Jahit Manik Manjalara
Hari ni cheq sempat siapkan jahit manik manjalara. Atas permintaan kawan-kawan yg selalu singgah ke blog cheq ni, cheq nak berkongsi teknik atau cara-cara jahit manik untuk bunga manjalara (nama sulam manik ni ikut suka kita nak letak nama apa pun sebenarnya).
1. Sediakan peralatan secukupnya. Pilihan warna manik ikut kreativiti, asalkan matching dengan warna kain. Gunakan jarum khas utk jahit manik. Pilih warna benang yang hampir dengan warna kain.
2. Lukiskan bentuk seperti gambar di bawah menggunakan eraseable pen atau kapur lukis. Masukkan 3 manik maroon & 3 manik putih.
3. Jahitkan manik di setiap penjuru mengikut bentuk yang dilukis.
4. Mulakan jahitan untuk kelopak bunga jarakkan 1 manik ke bawah. 3 manik maroon & 3 manik putih. Jahitkan sebelah menyebelah.
5. Penuhkan semua kelopak bunga.
6. Jahitan di belakang kain akan kelihatan begini. Kalau rajin boleh jahitkan kain lain untuk tutup kesan jahitan ni. Ada juga yg buka dulu basi jahitan pada lengan baju tu….apabila siap dijahit manik barulah dijahit semula basi kain dengan jahitan silang pangkah. Kena caj lebih sikitlah kalau nak macam tu.
7. Matikan jahitan. Jahitkan untuk tengah bunga menggunakan manik mutiara (cheq guna manik beras, sebab tak sempat beli manik mutiara). Untuk lengan baju cantik sekiranya bunga dijahit 3 atau 4 kuntum.
8. Jahit manik manjalara ini tak lengkap kalau tak ditambah dengan jahitan batang berlekuk macam ni. Lukis lekuk untuk batang manjalara (menjalar).
9. Jahit manik putih menggunakan teknik jahitan ke belakang (back stitch). Sesetengah orang jahit teknik jelujur. Bagi cheq pula teknik back stitch lebih kemas dan kukuh.
10. Dah siap!! Selamat mencuba
Jika anda suka catatan ini, sila sumbangkan pendapat atau komen anda atau melanggan melalui suapan RSS untuk menikmati artikel terkini yang ditulis terus ke pembaca suapan anda (feed reader).
Komentar
Wah Best la Cheq Sue. Memang jelas apa yang cheq su ajarkan, step pun teratur dan mudah difahami. Terima kasih for tip ni yer.
Iena: Manik memang la kena beli yg jual kat kedai. Yang jual tu tentu ok. Tapi kalau nak yang berkualiti (tak luntur warna dan tahan kilau) beli manik Japan….kalau Korean kualiti kurang sikit.
Azza: Harap dapat buatlah yea.
Jahitan manik cheq sue memang cantik. Boleh x ajarkan jahitan manik berpintal? saya dah cuba x tapi menjadi…tension!!!
cantik manik cheq sue buat ni,cheq sue boleh tolong tunjukkan step jahit manik piramid pulak,hari tu saya try tak jadi..
Fieda: Manik Pintal….InsyaAllah
Putri_nian: Manik Piramid…..InsyaAllah
Banyak tugasan untuk cheq-sue nih. Tapi semua ni yg basic sahaja….iaitu lebih kpd utk border, kalau u all dah pandai nanti boleh buat pelbagai kombinasi jenis jahitan manik pada lengan/leher/kaki baju supaya nampak lebih mewah & glamour. Sesuai dgn acara yg kita hadiri. Kalau utk ke pejabat biar yg simple ajer
saya start beading tahun lepas.cuba2 kt baju sendiri.saya cadangkan basi lengan tak pyh buka, cuma ms nk jahit, susupkan benang ke dalam basi.jadi benang kt belakang tu x npk..time kaseh u tip back stitch..saya stuju ngn cheq sue..
suedra: betul kata suedra memang kalau nak nampak kemas, masa jahit manik tu jgn keluarkan jarum terus sebaliknya susupkan dlm basi lengan. Tapi bg yang belum mahir, tak pa lah. cuma untuk sulam yang banyak bunga-bunga besar susah sikit nak susup sebab nanti jahitan tak kukuh pulak.
