Bertugas sambil bercuti di Sungai Petani, Kedah
Pada 16 Mac – 19 Mac 2009 cheq-sue bertugas untuk melaksanakan urusan temuduga di IKM Sungai Petani. Di kesempatan ini cheq-sue mengambil peluang membawa family termasuk mak, ayah & adik bercuti sambil lepak-lepak di Homestay di Sungai Petani. Nama Homestay ini TDA Maju Homestay yg terletak di Taman Padimas Jaya, Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah.
Cheq-sue amat teruja apabila melihat sebuah rumah banglo single yg cukup sempurna ini. Memang puas hati menyewa di homestay ini berbanding tinggal di hotel. Di sini semua kemudahan lengkap. ketiga-tiga bilik bertaraf hotel siap dgn aircond dan juga set karaoke. Oleh kerana cheq-sue sekeluarga amat berpuas hati….maka cheq-sue nak bagi promosi percuma kepada pemilik homestay ini. Cheq-sue mengalu-alukan kepada sesiapa yang berhajat utk ke sungai petani atau ke Utara…..sewalah homestay ini, memang berbaloi! cheq-sue dapat maklumat homestay ini melalui mudah.com.my. sahaja.
Oleh kerana cheq-suepun masih belum punyai rumah sendiri, maka rumah homestay ini pun dah cukup utk menjadi rumah impian cheq-sue. InsyaAllah kalau ada rezeki teringin nak buat rumah yg simple & lengkap mcm homestay ini.
Jomlah cuci mata tengok suasana luar dan dalam kediaman ini. Boleh juga jadi sumber ilham & idea bagi dekorasi rumah kalian
Ruang tamu yang kemas disertakan dengan kemudahan hiburan utk keluarga iaitu set karaoke.
Ruang family bersebelahan dapur. Dapur dilengkapi Peti sejuk, meja makan dan Kitchen kabinet yang lengkap dgn hood & hub.
Laman rumah yang luas dan di belakang dapur pemilik homestay menanam pelbagai jenis pokok sayuran dan tumbuhan herba.
Mak cheq-sue sedang berefleksologi .
Aisyah berlari bebas. Adam leka bermain batu refleksologi dengan Aisyah.
Jika anda suka catatan ini, sila sumbangkan pendapat atau komen anda atau melanggan melalui suapan RSS untuk menikmati artikel terkini yang ditulis terus ke pembaca suapan anda (feed reader).
Komentar
Kak ina, sewanya RM200 utk satu hari, 1 malam. boleh minta kurang lagi kalau duk lama. Balik dgn Sg. Petani jauhlah kak….
Salam,
Cantik yer homestay tu.. just nak share info antara sungai petani ngan baling.. takdelah jauh sangat..naik keter dalam 30 mnit jer.. dulu dekat 50 mnit..skrg dah ada highway baru kulim/grik so separuh jalan dah leh pintas..
/me selalu balik umah mertua kat baling huhuhu… n gi umah makcik kat sungai petani..







Salam Cheq Sue,
Kak ina tengok macam menarik je homestay tu. Berapa sewanya utk satu malam? agak2 lah dari sg petani dgn baling tu dekat tak?