Kristal Tourmaline



maharani

Emas dan batu-batu permata adalah perhiasan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kaum wanita. Sebagai wanita cheq-sue pun tak terlepas daripada meminati batu-batu permata hasil daripada perut bumi ini. Begitu indah dan unik ciptaan-Nya. Ia bukan saja indah malah jika disingkap dari sudut mistik dan perubatan alternatif batu-batu permata ini mempunyai seribu khasiat dan kegunaan. Untuk mengenali dengan lebih lanjut tentang batu-batu permata (kristal) ini boleh lihat di blogroll cheq-sue topik "Info Kristal".

Tourmaline-051 

tourmaline2 watermelon

Gambar: red-green tourmaline & watermelon tourmaline

Cheq-sue sekarang ni tengah minat gila dengan kristal tourmaline. Uniknya kristal tourmaline ini ia mempunyai kesemua 7 spektrum warna pelangi. Zaman kanak-kanak dulu ada cerita dongeng mengatakan pelangi menyedut kristal jauh di dalam perut bumi dan membawa kristal tersebut ke tempat dimana pelangi itu turun. Tetapi pernahkah kita dengar orang berjaya menjejaki pelangi???

Hajat hati nak beli 1 set rantai labuh dan rantai tangan untuk "berjangok" raya nanti:) Kalau ada rezeki nanti cheq-sue tayang kat sini…..(dah survey dah….harga boleh tahan hmmm). Zaman moden ini emas terlalu mahal, maka bagi wanita moden yang bekerjaya lebih ramai yang memilih perhiasan daripada kristal atau kombinasi emas/perak/suasa + kristal berbanding emas penuh. Ia juga nampak lebih mewah dan elegan.

Petikan Artikel:

Batu-batu permata terjadi melebihi 120 km di bawah perut bumi - melalui tekanan yang kuat dari permukaan bumi. Maka, semua atom karbon akan terperangkap membentuk kristal-kristal indah putih bercahaya. Melalui tekanan gunung berapi, perubahan plat benua, dan fenomena perubahan bumi, batu permata terdesak keluar ke permukaan bumi. Maka sebagian kecilnya akan menjadi intan berlian dan selebihnya akan terperangkap di celahan gunung-ganang, bukit-bukau atau batu-batuan bercampur dengan unsur mineral yang lain untuk membentuk pelbagai jenis batu permata dalam pelbagai warna yang sungguh menakjubkan.

Hasil daripada gabungan dengan mineral-mineral lain, terbentuklah intan baiduri, kecubung, nilam, delima, zamrud, tourmaline, alexandrite, garnet, mata kucing, mata harimau, zircon, kunzite, chrysoberyls, bryls, opal, fuchsite, aked, ametrine, fairus, malaqat, yaqut, mirjan, jarummas, citrine, peridot, aqua marine, dan ribuan lagi jenis batu permata yang terdapat di seluruh alam ini.

Melalui kecanggihan teknologi pada masa kini, terhasillah pelbagai jenis intan, kristal dan batu-batuan melalui olahan tangan manusia sendiri. Baik yang asli atau tiruan, ianya tetap menarik sebagai perhiasan  anting-anting, cincin, gelang, dan sebagainya. Itulah kebesaran Allah S.W.T dan keajaiban alam ciptaan-Nya yang sebagian besarnya masih belum disingkap oleh manusia….

Dipetik dari: http://wacanaseoranghamba.wordpress.com

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • ThisNext
  • De.lirio.us
  • Furl
  • Reddit
  • Technorati
  • YahooMyWeb

Jika anda suka catatan ini, sila sumbangkan pendapat atau komen anda atau melanggan melalui suapan RSS untuk menikmati artikel terkini yang ditulis terus ke pembaca suapan anda (feed reader).

Komentar
Produk pilihan Cheq Sue
Fabuline Capsule  - Herba Ajaib Dinasti Tang 
Menjadikan Anda Bidadari Di Mata Lelaki Dan Dicemburui Wanita

MyAvatars 0.2

Iklan seminit…

www.masayuahmad.blogspot.com

Hehehe…

MyAvatars 0.2

Macamna kalau saya mahu beli kristal Tourmaline cantik giler ler….geramnya…

MyAvatars 0.2

ifa: cheq dah pun tempah 1 set rantai labuh dan rantai tangan. kalau ifa nak boleh emel cheq-sue personally…nanti cheq tunjukkan tempat yg cheq tempah tu.

Tinggalkan komen

(required)

(required)