terima kasih buat cheq sue,kerana sudi kongsi kemahiran yang ade,,semoga saya mendapat mfaat dari apa yang dtunjukan oleh cheq sue,,terima kasih sekali buat cheq sue kite….sa8_trg
sa8: Cheq pun nak ucapkan terima kasih pada semua yang memberi sokongan. Makin lama makin banyak idea yang cheq nak kongsi di sini bersama kawan-kawan semua.
terimakasih dgn tunjuk ajar. cheq sue bagaimana nak matching warna kain dgn labuci dan tema jahitan labuci kita, lebih lebih kain yang banyak corak dan warna. harap cheq sue dapat bagi panduan.
lina: soalan ini yang cheq susah sikit nak jawab. sebab ia ikut citarasa dan naluri kita sendiri. Rasanya semua orang arif bab matching ni. Sama mcm kita pilih tudung untuk dipadankan dengan baju jugaklah.
tak juga sebab pelanggan saya selalu bagi komen saya tak pandai nak matching colour so nak cover saya banyak pakai silver.raya tahun lalu 2pasang baju kurung saya buka balik labucinya sebab pelanggan cakap tak menyerlah.tahun ni saya lebih banyak jahit manik tabur mungkin cita rasa masa kini kot.ada idea nak kongsi keh cheq sue..
lina: Manik tabur kalau campur-campur semua warna yg ada kat baju tu pun cantik juga. Kalau citarasa terbaru kini ada yang suka tambah dengan batu-batu kristal yang besar. Batu-batu kristal tu ada pelbagai warna, saiz dan bentuk.
cantik…saya hanya pandai buat yg simple je tp setelah dpt tunjuk ajar dr cheq sue saya teruja dan tak sabar nak men cubanya
Rosni, sulaman yg cheq tunjukkan tu pun hanya asas je tu. Kalau rajin boleh tambah banyak lagi lekuk-lekuk manjalara tu, atau tambah dengan jahit manik tabur. selamat mencuba
Tkacih atas kesudian berkongsi cara menjahit manik tu. seblum ni i main hentam je. Rasa nmpk ok jalan.Ada corak lain ke? Tunjuk la, saya berminat, Thanks.
kyeda: cheq pun main hentam jugak. asal kemas dan jadi bentuk yg kita nak tu, kira oklah. benda ni semua bukannya perlu ikut 100%, ikut kreativiti masing-masing. Nama lagi kreatif kan.
cheq-su, saya pun berminat degan tunjuk ajr cheq-su.tunjuk knlah cara jahit manik pintal tu.saya betul2 musykil nk buat…..
Terima kasih kepada cheq su sebab tunjukkan cara menjahit manik manjalara, boleh tak cheq tu tunjukkan cara menjahit manik lagi sebab saya hanya tahu menjahit manik pintal dan manjalara sahaja.
ANI: Boleh jika ada kelapangan cheq-sue akan berkongsi lagi. Jahit manik ni kena kreatif. Cuba gabungkan kedua-dua jenis jahitan tu dan ditambah pula dengan manik tabur. Tentu hasil jahitan lebih elegan dan mewah.
salam, cheq-sue
wani nak tanya kat mana nak beli ERASEABLE PEN?
Puas wani mencari pen ini tapi masih tak jumpa.
harap cheq_sue dapat membantu
wani: kat kedai alatan jahitan ada jual. tapi kalau kedai kecil ada yg tak jual sebab diorang hanya jual kapur lukis yg bentuk 3 segi tu. cari kat Craft World. tinggal kat mana?
salam cheq sue….
boleh tak nak minta semua nota htr ke email sy terus…saya minat nak belajar tapi saya sibuk skit coz saya seorang guru…..so sy rajin melayari internet an jupe blog cheq sue..memang bagus…saya duduk berhampiran putrajaya…bleh tak adakan kelas kat dengkil,selangor
hayati: tiada jalan mudah untuk mendapatkan ilmu. Semuanya perlukan sedikit usaha dan masa. Sila klik langgan di ruangan langganan untuk menerima artikel-artikel terkini daripada cheq-sue.
hai cheq sue…
cantik la jahitan manik 2,,,
cara yang di ajar teratur dan mudah diikut
ade yg lain x?
saya minat sgt untuk blajar jahit manik tapi saya tak pandai. blh tlg email cara jahit manik untuk saya tak…tq
Salam.. Cheq Sue,
Saya berminat sangat ngan seni sulam benang yang dijahit pd tudung bawal tu. Malangnya nyer saya xpakai tudung bawal. Kalau boleh sy nak jahit sendiri untuk baju saya.. Sudikah Cheq Sue share ilmu yang ada kat saya & mereka2 yg memerlukan..
