Archive for August, 2008
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-51
"Semoga negara kita yang tercinta terus aman dan makmur……………untuk masa depan pewaris bangsa merdeka. Semoga para pemimpin dapat melaksanakan mandat yang diberi dengan penuh amanah dan tanggungjawab." Suara dan harapan dari seorang rakyat biasa yang cintakan tanah air kita MALAYSIA ! Lihatlah betapa gembiranya anak-anak kecil ini menyambut kemerdekaan. Renungkanlah masa depan mereka.
Cheq-Sue Kembali ke Sekolah
Sempena kunjungan cheq-sue ke KKTM Balik Pulau untuk menemuduga beberapa orang calon Pegawai Latihan Vokasional MARA, Cheq-sue mengambil kesempatan ini untuk menjenguk sekolah lama iaitu MRSM Balik Pulau yang pada tahun ini telah menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-25 tahun "Jubli Perak" (1983 – 2008). Mengimbau kenangan 14 tahun lalu…..
Bengkel Sulaman Manik Asas (2)
Bengkel Sulaman Manik Asas (2) pada hari ini berjalan dalam suasana rancak sekali. Tidak sedar bila jam dah menginjak ke pukul 1.00 tengah hari. Semua para peserta begitu fokus sehingga masing-masing ikut sama berdiri dengan cheq-sue sambil belajar jahit manik. Buat Rohana, minta maaf kerana tidak sempat tunjukkan cara-cara Jahit Manik Teratai dengan detail kerana [...]
Dadih Berperisa Buah-buahan
Minggu lepas, cheq-sue sempat buat dadih ni sebagai ole-ole untuk peserta bengkel. Minggu ni belum tahu lagi sama ada nak buat dadih atau beli aje kuih kat Restoran ZAZA. Mungkin ramai di antara kita yang suka makan dadih ni kan? Tahu tak betapa mudah untuk membuatnya ? Berikut cheq-sue tunjukkan bahan-bahan dan cara-caranya: Sepaket [...]
Bengkel Sulaman Manik Asas (1)
Syukur Alhamdulillah bengkel sulaman manik asas yang pertama kali cheq-sue adakan ini berjalan dengan lancar. Rasa seronok sangat dapat berkenal-kenalan dengan para peserta. Ada yang sanggup bertolak awal-awal pagi dari jauh untuk mengikuti kelas ini. Cheq-sue harap apa yang cheq-sue ajarkan tadi berbaloi terutama kepada Kak Zai yang datang jauh dari Batu Pahat. Masa dirasakan [...]
Jahit Manik Tabur
Langkah-langkah: 1. Sediakan manik yang bersesuaian dengan kombinasi warna kain & manik. Benang seelok-eloknya sama warna dengan warna kain.
Bengkel Sulaman Manik
Musim perayaan hampir tiba, ramai yang bertanya bila cheq-sue nak adakan bengkel sulaman manik. Tentu you all dah merancang-rancang nak glamourkan baju-baju raya tahun ni dengan sulaman manik dan labuci supaya bertambah meriahlah raya tahun ini. Kalau bagi yang tak cukup bajet tu….boleh juga recycle baju-baju lama tapi di touch-up dengan sulaman manik…..tampak baru dan [...]
Jahit Manik Kristal
Malam ni cheq-sue dapat ilham untuk jahit manik kristal ala kristal Tourmaline. Kristal tiruan ni cheq beli di “SayangYOU”. Paling penting untuk jahit manik kristal ni ialah gabungan warna yg sepadan. cheq hanya mengaplikasikan teknik jahitan manik beriring. Setiap kristal cheq apitkan dengan manik bulat yg sepadan warnanya dgn warna kristal. Inilah gambar langkah-langkahnya:

"Masukkan email dan nama untuk mendapat info tekini dari Cheq Sue ".

