Jarum Knitting
Cheq-sue berjalan dari Medan MARA menyusuri Jalan TAR hingga ke Jalan Masjid India. Hampir setiap kedai alat jahitan cheq-sue singgah dan bertanyakan tentang jarum ni tapi semua tak jual. Malah ada juga jurujual yg cakap tak kenal jarum ni. Akhirnya cheq-sue jumpa juga jarum knitting ni di Kedai Klim Craft dekat dengan kedai kain Jakel, Jln Masjid India. Kat kedai tu pun cheq-sue bertanyakan jurujualnya dan mereka mengatakan tak jual jarum tu. Tapi cheq-sue tetap tak berputus asa dan cheq-sue survey sendiri setiap alatan jarum yang ada dijual di kedai tu dan akhirnya……cheq-sue terpandang "circular knitting needles" ni. Paket pembungkusnya pun sudah kekuningan dan kelihatan sudah usang. Tanpa berlengah lagi cheq-sue terus menunjukkan kepada jurujual tersebut dan memberitahu bahawa inilah jarum knitting. Sambil tergelak kecil merekapun mengakui bahawa mereka sendiri tidak mengenali jarum ini. Cheq-sue request diskaun, sebab barang lama. Tapi dapat kurang RM0.50 sen sahaja. Cheq-sue juga beli knitting yarn ni.
Jarum knitting ini sebenarnya ada pelbagai bentuk dan saiz. Yang cheq-sue beli ini siap ada wayar yg menyambungkan kedua-dua jarum. Ia bagi memudahkan kita sekiranya membuat knitting yg lebih lebar. Tapi material jarum ini adalah daripada plastik. Jarum jenis besi seperti jarum crochet adalah lebih baik kerana tidak kesat pada benang.
Jika anda suka catatan ini, sila sumbangkan pendapat atau komen anda atau melanggan melalui suapan RSS untuk menikmati artikel terkini yang ditulis terus ke pembaca suapan anda (feed reader).
Komentar
Hi Alisha… ada mcm2 cara nak decrease. Cuba tengok video nie
http://video.aol.com/video-detail/how-to-decrease-knitting-video/424393847
http://www.youtube.com/watch?v=oJDFFmjpbpA
Wah.. boleh tak tengok baju yg dah siap tu?
Buat cables lagi? Susah tak? Saya nak sangat buat cables, tapi takde cable needle..
Saya buat cables style guna jarum crochet. Baru lps accident. Baru balik kerja. Nak mengait pun tak boleh lagi ni.
Salam Sahabat Cheq Sue,
Kalau nak tengok macam-macam benang dan order online
boleh cari di Yarn-Paradise, Turki punye…
cantik-cantik, macam-macam jenis ada… dan ianya
murah-murah…gile you.. tengok benang knitting/ kait.
Salam Ukhwah dari Kak Ramziah, Ulu Kelang.
Salam..
Cheq Sue, saya ni baru nak berjinak2 dlm knitting ni… punyalah susah nak cari jarum… tgk kat web site ni (http://maycraft.com.my/design/279/index.cfm?urlID=maycraftcommy&id=5070&languageID=179) ingat nak beli online jer…tapi reasonable tak harganya tu… mintak pendapat cheq sue…
Tima kasih
Kepada sahabat sekalian, saya kat ipoh ni bertuah x dak masalah utk dapatkan jarum knitting. Kalau sesapa yg berminat utk mendapatkan jarum tu emel saya jer atau kontek saya kat 012 – 500 3205. Kalau nak saya tolon, InsyaAllah bulih…hihih
skarang nie tgh wat knitting tuk my baby girl.tapi susah sgt nak cari jarum double pointed.nak beli online kat mayfair craft,mahal sgt.sbatang jarum single point nak rm30.
beli kat kedai singe point baru rm7.rasa tak berbaloi nak beli.klu ada sesapa boleh tolong.saya nak 1 set double pointed needle
a’kum cheq sue,
saya berminat sungguh untuk belajar cara2 menjahit labuci n manik.
boleh x cheq sue tunjukkan pelbagai lagi cara menjahit labuci n manik.
tq
A…..gembiranya…..saya dah lama dah cari jarum tu kat KL…tak jumpa2….last2 terbaca blog akak….yeah….nanti leh lah p beli……….
salam…
kalau nak cari jarum knitting boleh cari di macy kat petaling street atau habby & wools kat ampang park….
kat situ banyak pilihan jarum knitting….










Saya cuba buat baju sejuk guna knitting. Jadilah. Masalahnya saya tak tahu camner nak wat bhgn leher ngan nak decrease bahagian ketiak dia. Any idea? Last sekali susah sangat, sy buat terus crochet. Dah jadi pun 2,3 lai baju. Skrg tgh dlm proses nak buat baju t-shirt utk suami. Corak knitting punyer teknik crochet iaitu ‘cables’. So fun, and looks very nice.