Bengkel Sulaman Manik Asas (6)



IMG_1093 

8hb Nov……pukul 10.00 pagi 5 orang peserta akan datang ke rumah cheq-sue untuk mengikuti bengkel sulaman manik asas. Maka….awal-awal pagi lagi sibuklah cheq-sue mengemaskan rumah, cuci baju, siapkan Adam & Aisyah ke taska dan juga gorengkan bihun utk peserta. Alhamdulillah semua itu sempat juga disiapkan sebelum 10.00 pagi……

Peserta kali ini mudah mesra seolah-olah mereka telah lama kenal. Mengajar mereka juga amat mudah dan pantas kerana semuanya cepat belajar. Oleh kerana itu juga untuk bengkel kali ini cheq-sue sempat berkongsi lebih daripada 10 teknik sulaman manik termasuk beberapa teknik advance yang belum sempat dikongsi dengan peserta sebelum ini.

Harapan cheq-sue semoga mereka tidak lupa setiap teknik yang telah dikongsikan itu dan dapat dipraktikkan dengan segera……

IMG_1096 IMG_1095

Dalam bengkel kali ini juga cheq-sue bertemu kembali ex-schoolmate MRSM Balik Pulau iaitu Elly Afisyah (tudung biru)…..patutlah, sekali pandang ajer cheq-sue dah perasan….."macam pernah kulihat wajah itu….tapi di mana ya?"

IMG_1100

Zahana sedang menikmati keenakan bihun goreng cheq-sue :)

IMG_1103

Semoga Zahana, Elly, Jun, Izzada & Suria enjoy dengan apa yg telah dikongsikan dengan mereka dan harapan cheq-sue supaya mereka dapat memanfaatkan kemahiran yang ada tidak kira untuk diri sendiri ataupun untuk peluang menambah pendapatan.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • ThisNext
  • De.lirio.us
  • Furl
  • Reddit
  • Technorati
  • YahooMyWeb

Jika anda suka catatan ini, sila sumbangkan pendapat atau komen anda atau melanggan melalui suapan RSS untuk menikmati artikel terkini yang ditulis terus ke pembaca suapan anda (feed reader).

Kedai Online
Komentar
Produk pilihan Cheq Sue

Goji Guarana Best

MyAvatars 0.2

salam cheq-sue,

saya memang berminat nak sertai bengkel yang diadakan. walaupun dah ada basic yang saya belajar dari buku..tapi keinginan nak memperkayakan dan memperkukuhkan lagi skills tetap ada, masalahnya baru beranak kecil ni susah sikit nak kemana-mana..kalau cheq sue tak keberatan boleh post gambar design2 yang canggih so boleh ler saya ciplak sikit the idea…anyway web cheq sue memang best!

MyAvatars 0.2

Hi Cheq Sue

Terima kasih sebab kongsi ilmu dangan me and my sister.
Balik tu terus beli manik and practice ape yang belajar supaya tak lupa..hehehehe…

MyAvatars 0.2

saya memang tertarik dengan design2 yang cheq-sue post kat dalam web cheq-sue ni…saya dah ada basic tapi taklah pandai sangat nak design cantik2…apa2 pun singgah lah ke web saya www.leezaleena.blogspot.com untuk melihat keindahan batik halus dari terengganu….anyway i like ur web!

MyAvatars 0.2

To Russiah: Cheq-sue tak der byk design yg canggih…sebab i prefer share on technique bukan design. kalau nak cth design yg menarik boleh lihat link yg cheq-sue dah letak kat “PAUTAN”

MyAvatars 0.2

To Izzada: kalau ada apa-apa pertanyaan….jgn malu-malu nak call. bila pula nak join kelas sulam benang cheq-sue?

MyAvatars 0.2

To Ija: Terima kasih. Batik Terengganu mmg cantik dan berkualiti.

Tinggalkan komen

(required)

(required)