Jahit Manik Kristal
Malam ni cheq-sue dapat ilham untuk jahit manik kristal ala kristal Tourmaline. Kristal tiruan ni cheq beli di “SayangYOU”.
Paling penting untuk jahit manik kristal ni ialah gabungan warna yg sepadan. cheq hanya mengaplikasikan teknik jahitan manik beriring. Setiap kristal cheq apitkan dengan manik bulat yg sepadan warnanya dgn warna kristal.
Inilah gambar langkah-langkahnya:
Rasanya cukuplah sekadar gambar yg bercerita (simple ajerkan)
Selamat mencuba!
Jika anda suka catatan ini, sila sumbangkan pendapat atau komen anda atau melanggan melalui suapan RSS untuk menikmati artikel terkini yang ditulis terus ke pembaca suapan anda (feed reader).
Komentar
Produk pilihan Cheq Sue
to Liz: Manik kristal ni limited colournya. utk upah jahit ni kalau kat lengan sahaja around RM20-RM30. Nak warna apa? utk maklumat lanjut sila emel kpd sue@cheq-sue.com
Hello Sue! Salam perkenalan. Seronok tengok blog Sue ni, apatah lagi dengan cara2 dan rujukan2 yang boleh dikongsi bersama. Saya baru berjinak dengan bidang sulaman ni. Nak tanya manik kristal tiruan tu, Sue beli kat Sayang You… kedai ni ada jual kristal kat online ke? Klu tak de, mcm mane nak beli.. coz saya ni di Kuching.
Regina: Salam perkenalan juga. Ramai yang bertanyakan untuK beli manik kristal ini. InsyaAllah cheq-sue boleh tolong belikan dan pos. cuma emel nak warna apa. Harga nanti cheq-sue pi survey ikut berat dlm mg.
haii sue, salam perkenalan. Sy rasa seronok tengok blog sue ni. Bila tgk patern yang ditunjukkan rasanya semua baju sy nak jahit manik. Kalau boleh sue perbanyakkan patern manik kristal nih beserta dgn caranya sekali yea
to Hasliza: Manik kristal ni tak banyak pilihan warna. ada satu lagi design yg sama tapi saiz lebih kecil. sgt cantik kalau kita buat bentuk bunga.
assalamualaikum…
terima kasih cheq su kerana sudi berkongsi ilmu jahitan manik dengan kami semua. saya sangat minat dengan jahitan manik ni. dan saya dah cuba jahit sendiri di baju saya hasil drpada blog cheq sue ni lah. hasilnya sangat mengagumkan. terima kasih banyak2….












Assalamualaikum cheq sue, di mana nak dapat manik kristal spt yang cheq tunjukan ini? Btw sungguh cantik manik kristal yang cheq buat ini, saya sungguh tertarik dan berapakah harga upah menjahitnya?