Laksa Kedah
Lama tak berkongsi resepi masakan. Kali ini cheq-sue nak berkongsi resepi laksa kedah yang selalu mak masak. Kalau hari raya tak sah kalau tak der hidangan laksa kedah mak ni. Dah jadi kewajipan setiap kali raya penuh tetamu datang ke rumah dari anjung sampailah ke dapur. Memang tak cukup tangan nak melayan para tetamu menikmati laksa mak yang memang fuhh…tak terkata sedapnya. Makan kat kedai pun tak boleh lawan tau…..
Dah lama mak suruh cheq-sue belajar masak kuah laksa ni, tapi berat sangat rasa nak buat tu…selalu tengok aje mak yang masak….tapi masih tak teringin nak cuba buat sendiri. Penyakit M*L*S tu kuat sangat. Tapi semenjak dua menjak ni cheq-sue dah makin rajin memasak. Dah 30 tahun….tak kan tak tahu masak laksa lagi kan. Sebagai orang Kedah memang rasa malu kalau kita tak pandai masak laksa.
Sempena cuti Krismas semalam cheq-sue pun memulakan operasi memasak kuah laksa dengan resepi rahsia daripada mak ni. Memang menjadi! Maklumlah mak borek anak rintik kan. Sesiapa nak cuba bolehlah copy resepi ni.
bahan-bahan:
1kg Ikan selayang/sardin – direbus
1 cawan udang kepai (yg halus tu) – dibasuh dan tumbuk lumat
30-40 batang cili kering -direndam air panas & kisar
2 ulas bawang besar – dikisar bersama cili kering
1 inci belacan – dikisar bersama cili kering
3 ulas bawang merah – dimayang
1 genggam asam keping
1 genggam daun kesum
3 batang bunga kantan
2 liter atau lebih air
garam & ajinomoto secukup rasa
Cara-cara memasak:
1. Ikan yang telah direbus diasingkan isi dengan tulang.
2. Isi ikan dikisar kasar (masukkan air paras ikan sebelum kisar)
3. tulang ikan bersama air rebusan ikan dikisar dan ditapis. Ambil air sahaja.
4. Kisar cili kering bersama bawang besar & belacan
5. tumis bawang merah hingga kekuningan dan masukkan cili kisar. Masukkan sekali udang kepai yang telah ditumbuk lumat.
6. biar hingga cili masak (naik minyak)
7. Masukkan isi ikan. Kacau dan biarkan masak seketika bersama cili.
8. Masukkan air rebusan ikan.
9. Masukkan asam keping, daum kesum dan bunga kantan.
10. Masukkan garam & ajinomoto secukup rasa. Biar hingga mendidih.
bahan-bahan hidang:
2 bungkus laksa – rendam dan rebus
daun salad – potong
timun
bawang besar
cili api – hijau & merah
limau kasturi
telur rebus
Tips:
Kuah laksa lebih sedap pada keesokannya. Tapi kuah akan menjadi semakin pekat. Sila tambahkan air dan tambahkan garam jika kurang masin semasa memanaskan kuah. Biasanya mak masak kuah malam jika nak makan esoknya. Selamat mencuba!
Jika anda suka catatan ini, sila sumbangkan pendapat atau komen anda atau melanggan melalui suapan RSS untuk menikmati artikel terkini yang ditulis terus ke pembaca suapan anda (feed reader).
Komentar
sedapnye nampak laksa cheq-sue…boleh la nak try nnt…saya no. 1 fan laksa asam mcm ni…duduk kat johor, ade laksa johor aje…hihihi
salam..
yg tambah nyoq tu laksa teluk kechai..tapi nyoq tu bukan buh dlm kuah tapi sambal dikepal2 kecik2
laksa chap..lepas celur belit2 sket susun atas daun pisang..wahhhhhhhhhh
laksa kola perlis tak buh udang..tp bwg besaq kene lebih sket bagi rasa manis bawang tu mesra dgn kuah
n laksa kola tak merah kaler dia..cili kering takyah byk sgt..secuku rasa jek tapi bila serve mesti ada cili padi..cili merah tak berapa jalan
me kalau makan/ buat laksa..wajib ada kicap n otak udang..hihihihi
cheqsu..kalau musim udang lipan..bleh beli sket n buh masa masak kuah..sedap woooooooo
sedapnya laksa depa no..
laksa ne, laksa tumis org perak kata..
tima kasih sbb kongsi resepi no..
cuti bleh wat ne..
Wow mmg bombastik…..saya dah cuba resepi nih…..sukses…keluarga dan kawan2 suka makan….pernah try masak yg rebus jer tp kurang mengancam…..resepi cheq su rempahnya ditumis…..tu yg sedap tuh….tq tq kerana menambahkan lagi keyakinan saya utk memasak…..nnt nk cuba resepi cheq su yg lain pula la…..
saya memang peminat gilerrrr laksa.klu makan laksa boleh tambah sampai 3 kali.saya nak cuba resepi ni..nampak lain dr lain.










Sedap nampak, tetapi laksa kedah dan laksa Perlis hampir sama. Tip kuasa sedap ialah cukup asam, garam, dan ikan.
Saya suka laksa cap’ yg di buat sendiri, bukan laksa bihun atau yang di beli di kedai.
Resepi tu ok. Cuma cara masing masing cara
Terima kasih