Author Archive
Crochet Baby Hat
Hasil kreativiti minggu ini pula ialah topi baby. Menarik pula warnanya apabila warna purple digabungkan dengan warna putih…nampak sejuk dan sweet sekali. InsyaAllah akan dipakaikan semasa baby keluar daripada hospital nanti. Saiz topi ni cheq-sue buat kecil aja…sesuai utk newborn. Lepas ni…..dalam proses nak buat booties yg sedondon dgn topi ni pula…..
Sambutan Hari MARA ke-44 (1 Mac 2010)
Please enjoy the pictures only yah…..:)
Baby Booties
First time kait booties atau kasut baby macam ni. Cheq sue kurang gemar buat benda yang sama 2 kali…sebab hasilnya tentu tak boleh sama sejibik. Biasalah, kelemahan diri sebagai insan biasa. Jangan harapkan semuanya menjadi perfect. Sebenarnya tiada siapa yang perfect….PERFECT hanyalah Allah yang Maha Esa.
Dek keghairahan, sepasang booties ni siap [...]
Interview
Hari Selasa 9 Feb 2010, ILHAM telah mengadakan sesi temuduga mengisi kekosongan jawatan secara kontrak untuk housekeeping di Hotel ILHAM (Royale Palm Residential Hall). Cheq Sue salah seorang daripada panel temuduga. Kepada calon-calon yang terpilih diucapkan tahniah dan bekerjalah dengan penuh amanah dan dedikasi. Selamat menjadi wargakerja ILHAM.
Aksesori Crochet untuk Baby
Topi untuk baby Alissa……rasanya 6 bulan ke atas baru boleh pakai ni.
Headband baby Alissa…..heheehe….baby girl or boy? InsyaALLAH….tunggu…..kalau yang lahir nanti boy…..cheq-sue open for sale….ya.
Yang ini pulak headband untuk kakaknya Aisyah Sofea.
Tempahan Handphone Case – Siti Fairus
Nampak gayanya inilah tempahan yang pertama dan terakhir yang mampu cheq-sue buatkan sehingga menantikan kelahiran bayi ke-3. Dengan kesibukan kerja dan juga keadaan kesihatan yang tidak menentu…..tak berani rasanya nak terima apa-apa tempahan lagi. Handphone case Siti Fairus ini sebenarnya dah siap 2 hari selepas terima bayarannya iaitu hari Sabtu minggu lepas, tapi [...]
Orientasi Guru-guru Baru MARA 2010 (1-6 Feb 2010)
Gambar dari kiri: Cik Mardiana, Pn. Naimah, CheqSue & En. Faizal
Inilah saat yang amat melegakan apabila sampainya hari untuk mengucapkan selamat pulang kepada para peserta kursus. Maaf, bukan tak seronok bersama kalian (peserta program Orientasi Guru Baru 2010) sangat seronok dan banyak sekali pengalaman pahit manis yang sempat dikutip….yang mana semuanya nanti akan menjadi kenangan [...]
Crochet Kembali Diminati
Nampaknya minat untuk mengait kembali semula. Cheq sue dah mula berangan-angan nak buatkan beberapa koleksi crochet untuk baby yang bakal lahir nanti. Selepas cubaan pertama berjaya, cheq-sue makin teruja untuk mengait lagi. Hari Selasa lepas, sambil bercuti kerana menjaga Aisyah yang demam cheq-sue sempat pula mengait satu lagi handhone case dengan patern cerut sweet [...]
Crochet Handphone Case
Hasil kreatif Cheq Sue minggu ini, handphone case untuk diri sendiri. Saja nak polish balik kemahiran mengait yang dah berkurun tak dibuat. Tak sangka bila tayang kat adik….ada pulak yang berkenan. Tapi buat masa ni…sorry lah memang tak mampu nak ambik tempahan. Tangan ni sejak akhir-akhir ni asyik kebas-kebas aje. Pegang jarum sekejap aja [...]
Model Pakaian Kanak-kanak- Cheq Sue Collections
Memperkenalkan inilah dia gadis kecil yang bertuah terpilih sebagai model pakaian kanak-kanak untuk butik Cheq Sue Collections. Baju yang digayakan adalah salah satu koleksi yang terdapat di butik Cheq Sue. Memandangkan model ini sangatlah lasak, sesi shooting untuk koleksi yang lain terpaksa ditangguhkan dahulu. Sekiranya ada yang berminat untuk membeli gaun ini ia ada [...]
