Koleksi Cheq Sue

Seni kreatif sulaman tangan

  • BENGKEL
  • BIODATA
  • Hubungi

Koleksi Kreatif Cheq-Sue

2

Crochet Kembali Diminati

Posted by cheq sue
at January 13, 2010

IMG_5005

Nampaknya minat untuk mengait kembali semula. Cheq sue dah mula berangan-angan nak buatkan beberapa koleksi crochet untuk baby yang bakal lahir nanti. Selepas cubaan pertama berjaya, cheq-sue makin teruja untuk mengait lagi. Hari Selasa lepas, sambil bercuti kerana menjaga Aisyah yang demam cheq-sue sempat pula mengait satu lagi handhone case dengan patern cerut sweet rose. Harap kalian juga suka dengan design terbaru ini.

IMG_5006  IMG_5014 IMG_5008 IMG_5009

Seronok pulak menayang handphone case ni. sesuatu yang lain dari yang lain. Kalau ada yang nak tempah boleh emel direct kepada sue@cheq-sue.com.

IMG_5010

Crochet
0

Crochet Handphone Case

Posted by cheq sue
at January 9, 2010

IMG_4975

Hasil kreatif Cheq Sue minggu ini, handphone case untuk diri sendiri. Saja nak polish balik kemahiran mengait yang dah berkurun tak dibuat. Tak sangka bila tayang kat adik….ada pulak yang berkenan. Tapi buat masa ni…sorry lah memang tak mampu nak ambik tempahan. Tangan ni sejak akhir-akhir ni asyik kebas-kebas aje. Pegang jarum sekejap aja dah kebas. Usah ditanya teknik apa yang digunakan sebab Cheq Sue pakai belasah aje. Tak belajar secara formalpun, belajar dengan mak masa kecik-kecik dulu aje. Buat ni ikut imaginasi dan sesedap rasa sahaja.

Nampaknya hasil crochet dah kembali diminati semula. InsyaAllah jika dapat ilham nanti cheq sue buatkan yang lain pula.

IMG_4979 IMG_4983

Crochet
3

Model Pakaian Kanak-kanak- Cheq Sue Collections

Posted by cheq sue
at December 28, 2009

IMG_4944

Memperkenalkan inilah dia gadis kecil yang bertuah terpilih sebagai model pakaian kanak-kanak untuk butik Cheq Sue Collections. Baju yang digayakan adalah salah satu koleksi yang terdapat di butik Cheq Sue. Memandangkan model ini sangatlah lasak, sesi shooting untuk koleksi yang lain terpaksa ditangguhkan dahulu. Sekiranya ada yang berminat untuk membeli gaun ini ia ada stok untuk gadis kecil berusia dari 3 hingga 7 tahun. Stok di butik belum diupdate lagi. Harga RM45.00 + Kos Penghantaran RM5.00. Kualiti kain 100% cotton, sejuk & sangat selesa!

 IMG_4946 IMG_4949

Aksi menggoda!!

 IMG_4945 IMG_4937 

Aksi nakal & tangkap lentok!!

IMG_4941 IMG_4942

Butik, Model Cheq Sue Collections, Pakaian Kanak-kanak
1

Bengkel Sulaman Manik – 27 Dec 2009

Posted by cheq sue
at December 27, 2009

Tarikh: 27 Dec 2009
Tempat : Taman Jawi Indah, Sg. Jawi, SPS, P.Pinang
Masa: 2.00 – 6.00 petang
Peserta: 4 orang (Pn. Noriah, Pn. Zarina, Pn. Fus Ha & Pn. Mastura)

IMG_4951 IMG_4952

IMG_4956 IMG_4954

Hari ini kesihatan agak kurang baik….selsema dan badan mula rasa nak demam. Tapi kelas yang telah dijanjikan dengan para peserta terpaksa juga diteruskan walaupun beberapa orang peserta tidak dapat hadir. 4 orang peserta ini tetap sudi mencari teratak cheq sue yang tak seberapa ini untuk berguru….walaupun ada juga yang terpaksa berpusing-pusing mencari rumah cheq sue. Maaf kerana tak menyediakan peta untuk datang ke sini.

Sebelum memulakan kelas, cheq sue menghidangkan peserta dengan sedikit pengalas perut. Cheq Sue hanya sempat sediakan bihun goreng dan air sirap bandung. Anak-anak telah di transitkan ke rumah Tok & Wan mereka di Kulim.