Harap Cheq Sue sudi bg respon pd saya.Terima kasih banyak2..
Salam…wati nak ucapkan terima kasih sbb sudi ajar cara nak buat manik manjalara ni..n.. alhamdudilah wati dah try n jadi mcm yg ditunjukkan…
TQ…
to: mama kaykay
Oh utk jahit/sulam benang selain pada tudung, kita boleh juga sulam pada baju kurung. Fungsinya sama mcm jahit manik cuma tekniknya sedikit berbeza. InsyaAllah nanti cheq-sue tunjukkan.
Salam…
Saya pun nak ucapkan terima kasih coz sudi mengajar nak buat jahitan manjalara nie..saya dah pun cuba..tqvm..
Minta jasa baik cheq-sue ajarkan bagaimana cara nak jahit manik beriring yang panjang n tebal..manik beriring yang biasa saya dh cuba buat..tapi manik beriring yang tebal xpandai la..dah banyak kali saya cuba..
tqvm..
Assalamualaikum cheq sue,boleh tak tunjukkan cara nak jahit manik beriring?Nampak senang,tp tak reti nak buat…..tq in advance.
Assalamualaikum cheq su, saya ni minat sangat dengan kraftangan ni tapi kurang kreatif. Bila saya jumpa blog ni terus teruja..Kalau saya nak langgan artikel terkini cheq su tu ada charge bayaran tak?
salam cheq sue… time kasih le sb bg tujuk ajar camne nk jahit manik ni step by step. cheq sue memang kreatif la. semuanya cantik2. sebelum ni saya hanya tempah dekat kedai, tapi bile tgk koleksi sheq sue ni, saya rasa x sabar nk mcubanye di rumah. thanks cheq sue.. sayang sesangat kak cheq sue
to nora & kak ena: untuk buat jahit beriring, mestilah lukis dulu saiz ketebalan yg nak kita buat. supaya darjah “kesengetan”nya sama. Harap faham ya. Kalau tak ukur dan lukis dulu memang senget benget nanti. kalau nak buat tebal lebih baik buat double layer. jangan letak sekaligus manik banyak. Nanti kemungkinan kendur dan berkedut. Namun ada caranya kalau nak letak sekaligus banyak. Tunggu demo cheq-sue seterusnya.
to saliza: langganan artikel adalah percuma. saliza hanya perlu verify emel.
to shenab: TQ. hendak seribu daya. bila kita dah tahu buat sendiri, kita akan terus bereksperimen dengan design-design yg lain pula. silap-silap habis baju-baju lama di jahit manik nanti. Kalau jahit sendiri lebih rasa kepuasannya.
Saya nak tanya bila nak adakan bengkel jahitan manik, saya ingin menyertainya.Saya tinggal di KL. TQ
Kalau kita buat hari Sabtu pagi ok tak? u ada cadangan ker? cheq-sue mmg ada rancangan tp x pasti waktu bila paling sesuai? nak buat kat MARA ok ker? atau kat rumah cheq?
Terima kasih bebanyak… saya pun dah cuba.Memula pening gak tapi bila dah try ( manik pintal) alhamdulilah menjadik…
Love all of your design. Sya tgh nk belajar jahit manik…
boleh tak bagi sya cth untuk jahit manik corak lengan bertingkat. Kalau ada design lain, sya nk belajar gak..
nak tnye…bape price charged untk jahit manik manjalara tu?cheq sue slalu beli manik kat mane?msti dpt murah kan?hehehe..
tq, coz cheq sue ajarkan cara nak jahit manik bunga tu… saya pun peminat jahitan manik… raya ni saya ader amik upah jahit manik… cuma design jer xberape byk…
to Nora, Kamaria, Azura, Linda, Norshie:
Terima kasih atas komen anda semua. Harapan cheq-sue semoga korang suka dgn artikel-artikel yg disediakan dlm blog ini dan bermanfaat kepada semua yg berminat dgn sulaman tangan.
