google….tapi maaf tak ambik link dia. Sekarang ni Cheq Sue sedang buatkan anak itik untuk Aisyah Sofea & Pingu Linux utk Adam Iskandar….siap esok Cheq Sue tunjuk yea.
My First Trial Amigurumi – Tomato Cherry
Teruja Cheq Sue dapat siapkan amigurumi buat pertama kali. Teknik dipelajari daripada youtube spt posting sebelum ni. Memandangkan saiznya besar sikit daripada buah cherry….so kita namakan ia tomato cherry . Aisyah apalagi….suka sangat! siap gigit-gigit lagi. Next time boleh cuba buat pattern yang lain pula.
Basic Amigurumi – Cherry
Hari ini Cheq Sue belajar sesuatu yang baru dan menarik….may be bagi sesetengah orang benda/teknik ni dah lama. Tak mengapalah….sambil blog hopping, jumpa sesuatu yang menarik minat…..kita singgahlah belajar. InsyaAllah…lepas ni kita cuba buat Amigurumi pulak yea. Jom kita sama-sama tengok basic Amigurumi utk buah cherry ni. Daripada teknik ni kita boleh buat anak patung, [...]
Felt Key-Chain Sekebun Bunga
Tentu ramai yang dah familiar dengan gambar kat atas tu. Sampel E-Tutorial Sulaman Manik Sekebun Bunga ni asalnya cheq sue jahitkan pada kain kosong warna putih….tersimpan aje dlm kotak jahitan. Oleh kerana cheq-sue dah mula bercuti….sementara menantikan kelahiran…..datang pulak semangat nak menjahit sesuatu. Terpandang kain felt yang belum berusik…..dapatlah idea nak buatkan key-chain ni. Inilah [...]
Jahit Manik Bunga Dahlia
Alhamdulillah, tak sangka sambutan utk E-tutorial Sulaman Manik Sekebun Bunga laris macam pisang goreng panas….(hmm teringinnya nak makan pisang goreng kat Pertama Kompleks nun jauh di KL sana….uhukuhuk:().
Terima kasih atas sokongan kalian. Bagi yang dah beli E-tutorial tu……tentu perasan bunga yang warna oren-biru tu….tak dimasukkan langkah-langkahnya. Sengaja Cheq-Sue tak memasukkan teknik jahit manik bunga [...]
E-Tutorial Sulaman Manik Sekebun Bunga
Pembaca yang berminat mendapatkan tutorial ini sila buat pembayaran RM10.00 sahaja ke akaun CIMB/Maybank seperti dibawah dan emelkan info transaksi bayaran kepada
sue@cheq-sue.com dengan tajuk E-Tutorial Manik Sekebun Bunga.
Cheq-sue akan emelkan E-Tutorial ini sebaik menerima pengesahan bayaran.
KAEDAH BAYARAN (Maybank/CIMB)
- Mazuhan bin Ahmad – Maybank – Akaun No: [...]
Keberkatan Susu Badan
“Untuk perkongsian bersama”
Metro (26/03/2010) – AMALAN penyusuan susu ibu sering dikaitkan dengan budaya tradisional oleh ibu yang mendakwa diri mereka lebih moden. Pelbagai tanggapan negatif dilemparkan mengenai amalan penyusuan itu dengan menyatakan kaedah itu menyebabkan susuk bentuk badan berubah dan akan kelihatan tidak menarik.
Malah, ada yang mempunyai persepsi memberi susu formula lebih mudah kerana terikut-ikut [...]
Booties Purple
Setelah menyiapkan topi baby minggu lepas, minggu ini cheq-sue berazam utk menyiapkan pula sepasang kasut baby dengan tema warna yang sama iaitu purple & white. Alhamdulillah siap juga akhirnya. Kini hanya menunggu masa ketibaan “Tuan Puteri” untuk menyarungkan kasut dan topinya.
Masa tinggal lagi lebih kurang sebulan sahaja. InsyaAllah akan dibuatkan sesuatu untuk [...]
Crochet Baby Hat
Hasil kreativiti minggu ini pula ialah topi baby. Menarik pula warnanya apabila warna purple digabungkan dengan warna putih…nampak sejuk dan sweet sekali. InsyaAllah akan dipakaikan semasa baby keluar daripada hospital nanti. Saiz topi ni cheq-sue buat kecil aja…sesuai utk newborn. Lepas ni…..dalam proses nak buat booties yg sedondon dgn topi ni pula…..



