Rombongan Cheq-Sue Terbantut di Highway PLUS
31 Julai, cheq-sue berempat bertolak ke Sungai Petani dengan kereta MARA. Tujuan murni nak melawat rakan sepejabat yang baru selamat melahirkan baby sulong, nasib kurang baik….belum sampai 10 minit bertolak…..enjin kereta berbunyi agak pelik. Cheq-sue minta Ina perlahankan kenderaan dan berhenti di SOS yang berhampiran. Inilah pertama kali dlm sejarah hidupku menggunakan telefon SOS ini. Memang cukup mudah dan amat membantu di saat-saat kecemasan.
Terima kasih yang amat sangat kepada abang-abang PLUS yang cepat sampai ke lokasi dan membantu menarik kereta kami ke TOL Bukit Tambun untuk menanti resque seterusnya daripada officemate untuk mengambil kami pulang semula ke pejabat…..kereta MARA ni terpaksa kami tinggalkan dahulu di tol ini sehingga resque yang lain pula.
Sambil menunggu resque tiba, kami berempat berehat seketika di surau TOL Bukit Tambun ini.
Gambar gembira Kak Zarina & Azlina semasa shopping hadiah utk baby boy Muna di Yawata Nibong Tebal.
Jika anda suka catatan ini, sila sumbangkan pendapat atau komen anda atau melanggan melalui suapan RSS untuk menikmati artikel terkini yang ditulis terus ke pembaca suapan anda (feed reader).

"Masukkan email dan nama untuk mendapat info tekini dari Cheq Sue ".


Komentar
Masih tiada komen
Tinggalkan komen