Bengkel Sulaman Manik Asas (4)
Bengkel pada hari ini adalah yang terakhir sempat cheq-sue adakan sebelum cuti raya tahun ini. Lepas raya nanti InsyaAllah jika masih ada permintaan, cheq-sue akan cuba pertimbangkan. Memandangkan Dewan yang cheq-sue guna selama ini pun telah penuh dengan aktiviti Usahawan MARA dan caj yang dikenakan kepada cheq juga tidak masuk akal…..(RM200 utk hujung minggu Sabtu/Ahad). "Sebelum ini mereka kata free sebab guna 3 jam sahaja". Maka bagi menunaikan janji peserta yang telah mendaftar, pada kali ini cheq-sue terpaksa membawa peserta ke Bilik Mesyuarat pejabat cheq-sue di tkt 18, BSM.
Peserta kali ini nampaknya cepat belajar dan oleh kerana itu, cheq-sue mempunyai lebih masa untuk berkongsi teknik-teknik extra bersama peserta. Tidak ketinggalan bengkel kali ini turut disertai pelajar cilik Nurul Amila Rusydina, 7 tahun. Tapi lain yang diajar, lain pulak yang dibuatnya. Walaubagaimanapun hasilnya sungguh kreatif. Ada bakat adik ni.
Antara aksi yang sempat dirakam:
Eh….botol minuman siapa tu ye? Cuba teka…..
Tingginya tarik benang tu Hidayah!!!
Para peserta sedang tekun menyulam manik.
Wah tekunnya peserta paling muda ni. Kat sebelah ni gambar hasil kreativiti Nurul Amila Rusydina,
Para peserta bergambar di akhir sesi bersama cheq-sue di Kaunter depan, BSM. Terima kasih cheq-sue ucapkan kepada Hidayah, Nor Hasmah, Noorni, Kak Nomi dan juga adik Nurul. Harapan cheq-sue semoga apa yang dipelajari tadi dapat dipraktikkan dan semoga semuanya berpuas hati. Hingga berjumpa lagi.
Jika anda suka catatan ini, sila sumbangkan pendapat atau komen anda atau melanggan melalui suapan RSS untuk menikmati artikel terkini yang ditulis terus ke pembaca suapan anda (feed reader).
Komentar
Biasalah tu apabila sudah maju, ada-ada sahaja halangannya. Buatlah bengkel di rumah. Senang, semua boleh bertumpu di rumah selain boleh dapatkan produk2 lain.
alaa.. tak sempat nak join plak.
nanti biler senang, kiter jumpa yer cheq sue..
ader several question pasal jahit manik ni
a’kum cheq sue..ni 1fs time ieda baca n buka blok cheq sue..
nice blok n penuh ngan benda berfaedah..ieda pun minat yg
teramat sulam – menyulam ni terutama MANIK..cuma tak de asas
n time je nak belajar..tapi bila p kat blok cheq sue ni ada
harapan la nak belajar teknik2 menyulam manik…Tima Kasih
Cheq Sue…
wahhhhhhhhh..cheq-sue meriahnyeee….sabtu tuh saya g jalan TAR tau…parking kat medan mara lagi..pastu round kat mara tuhh..tgk2 baju….tak sangka plak cheq-sue ade kat atas yee…
To Nanirostam: Terima kasih kak atas doa itu. Kita bermula dari bawah & kecil-kecilan dulu.
to Ina: Memang terfikir nak buat kat umah, tapi kut nanti peserta tak selesa. Cadangan akan diusahakan…selebihnya cheq-sue rasa nak buat di Training Room peserta sendiri (Corporate participants cth mcm cheq-sue buat kat KTMB tu)
To Nonie: cheq-sue ada emel kat nonie yg pasal kelas kat umah nonie tuh. tapi tak berjawab pula. Apa yg nak ditanya tu….boleh emel aje. ataupun call ajer cheq-sue 012-2522276.
to Ieda: Terima kasih sudi lawat blog nih. Kalau minat buat ajer. masa tu akan datang dgn sendirinya. Kalau nak ikutkan sibuk. cheq-sue pun sibuk juga…tak ada pembantu. Tapi oleh kerana minat dan hobi semua yg kita lakukan tu tak terasa seperti beban tapi enjoy!
To Aini: Nanti kalau nak jumpa boleh dtg kat MARA. Office hour sure cheq-sue ada kalau tak cuti lah. Hari ni tak shopping kat SOGO ker? kalau jumpa…boleh agak tak cheq-sue? kalau kenal tu tegurlah yea.
Ratna: nanti lepas raya semak la kat blog ni…kalau ada bengkel lagi, cheq-sue akan war-war kan kat ruangan BENGKEL tu. ok
cheq sue
minta maaf.. emel dah di buka
terus terlupa plak nak reply
skang ni ada bz sket.. jahitkan manik utk baju kakak ipar..
rasa dah terlambat utk belajar ni..
lepas raya ok tak?
cheq sue..
aper tip tuk jahit maniik di kain chiffon yer?
to Nonie: Jahit manik utk kakak ipar….dah pandai lah tu. Tips utk kain chiffon atau semua jenis kain yg lebut dan nipis….kita boleh lekatkan kertas viselin pd permukaan bawah kain dgn seterika (hanya pada tempat yg nak dijahit manik shj). Kain dan jahitan akan lebih kemas.
hai saya tema baru.
nak belajar sulaman dan jahit baju kurung la.
itu pun kalau ada lagi la.
saya minat menjahit tapi tak ada asas menjahit.
ari pertama kali jahit manik setelah sekian lama tinggal bidang jahitan,,, dulunsuka buat krostic.. lani nak buat manik lak.. nak tanyer cheq su.. jarum jenis apa yang sesuai untuk jahit manik… coz jarum biasa besar lubang manik kecik sangat
Salam cheq sue.. seronok sgt tgk koleksi-koleksi yg ada..
hrp pasni berpeluang untuk join bengkel.. selain manik, hrp bengkel RE pun dpt dibuat..huhu.. minat sgt2
to wani: Hai…kelas sulaman boleh semak di topik BENGKEL
to linda: Jarum utk jahit manik…adalah dari jenis Milliners, saiz 9-12. kalau join bengkel yg cheq-sue ajar…dptlah semua kit sulam manik tu.
to acu: Bengkel utk RE….tunggu dulu. kosnya tinggi dan ambik masa lama sikit. InsyaAllah boleh dibuat…may be Januari nanti
to zaireen: Yuran utk kelas jahit manik tu RM50 shj. sila rujuk topik BENGKEL.
to yus: Masih available…contact cheq-sue utk confirm tarikh. Nanti cheq-sue akan emelkan alamat penuh.







Cheq Sue memang ada harapan jadi usahawan wanita yang berjaya. Akak doakan murah rezeki Cheq Sue. Bertuah suami Cheq Sue ya.