Baju Pengantin Sulam Manik & Kristal (Biru Topaz)
Akhirnya siap juga cheq-sue menyulam manik & kristal pada baju bakal pengantin ini. Majlis pernikahan akan berlangsung sempena cuti Raya Cina nanti. Masa diambil untuk menyiapkannya hampir 2 minggu. Maklumlah cheq-sue hanya menyulam bila ada masa terluang dan apabila anak-anak sudah tidur.
Sulamannya agak sarat di bahagian lengan. Cheq-sue jahitkan sulaman manik bunga yang penuh dengan menggunakan manik heksagon jenama miyuki gabungan warna silver dan biru topaz. Ditambah pula kilauan kristal accrylic berwarna silver dan biru topaz juga menaikkan lagi seri baju pengantin ini.
Walaupun sipemakainya memakai tudung tapi cheq-sue tak puas hati kalau bahagian leher dibiarkan kosong tidak bersulam. Maka pada bahagian leher cheq-sue kemaskan dengan bunga bintang yang simple (gabungan manik bulat warna silver dan biru). Tengah bunga pula diserikan lagi dengan juraian kristal eyedrop warna biru topaz hingga ke paras dada.
Sulaman dihujung lengan baju pula, cheq-sue jahitkan manik bunga yang simple seperti kemasan di bahagian leher tetapi ditambah jahitan pemberat supaya lengan baju terletak cantik. Jahitan pemberat ini cheq-sue gunakan 2 manik heksagon dijahit rapat seperti manik beriring. Kemudian di bahagian yang berlekuk itu pula, cheq-sue tambahkan manik jurai dengan kristal eyedrop warna biru topaz.
Gambar kemasan bahagian lengan baju:
Gambar kemasan bahagian leher dan dada baju:
![]()
Gambar kemasan bahagian hujung lengan baju:
![]()
Anggaran Kos:
Manik heksagon silver – 2 pkt (RM10)
Manik heksagon biru topaz – 2 pkt (RM10)
Manik heksagon biru lembut – 1 pkt (RM5)
Manik bulat silver – 1pkt (RM5)
Manik bulat biru – 1 pkt (RM5)
Kristal silver (bulat) – 20 biji (RM5)
Kristal biru topaz (bulat) – 20 biji (RM5)
Kristal silver (eyedrop) – 40 biji (RM10)
Kristal biru topaz (eyedrop) – 40 biji (RM10)
Kristal eyedrop biru topaz 1 pkt (RM5)
Jumlah kos ialah RM70 tidak termasuk benang & jarum serta masa yang perlu diperuntukkan untuk menyiapkan sulaman ini bergantung kepada kesibukan masing-masing. Berdasarkan tinjauan harga upah utk jahitan sulaman baju pengantin ialah antara RM150 hingga RM300.
Maka, untuk adik-adik yang akan melangsungkan hari bahagia, semoga apa yg cheq-sue kongsikan ini dapat membantu kalian yang tercari-cari idea untuk sulaman manik pada baju pengantin anda.
“Harga bukanlah bandingannya tetapi kepuasan kerana berjaya membuat sendiri adalah upah paling bermakna”
Jika anda suka catatan ini, sila sumbangkan pendapat atau komen anda atau melanggan melalui suapan RSS untuk menikmati artikel terkini yang ditulis terus ke pembaca suapan anda (feed reader).
Komentar
asalamualaikum,
wah!…cantiknya baju jahitan cheq su.sejak bila ne ambik upah menjahit baju? alhamdulillah satu kemajuan tu azam tahun baru ke?…
rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru dan salam maal hijrah dari akak sekeluarga di batu pahat,johor.
to Mamabetty: kamera tak berapa cantik nak ambik gambar baju penuh. Lagipun nanti takut hilang pulak seri pengantin. heheheh….Nanti kita ambik gambar dengan pengantinnya sekalilah. ok
to Kak Zairani: TQ….cheq-sue cuma tambah sulaman manik sahaja. Baju orang lain yg jahit. Butik kat Medan MARA tulah.
cheq sue
set RE kit ada lagi tak?
kalau ada, boleh tak saya beli n saya amek sendiri di kota damansara?
kalau boleh cheq sue sms saya – 016-2441091 yer
waaa…lawanyer..frust juga masa kawin dulu takder baju jahit sendiri kena upah org…baru sekarng discover yang saya ada skill menjahit…frust2 kalau tak jahit baju kawin sendiri kepuasannya pasti tak terucap..
to mamaalya: tak pa…kita bleh buat kat baju adik-adikkita ataupun terima aje tempahan dpd kawan2 yg nak kawin atau bertunang.
Hi cheq sue…..ada corak baru jahitan manik dengan step-step dia tak? I selalu suka tengok cara-cara yg cheq sue ajar. Setiap kali i ikut step-step tu, jahitan i menjadi. pls postkan by mail corak jahitan manik yg baru/ latest pls. Thnx
Time kasih Cheq sue.. Tanpa cheq sue musti xder chance nk pakai baju pengantin yg comel lotte nie.. Jasamu kukenang =)
Memang cantik sgt2. Thanks alot!!
Hana, InsyaAllah boleh. tapi hana boleh tunjukkan dulu tak kain tu macam mana? dan bila nak pakai ..sebab cheq-sue agak bz….tapi kalau ckp masa boleh.
salam…cheq sue, yatie nak tau jadi ke jadual cheq sue turun melaka 7 feb. ni? di mana tempatnya? yatie nak joint
boleh. baju tu nak pakai 12hb 12 nanti. sekarang kain tu sedang dijahit. sebab saya tau kaksue bz la, saya siap bgtau awal-awal ![]()
saya tempah, nanti saya hantar sulam, pastu baru saya hantar kat kaksue untuk dijahit manik.ok? nanti kaksue bg contact number ye.
mekasih
cantik sgt…nk tanye, cheq sue beli kristal n manik2 tu sume kt mane??? Dh jd inspirasi utk jahit manik sdiri kt baju nikah sdiri nnt….
che sue nak tanya bila kursus yang akan dtg akan di buat, bila dan di mana dan bagaimana pula dengan harga ?
Terima kasih
to hana: ini no hp cheq-sue 012-2522276…kalau boleh tolong emel butiran peribadi hana…lama-lama nanti cheq-sue lupa.
to yatie: cheq-sue jd buat bengkel kat melaka pd 14 feb nih..tapi khusus utk staf SAMB shj…dah full
lain kali atau yatie ada group lebih kurang 10 org cheq-sue boleh turun sekali lagi….tolong cari peserta la
to Hidayah: cheq-sue beli manik & kristal tu kat bbrp buah kedai manik di sekitar Jln TAR, KL…
to yatie Othman: utk bengkel seterusnya sila rujuk BENGKEL
kalau nak call pun takper….boleh kita sembang-sembang. kalau sudi suruhlah isteri awak baca blog ni kut-kut dia minat sulam menyulam nih.
k.sue..hi, first time melawat blog nih, anggaran utk sulam manik nih mmg dlm RM150-300 ker?uuu…boleh tahan…berminat nak wat, nnt kiter contact k.sue







Kreatif.. tp kan cheq su, bole x bubuh gambar satu baju penuh yang dh siap pasang manik..? tengok sikit2 cmtu x brp puas la.. teringin nak tengok dari sepasang baju.. bole eh cheq su..