Jahit Manik Piramid
Yang ditunggu dah tiba! Oleh kerana ramai sangat yang minta diajarkan step untuk jahit manik piramid ni, maka hari ni cheq curi masa juga untuk tunjukkan langkah-langkahnya. Oleh kerana tak der baju baru nak dijahit, maka cheq terpaksa buat demo kat baju lama aje. Harap semua dapat ikut langkah-langkah ini.
1. Pastikan guna manik bulat. Pilihan warna terpulang kepada kreativiti anda memadankannya dengan warna & corak pada baju. Cucuk jarum pada hujung lengan baju, jarak dari hujung lengan baju lebih kurang 1 atau 2 mm. Masukkan 8 biji manik. Cucuk jarum pada hujung manik ke-8.
2. Keluarkan jarum untuk baris ke-2, selang 1 manik dari baris pertama.Masukkan 6 biji manik dan cucuk jarum pada hujung manik ke-6.
3. Seperti langkah ke-2 tadi, kali ini keluarkan jarum untuk baris ke-3, selang 1 manik dari baris ke-2. Masukkan 4 biji manik dan cucuk jarum pada hujung manik ke-4.
4. Keluarkan pula jarum untuk baris ke-4, selang 1 manik dari baris ke-3. Masukkan 2 biji manik dan cucuk pada hujung manik ke-2.
5. Akhir sekali untuk melengkapkan sebuah piramid, keluarkan jarum dan masukkan 1 biji manik dan cucuk di hujung antara 2 manik tadi.
6. Cucukkan jarum pada hujung manik baris pertama untuk membentuk piramid ke-2 dan ikuti langkah 1 hingga langkah 5. Ulangi sehinggalah semua piramid siap dibentuk. SELAMAT MENCUBA!
Jika anda suka catatan ini, sila sumbangkan pendapat atau komen anda atau melanggan melalui suapan RSS untuk menikmati artikel terkini yang ditulis terus ke pembaca suapan anda (feed reader).
Komentar
Produk pilihan Cheq Sue
Rosni: Kalau nak menyulam ni memang kena banyak sabar. Apatah lagi kalau ada anak kecil mcm cheq ni habis manik berterabur dikerjakan.
thanks cheq sue sebab tunjukkan cara buat manik piramid,lama dah nak buatnya tak penah jadi-jadi,betol buat2 keje2 manik camni kene sabar dan tekun.
terima kasih banyak2 la kerana sudi tunjukkan cara nak susun manik tu ,sebab saya memang minat giler tapi yang saya dah buat tak berapa kemas .
keep moving forward. buat kerja tangan ni kena tekun dan tak mudah jemu. yang penting kita ada minat.
saya dah mencuba jahit manik piramid ni, tapi last sekali tak jadi melengkung,, dia jadi tegak….. tak macam you ,,baris pertama melengkung ( yg 8 biji) saya jadi sebaris saja,,,,macammana?
tq
saya dah buat yg ni,boleh la tahan,dah siap 5 pasang.dua dah siap tempah.boleh cari makan jugak ler,tq coz ajar ya
cik sue..thanx ajr jahit manik style macam ni..saya jahit kat baju mak saya, pastu jadi..mak saya suka sangat…cantik plak..thanx so much..,semoga ilmu yang dicurahkan diberkati dan diredhai sellalu
assalammualaikum.. cik sue.. tima kasih le ajaq macam mana nak buat piramid ni.. saya dah mula buat warna silver + biru.. alhamdulilah berkat tunjuk ajar dan demo cik sue .. saya dah berjaya buat.. terima kasih..
Tima kasih cheq sue, kerana sudi ajarkan.. inshaAllah ada rezeki saya pun akan ajar pada org lain… kalau depa nak belajar lah… berpanjangan ilmu cheq su ni..
p/s: saya kena buh sulam manik aje kat baju raya tahun ni, sbb recycle baju .. maklum lahhh.. harga minyak naik, semua naik … Tukar gaya hidup katanyer….
baru tau tentang teknik nie…nak cuba tuk baju convocation nanti lah…cantik…hehehe…thanks cheq sue…nanti bleh tunjukkan teknik yang latest plak ea…mmm…cheq sue xde nak tunjuk teknik nak jahit manik kat tudung?
trime kasih bebyk..coz dpt ilmu sulam manik..raya ni bekilip2 bj famili saya..hrp blog n d tambahkan koleksi..TERIMA KSH ;D
to afak: Convo kat mana? kalau nak minta nasihat atau cadangan dipersilakan.
to ct zarina: Seronok kan bila dpt touch-up baju sendiri. Yang murah pun akan nampak mahal dan elegan. Wah beraya sakanlah tahun ni.
Salam perkenalan cek sue…
Mula-mula, tahniah di atas tutorial manik ini, menarik sekali. Saya juga berminat dgn jahitan manik, tapi buat masa ni sy hanya pandai yang simple2 jer… harap lepas ni boleh menimba dgn lebih byk ilmu pasal jahitan manik ni dr cek sue yer? ;)boleh saya minta cadangan tak? contohnya kombinasi kaler apa yg sesuai pada baju yang nak dijahit manik tu?
to Hidayah: Sebarang pertanyaan adalah dialu-alukan. Sila emel kepada sue@cheq-sue.com kalau nak minta pandangan atau idea cheq-sue utk warna manik yg sesuai, boleh emel gambar baju tersebut kpd cheq.
