Teknik Sulaman Benang
Sudah lama cheq-sue berhajat nak kongsi teknik-teknik untuk sulaman benang dengan pembaca semua. Tapi oleh kerana sebelum ini terlalu banyak permintaan untuk teknik sulaman manik, maka cheq-sue tangguhkan dulu. Maklumlah waktu tu masing-masing nak lip-lap kan baju raya dengan manik labuci.
Kali ini tibalah masanya untuk kita berkongsi satu lagi seni kemahiran sulaman tangan iaitu "sulaman benang". Lagipun kalau korang nak tahu sekarang ni sulaman benang tengah "hot" di pasaran. Bukan sahaja pada kain tudung tapi juga pada baju kurung, blause, baju smocking, pouch bag, kain alas meja dan banyak lagi. Sulaman manik juga kini telah digabungkan dengan sulaman benang. Hasilnya sungguh cantik dan tinggi nilainya.
Langkah-langkah memulakan sulaman:
1. Tegangkan kain menggunakan pemidang/ram. Laraskan skru pada ram untuk mengetatkan ram.
2. Lukiskan design yang ingin disulam menggunakan "air eraseable pen".
3. Gunakan "Neadle threader" untuk memasukkan benang dalam jarum.
4. Mulakan sulaman di tengah bunga menggunakan teknik "bullion rose". Ulangi langkah dengan memastikan jumlah lilitan benang pada jarum sesuai dengan jarak setiap kelopak yang disulam. Anggaran 10 - 13 lilitan untuk setiap kelopak.
5. Teknik "Fern Leaf" untuk daun bunga ros.
6. Teknik "Lazy Daisy" untuk daun kecil.
7. Teknik "French Knot" untuk bunga kecil.
Teknik-teknik yang diaplikasikan dalam sulaman ini ialah:
- French Knot
- Bullion
- Fern leaf
- Lazy Daisy
Cheq-sue ucapkan selamat mencuba. Bagi yang ingin mencuba sendiri dengan merujuk pada buku. Boleh dapatkan buku-buku rujukan seperti Buku Sulaman Klasik, Buku Sulaman Benang & Manik Labuci, Buku A-Z Jahit Sulam dan lain-lain lagi.
Kepada yang berminat nak mempelajari secara terus dengan cheq-sue teknik-teknik sulaman benang ini, bolehlah emelkan penyertaan anda kepada sue@cheq-sue.com Jadual bengkel sulaman akan cheq-sue pamerkan di page "BENGKEL" untuk rujukan anda.
Jika anda suka catatan ini, sila sumbangkan pendapat atau komen anda atau melanggan melalui suapan RSS untuk menikmati artikel terkini yang ditulis terus ke pembaca suapan anda (feed reader).
Komentar
Produk pilihan Cheq SueInsyaAllah..cheq-sue tgh bersemangat nak share teknik-teknik utk sulaman benang ni. idea banyak cuma masa sgt terhad. Kit sulaman benang kalau nak order boleh emel informasi yg diperlukan kpd cheq-sue.
salam cheq sue..sy ni tgh berkobar2 nk buat sulaman ni…bleh cik sue cdgkan cara2 nye..ingat nk beli RE kit…tp dok klik link “BUTIK” cheq sue, tak jumpa pun page nya.nk tau lanjut bab rege..please tulun sy..
Dah lama tak lawat blog cheq-sue….Wahhh… mudah- mudahan sentiasa dimurahkan rezeki… sbb tak lokek berkongsi ilmu… emm nnti boleh la buat buku..Liz tgh tercari2 untuk sulam benang..nah.. cheq sue dah ajar.. mudah paham…. tinkiu2.. berymuch…sy ada beli buku sulaman rozita tuh ( yg kaler merah ).. tapi tak paham sangat…
Teringin gak nk joint kelas manik dgn cheq sue.. tapi takde mase..sibuk sgt sehingga 15 januari 2009.. pastu jauh plak tuh.. sy dok Bdr baru Bangi..
Ellanie: Nak beli kit RE(sulam riben) atau TE(sulam benang)?
kalau kit sulam riben harganya RM80 + 10. kalau kit sulam benang pula RM35 + 10. kalau berminat sila emel kpd sue@cheq-sue.com
Liz: Sampainya hati dah lama tak masuk blog cheq-sue:)
InsyaAllah dari masa ke semasa cheq-sue akan kongsi teknik2 utk sulam benang. selalulah masuk ya.
tgh tunggu time pree.. tp taun depan ler.. hihihi.. nk join kelas sulam benang… manik dah boleh la sikit2 yg simple2 jer… lebih advance tak reti sangat….
salam,saya da banyak kali gak masuk blog sue nie. tima kasih banyak2 sebab byk sungguh sue berkongsi tip2 dalam blog sue. insyallah saya akan mencuba jahitan manik juga jahitan RE











Salam cheq sue….alhamdulillah..ni yg syok ni..cheq sue dah start balik. Memang teruja betul la…Cheq sue..kalau nak order set sulaman benang tu kena email akak dulu ya