Kelas dilaksanakan seperti biasa cuma Cheq Sue rasa agak lemah sedikit hari ini kerana selsema dan badan rasa macam nak demam. Kepada peserta, Cheq Sue mohon maaf berbanyak kerana prestasi agak kurang sedikit namun Cheq Sue amat berharap kalian dapat praktiskan kesemua teknik yang telah dipelajari tadi. Sekiranya ada yang terlupa jangan segan silu bertanya semula ya.

Bengkel
2

Kain Felt

Posted by cheq sue
at December 25, 2009

IMG_4930 

Felt Craft yang berasal dari Jepun, kini semakin menjadi kegilaan kaum wanita di Malaysia. Cheq Sue mengambil peluang ke KL hujung minggu lepas membeli beberapa paket kain felt di kedai Craft World, SS2 PJ. Melihatkan hasil yang sungguh comel dan berwarna warni di blog teman-teman lain, hati ini rasa terpanggil juga untuk mencuba. Paling tidakpun sekadar membuat Pin Cushion untuk tempat cucuk jarum . Tengoklah nanti jika ada kelapangan akan kucuba juga membuatnya……hanya sekadar untuk kepuasan diri sendiri sahaja. Sambil tu jom cuci mata lihat hasil felt craft dari pencarian di google buat pembakar semangat :)

Cth gambar dari google:

Cupcake purse toturial

Felt Craft
1

Cameron Highland – Percutian Bajet

Posted by cheq sue
at December 24, 2009

IMG_4818

Siapa kata untuk berjalan-jalan (melancong dlm negeri) perlu ada bajet yang banyak? Jika perjalanan telah dirancang, kita boleh melakukan aktiviti singgah di lokasi percutian yang sehaluan dengan destinasi dituju. Dalam kes Cheq Sue, hujung minggu lepas sempena cuti Awal Muharram, kami sekeluarga berangkat ke Kuala Lumpur. Banyak misi telah dilaksanakan di sana….termasuklah bershopping untuk koleksi sulaman, pakaian anak-anak, jumpa adik beradik, kawan-kawan, urusan pejabat di HQ termasuklah mencari tempat untuk bengkel di KL. Tidak ketinggalan pekena makanan kegemaran di restoran/gerai yang selama ini menjadi rutin semasa tinggal di KL.

IMG_4812IMG_4816      

Perjalanan pulang ke Penang, kami melencong sebentar ke Cameron Highland, sengaja nak bawa anak-anak rasa udara nyaman di atas sana.  Adam dan Aisyah cukup happy dapat melawat ladang strawberry dan makan aiskrim dengan buah strawberry segar dari ladang. Tidak ketinggalan sedikit kenang-kenangan untuk mereka.

IMG_4827 IMG_4834 IMG_4844 IMG_4853 IMG_4863 IMG_4872

Percutian, Peribadi
3

Blouse Polos Bersulam Benang

Posted by cheq sue
at December 9, 2009

IMG_4703

Edisi cuci mata dan pembakar semangat buat peminat sulaman benang. Lihatlah betapa kemas dan cantik sulaman benang ini. Ini adalah hasil kreativiti rakan blogger cheq-sue iaitu Maya. Maya ni memang kreatif dan serba boleh orangnya. Sebenarnya dah lebih setahun cheq-sue beli blouse untuk Aisyah ni. Baru kali ini tergerak nak publish cerita pasal blouse ni.

Dengan hanya mengaplikasikan teknik-teknik mudah sahaja, Maya mampu mencipta suatu hasil sulaman benang yang cukup indah. Tertarik dengan kekemasannya menyebabkan cheq-sue pun order satu untuk anak dara kesayangan.

Perhatikan gambar besar di atas, teknik yang digunakan ialah:

- Jahitan back stitch

- Jahit Kia

- Jahit Lurus

- Jahit Jelujur

- Jahit French Knot.

 

IMG_4700 IMG_4704

Gambar Aisyah Sofea menggayakan blouse yang ada tertulis namanya di baju.

IMG_0968

Koleksi Kreatif Pembaca, Sulam Benang, Teknik Sulaman Benang
1

Bengkel Sulaman Riben

Posted by cheq sue
at December 2, 2009

sulam riben nur 010

Hari ini 2 Dec 2009, cheq-sue amat bertuah kerana dapat mengikuti bengkel sulaman riben yang dianjurkan oleh PUSPANITA Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Cheq-sue dapat pelepasan daripada Bos untuk menyertai bengkel ini kerana beliau memahami akan minat cheq-sue dalam seni sulaman. Thank you BOSS!