to Rena: cheq-sue tak sure corak lengan bertingkat tu yg mcm mana? boleh explain sikit ataupun emelkan gambar cthnya.
to Manja: Caj utk manik ni tak tentu. tgk pada berapa sarat manik yg diguna. Kalau setakat yg cheq-sue tunjukkan tu…utk lengan…boleh ambik RM30 aje. Manik cheq-sue pun beli kat kedai jahitan….dpt harga mcm org lain juga.
to Ecah: Sama-sama, wah ambik upah lagi tu. tentu dah byk design yg dibuat. kalau nak share boleh emelkan gambar sulam manik tu kat sue@cheq-sue.com ya.
ha…ha..lagi2 ibu Irma muncul,bagus cheq Sue,saya biasa mencampur dgn sulam riben,malahan suka juga saya tambah batu2an.Kalau di Indonesia kita suka juga menyebut sulam manik dgn sulam payet.
best ar blog ni sy leh share ttg manik kat sni.tq jgk pd cheq su.cmner nk tgk cnth jhitan manik yg lain…hidup wanita yang cintakan manik.hahahha
bagus la..mudah nak faham..camane nak tentukan harga upah yea? saye ade amik upah jahit manik, idea pk sendiri…cane yea?
tq..
bila tengok akak buat,nampak senang, tapi bila sendiri buat tak menjadi lak, tensionlah! Tapi saya akan cuba buat jugak. teknik menjahit back stich tu okey jugak kalau nak buat sebab memang kemas pun.
Cantik dan menarik kalau boleh e-mail kepada saya gambar dan cara-cara menyulam manik terima kasih…..
Assalamualaikum,
Salam kenal. alhamdulillah terima kasih kerana tidak kedekut dengan ilmu jahit manik ni. mudah mudahan kehidupan anda akan lebih berjaya dan bahagia
Hello, apa kbr chq su…sya pun tak pasti corak manik lengan bertingkat rupanya mcm mana…kwn kata corak tu cantik, lengan baju kurung nampak bertingkat kalau ada manik corak tersebut sb tu sya nk tgok cth dri chq su..mcm mana rupanya…tq.
bst sgt…
cheq-sue ajar mmg terang n nyata..
eaiqah puas hati tgok hasil..
tp kan cheq-sue kalo manik 2 yg jenis berat 2 x pew kew..yg berat 2 jenama apew
saya nak sangat belajar jahit manik untuk menambahkan pengalaman saya selain dalam bidang masakan.bole kirimkan cara2 melalui email kerana saya jauh d borneo sabah.terima kasih
lepas terjumpa blog cheq sue ni, akak terus jatuh hati untuk belajar jahit manik.. sebelum ni akak cuma tgk je kat fotopages org lain tak teringin pun.. terimakasih cheq sue kerana ajar step by step cara jahit manik, payah nak cari org baik hati mcm cheq sue, ajar percuma…moga cheq sue dirahmati Allah selalu…
akak dah cuba jahit manik pada dua helai baju kurung akak, jahit simple je..tapi puas hati dgn kerja tgn sendiri..terimakasih…
Hai,’
Saya baru nak berjinak-jinak dgn jahitan manik raya tahun ni. Itupun saya menjahit baju anak2 saya sahaja. Saya berminat utk mendalami lagi tentang jahitan manik secara terperinci. Adakah puan mempunyai buku contoh jahitan di pasaran?
Terimakasih
Norhajah Eli
cheq sue…. bg lagi la diseing baru pla k email ngn linda tau…..ebelinda_1209@yahoo k cheq sayang….tolongla org susah….
knapa kak xwat video, image keras skit….. susah nak ikut, awek saya ska jait manik kat lengan baju, tapi dia x eti jait kat tudung….. kesian kat dia.
Utk kain yang agak lembut dan nipis saya cadangkan dipercikkan sedikit starch/kanji(blh dibeli dlm tin spray)dulu kemudian iron baru dijahit manik.Senang utk kita jahit kerana kain akan keras dan senang utk dijahit.