Terima kasih Cheq Sue kerana sudi berkongsi ilmu. Saya ingin mencuba kerana tengok orang pakai cantik pulak. Thanks a million. Where and when is your next class. Bye
Assalammualaikum Cheq Sue..
Saya tertarik dengan pattern piramid tu jadi saya pun cubalah. menjadi tu mmg la menjadi tetapi mungkin sebab kain yang digunakan sangat lembut, saya terpaksa ambil masa yang agak lama dan hasilnya pun kurang memuaskan. Rasa kecewa gak sebab hasilnya tak sama macam yang cheq sue buat. Disebabkan terpaksa mengira satu persatu manik tu, pembuatnya perlu la banyak bersabar. Walau macammana pun alhamdulillah piramid sy telah pun siap(walaupun tak kemas, nampak dr jauh agak cantik) sy telah membuat satu lagi pattern sy tersendiri atas baju kedua. Harapnya jadilah…Mungkin boleh ditunjukkan pada cheq sue nnt..mana tau kan kita boleh berkongsi ilmu…hheheheh
salam kak cheq,sronok nyer sy td bt manik peten piramid mnjadi lak…may b klu sy dok bt ni je shari da blh siap,keh..keh..sy guna mnik bosar skit so su2n 4+3+2+1..
to Norliza: Dah cuba buat sendiri tak?
to Tisha: Baguslah ada kreativiti tersendiri. Nanti emel lah gambar tu. boleh kita share. Jahit manik ni memang kena pandai mengira. tak kiralah patern apa sekalipun.
to Ibuiman: OK…1 hari memang boleh siap. Tapi berpada-padalah, kita tak makan tak pa. tapi anak dan suami jgn diabaikan.
masa balik kg minggu lepas, emak sy teringin nak dijahitkan manik pada baju raya dia. saya pun apa lgi..pergila ke kedai untuk membeli manik tapi malangnya sume kedai jahit tutup. sedih je..maklum la.. pasni sy takkan balik dah until lepas raya so terkilan sebab tak dapat jahitkan utk mak pakai di pagi raya. tetiba, teringat nak jenguk Jusco kot ada jual. alhamdulillah, doa saya dimakbulkan walaupun color yang ada agak terhad tapi apa yang saya inginkan dapat dibeli. 2 hari dikampung, dapat juga sy siapkan hujung lengan dan bunga di badan. gembiranya emak sebab apa yang dihajat tercapai dan yang paling menggembirakan ianya adalah hasil tangan anak sendiri..thanks cheq sue
tisha: Wah…terharunya. Begitu rajinnya Tisya….tunaikan hajat mak tisya tu. 2 hari tu suatu tempoh yg singkat dan boleh dibanggakan. Tahniah Keep up the good work. Tisya jahit design apa?
salam,
tima kace buat che su atas kehadiran blog ini. tunjuk ajar yang diberikan sedikit sebanyak dpt jugak mengurangkn kadar jahanamnye baju kurung saya.. but i’m very proud of it. my daughter said ‘tak straight la’ tapi hasil tangan sendiri puas hati gak… ialah org tangan bangku. anyway thanks again for the ’sparkling beads of ideas’
salam cheq sue,saya rasa saya tak terlambat mengikuti blog nih.saya minat sangat kat blog cheq sue.banyak ilmu.TQ so much…blog cheq sue best!!
to Kak Jem: Sama-sama kembali….harapan cheq-sue teruskan minat anda….tak begitu kemas tak apa…asalkan kita merasai kepuasan hasil tangan sendiri.
to Ai: Masih belum terlambat….cheq-sue baru setahun join dalam dunia blog ini. hujung bulan ni nak sambut 1st year anniversary www.cheq-sue.com
Harap teruskan beri sokongan utk blog ini. TQ for being one of my readers.
Assalammualaikum, jahit manik jenis piramid , saya dah pun berjaya jahit untuk baju raya yang lalu.. warna biru dan silver.. terima kasih atas ajaran .. semoga allah mencucuri rahmatnya ke atas cheq sue sekeluarga diatas bakat dan juga ilmu yang diberikan… saya ingin kongsikan ilmu membuat pokok manik bonsai dengan sesiapa yang berminat.. sila singgah ke FP saya di http://juraimin.fotopages.com/ harapan semoga ilmu yang diberikan dapat memberikan manfaat kepada kita semua…Wassalam.
nk cuba buat manik piramid nie.Takut jgk sbb first time nk buat.
nk tnya klu kain yg jarang atau chiffon mcm mane nk jahit yek.. kain tu kan lembik..
kt mane yek ader jual manik b’macam colour dan patern kt Klang atau Shah Alam
tima kasih cheq su…
selamat berkenalan..
saya mula2 belajar jahit manik dgn blog cheq ni lah..
sila la visit fp saya no.. ![]()
tahniah cheq sue kerna menghasilkan sulaman manik yang indah dan menarik. nak tanya, ada tak corak yang sesuai untuk hujung lengan bj kurung yang mempunyai butang (curve. kalau ada, boleh tunjuk kan cara dan corak yang sesuai mengikut pandangan cheq sue.
TQ>












cantik dan bolih difahami dan peten ni banyak gunakan manik dan orang yang sabar