Selama ini hanya merujuk daripada buku Sulaman Riben Pn Suzana Mustafa sahaja. Apabila dapat berguru secara terus ni rasa lebih faham dan yakin. Walaupun bukan belajar secara langsung daripada tuan punya buku tetapi cheq-sue bertuah juga kerana dapat belajar daripada anak murid Pn Suzana iaitu Cikgu Siti dari Balik Pulau, Pulau Pinang.

Gambar-gambar ini adalah antara contoh-contoh sulaman riben yang telah disiapkan oleh cikgu Siti dan pembantunya Kak Su. InsyaAllah jika kelapangan nanti cheq-sue nak cuba juga buat beberapa projek sulaman riben. Bukan nak lawan tokey ya :) …cuma nak explore dan praktis apa yang telah dipelajari. Untuk mengajar, cheq-sue belum bersedia…..kerana kurang pengalaman dan ilmu pun belum dikhatam lagi.

sulam riben nur 012   sulam riben nur 013 sulam riben nur 015

Antara gambar-gambar yang sempat dirakam semasa belajar tadi:

 sulam riben nur 011  sulam riben nur 003 sulam riben nur 001 sulam riben nur 005

Bengkel, Sulam Riben
4

Projek Terbaru – Sulam Benang, Manik & Labuci

Posted by cheq sue
at November 26, 2009

IMG_4720

Cheq-sue baru sahaja siap menyudahkan sulaman ini utk sebelah tangan baju pada pukul 2.00 pagi 26 Nov 2009. Design sepenuhnya tunggu sedikit masa lagi, kerana cheq-sue bercadang nak tambahkan jahitan manik tabur pula. Terima kasih kepada Cik Glamstarz kerana idea design ini cheq-sue dapat setelah berkunjung ke fotopages beliau.

Berikut beberapa teknik yang sempat cheq-sue snap untuk dikongsi bersama kalian.

1. Cheq-sue siapkan bunga daisy dahulu untuk seluruh lengan baju. Guna teknik lazy daisy.

IMG_4692 IMG_4695

2. Rupa benang di bahagian belakang kain. Matikan jahitan di tengah belakang kain.

IMG_4696 IMG_4698

3. Seterusnya gunakan teknik tali air untuk jahitan batang bunga.

IMG_4710 IMG_4713

4. Kemudian jahitkan 2 butir manik silinder dan 1 labuci hijau untuk membentuk daun. Buatkan dalam 3 kelopak daun.

IMG_4714 IMG_4715

Beginilah hasilnya. Selamat mencuba.

IMG_4716 IMG_4708

Sulam Benang, Sulam Manik, Teknik Sulaman Benang, Teknik Sulaman Manik
0

Bengkel Sempena Penghujung Tahun 2009

Posted by cheq sue
at November 5, 2009

Sempena musim cuti sekolah ini cheq-sue sekali lagi membuka semula Pendaftaran untuk Bengkel Sulaman Manik atau Sulaman Benang kepada semua peminat seni kreatif ini yang tidak jemu-jemu menghubungi cheq-sue dan bertanyakan bilakah bengkel sulaman akan diadakan semula.

Semenjak bulan puasa lalu cheq-sue berehat panjang daripada melakukan sebarang bengkel mahupun aktiviti menyulam kerana mengalami sindrom mabuk-mabuk & pening-pening lalat. (Rezeki nak dapat baby lagi la nih). Alhamdulilllah kini kesihatan semakin ok…maka masa yang masih ada akan cheq-sue kongsikan dengan kalian untuk mempelajari teknik-teknik sulaman manik dan benang.

Maklumat lanjut sila lihat di BENGKEL

Blog Widget by LinkWithin
Bengkel
Next Page

CARI

Arkib

  • January 2010
  • December 2009
  • November 2009
  • August 2009
  • July 2009
  • June 2009
  • May 2009
  • April 2009
  • March 2009
  • February 2009
  • January 2009
  • December 2008
  • November 2008
  • October 2008
  • September 2008
  • August 2008
  • July 2008
  • June 2008
  • April 2008
  • March 2008
  • February 2008
  • January 2008
  • December 2007
  • November 2007

