Crochet Handphone Case
Hasil kreatif Cheq Sue minggu ini, handphone case untuk diri sendiri. Saja nak polish balik kemahiran mengait yang dah berkurun tak dibuat. Tak sangka bila tayang kat adik….ada pulak yang berkenan. Tapi buat masa ni…sorry lah memang tak mampu nak ambik tempahan. Tangan ni sejak akhir-akhir ni asyik kebas-kebas aje. Pegang jarum sekejap aja dah kebas. Usah ditanya teknik apa yang digunakan sebab Cheq Sue pakai belasah aje. Tak belajar secara formalpun, belajar dengan mak masa kecik-kecik dulu aje. Buat ni ikut imaginasi dan sesedap rasa sahaja.
Nampaknya hasil crochet dah kembali diminati semula. InsyaAllah jika dapat ilham nanti cheq sue buatkan yang lain pula.
Jika anda suka catatan ini, sila sumbangkan pendapat atau komen anda atau melanggan melalui suapan RSS untuk menikmati artikel terkini yang ditulis terus ke pembaca suapan anda (feed reader).






Komentar
Masih tiada komen
Tinggalkan komen