Kategori

  • Aksesori
  • Asas Sulaman
  • Bahan Rujukan Sulaman
  • Bengkel
  • Butik
  • Crochet
  • Felt Craft
  • Kerjaya
  • Kesihatan & Kecantikan
  • Knitting
  • Koleksi Kreatif Pembaca
  • Model Cheq Sue Collections
  • Pakaian Kanak-kanak
  • Percutian
  • Peribadi
  • Resepi cheq-sue
  • Rumah
  • Smocking
  • Sulam Baju Pengantin
  • Sulam Benang
    • Teknik Sulaman Benang
  • Sulam Manik
    • Teknik Sulaman Manik
  • Sulam Riben
  • Sulam Tampal
  • Tudung Sulam Tangan
  • Video
  • Langganan

    Sila masukkan email anda:

    Dihantar oleh FeedBurner


  • Koleksi Kreatif Cheq Sue on Facebook
  • Komen Terkini

    • Dila on Buku Jahitan Asas Sulaman Riben
    • raja.farisa on Buku Kait Jarum Satu (Crochet) oleh Zainon Mohd Nor Al-Yunani
    • nun on Jahit Manik "Baby Daisy"
    • anna aziz on Kait (Crochet)
    • yan on Jahit Manik Teratai
    • isabella on Buku Variasi Seni Mengait
    • ayim on Mee Kuah Utara Cheq-Sue
    • syidah on Jahit Manik Pintal
    • tati muhdi on Sulaman Benang
    • syahidah on Knitting – Baju Sejuk
  • Kategori

    • Aksesori
    • Asas Sulaman
    • Bahan Rujukan Sulaman
    • Bengkel
    • Butik
    • Crochet
    • Felt Craft
    • Kerjaya
    • Kesihatan & Kecantikan
    • Knitting
    • Koleksi Kreatif Pembaca
    • Model Cheq Sue Collections
    • Pakaian Kanak-kanak
    • Percutian
    • Peribadi
    • Resepi cheq-sue
    • Rumah
    • Smocking
    • Sulam Baju Pengantin
    • Sulam Benang
    • Sulam Manik
    • Sulam Riben
    • Sulam Tampal
    • Teknik Sulaman Benang
    • Teknik Sulaman Manik
    • Tudung Sulam Tangan
    • Video
  • Arkib

    • January 2010
    • December 2009
    • November 2009
    • August 2009
    • July 2009
    • June 2009
    • May 2009
    • April 2009
    • March 2009
    • February 2009
    • January 2009
    • December 2008
    • November 2008
    • October 2008
    • September 2008
    • August 2008
    • July 2008
    • June 2008
    • April 2008
    • March 2008
    • February 2008
    • January 2008
    • December 2007
    • November 2007
  • My Baby

  • Blogroll

    • According-2me
    • Adam & Aisyah anak-anakku sayang
    • Asmahani ex-MRSMBP
    • Ayu Wanita Butik Kecantikan Online
    • Bilik Jahit Maklang
    • Cantik,sihat
    • Craft Daisy
    • crochet mslynn
    • Dunia Musliha
    • Embroidery Design
    • Forum Cari forum
    • Goji Rasailah ‘Nikmat’, Ketahuilah Hikmat!
    • Homekreation
    • Info Kristal
    • Info Mutiara
    • Knitting
    • Kotak Jahit sulam riben
    • Linda Onn
    • Lingerie Seksi Ghairah Suami Lingerie Seksi Ghairah Suami
    • Mama Anis
    • Masayu
    • Maya
    • Miezam
    • Mommy-Lily
    • Naufal’s blog
    • Niknurfaizah
    • One Drop Perfume
    • Rahsia Anggun Cheq-Sue
    • Rai’s craft
    • Resepi Kak Liza Koleksi resipi kak liza
    • Resepi Tradisional Kelate
    • Ribbon Embroidery & Contemporary Batik
    • Riqzmiecreation
    • Salam Pantai Timur
    • Seni Jahitan Imass
    • Sew Cute
    • Siti Salmi
    • Smocking with Nannie
    • Stitch School
    • Suemiezi
    • Suzana Mustafa
    • Tatting
    • Trisya Aleesa
    • Zarina Itam
  • Video Teknik Sulam Riben

    • Video Teknik Sulam Riben

  • ShoutMix chat widget
  • Wowzio
    grab this · arts blog

Powered by Wordpress | WP Bliss theme by WP Remix
Copyright 2007-2008. Koleksi Cheq Sue. All rights reserved

  • Home
  • BENGKEL
  • BIODATA
  • Hubungi