HAI…cheq sue..nti LEH X e-mail kan kat sy gambar dan cara nak jahit manik lg,,leh x???…klu ader design baru tp xsusah lar,,hehe,,,sbb sy mmg minat sgt jahit manik nie,,,kwn2 sy pun suker gak…dlu xbrape sgt tp sejak tgok gambr n cra jahit manik cheq sue tue..jd suke plakk..
salam..i’m a new person.suke sgt sbb dpt blanja jahit sulam..so mcm mane nak slalu tau akan blog ni diupdate…salam..thank u..
Salam……kalau nak selalu dpt informasi ttg blog ni jgn lupa letakkan emel address kat ruangan langganan tu. Ia adalah percuma dan anda akan sentiasa menerima emel terbaru dpd cheq-sue.
slm perkenalan…sy b’minat la tgk design manik manjalara ni..blh x tlg email kt sy cm ne proses m’buatnya…k..thanx…
Cheq Sue,
Best la blog Cheq Sue ni, bleh share2 idea jahit manik. Saya pun tengah berjinak-jinak dlm bidang ni. Mula2 jahit baju sendiri dulu, kalau ok..bleh la ambik tempahan kan!. Cewahhh!!! Berangan dah tu..
Thanks Cheq Sue. you are my inspiration… Cayok!!.. Cayok!!..
mmg cantik la jahit sulaman manik che sue nie.. dpt tau blog ni pun dari my sis.. dia dah try jahit kat baju dia.. warna pink + white.. mmg cantik giler.. thanks..
Assalamualaikum. Thanks Che Sue. Saya doakan usaha puan, berkongsi dengan kami yang tak tahu nak jahit manik dimurahkan rezeki dan mudah urusan kehidupan. Amin
Assalamualaikum.saya dah jahit manik manjalara…jadi..tapi manik macam terangkat sikit.adakah jahitan saya ketat?
Cheq Sue,
psai bunga atau corak yg kita nak buat tu ikut bantai sndri ka atau kena sesuaikan ikut corak bunga kain..
Marsyita…pastikan jgn tarik benang ketat sangat…tarik cukup-cukup saiz panjang sebaris manik tu. jahitan ni tak perlu ketat…ngam-ngam ajer.
klickluc….bantai sendiri pin bagus juga….kreatif namanya. tapi seeloknya biarlah senada dgn corak kat kain…jgn lari tema. kalau nak buat bunga sama mcm bunga kat kain…cheq cadangkan elok jahit labuci. atau boleh juga jahit manik di sekeliling bentuk bunga tu. gd luck!
salam cheq sue…mlm td dah tgk jahit manik n ni tgk lagi..best tul blog ni, dpt idea lg…nk tya, erasable pen tu besanya bleh bl kt ner n kursus kls jahit manik ni cheq sue bla nak wat???..tq
saya tak pandai sgt menda yang seni halus… tapi kalau tempah mahal laa… sebeb 2 minat nak belajar. terima kasih kongsi ilmu ni
jeles negok oran jait manik..sye yak pandai..myb nnt leh cbe jait yan akak tunjuk tu…jait aju pandai la..he..he..
jeles negok oran jait manik..sye yak pandai..myb nnt leh cbe jait yan akak tunjuk tu…jait baju pandai la..he..he..
salam c sue..saya jadi peminat c sue for the first time i come across your blog.saya mmg minat jahit manik ni tapi tak punya skil, kesempatan dan masa. ni pun kebetulan my son kena chicken pox dan saya ambik cuti.. rasa rugi sbb tak sempat nak ikuti kelas menjahit manik masa c sue kat kl(now c sue da pindah p utara). nanti kalau c sue nak buat kelas kat kl e mail kat saya buleh?
sejak kwn saya gile jahit manik. sy tolong dia search kan jahitan manik di tenet. blog cheq sue menarik perhatian saya. sbb ada step by step ajar jahit manik pintal n manjalara. lepas tu sy terus gile manik jugak. hahaha.. trus ajak husband pi beli manik. skang dah siap manjalara di lengan. n skang tgh usahakan manik pintal. d sbbkan hanya 2 tu je yg cheq sue ajar sep by step. so.. 2 tu je yg sy tau buat. hehehehe… nak pi bengkel cheq sue… sy jauh di kota tinggi. mmg xde harapan la nak mengikutinye dgn kerja yg xleh di tinggalkan. so.. sy ucapkan berbilioon trima kasih atas usaha cheq sue..mewujudkan blog ni.
sy tertnya2 la.. cam ner ek..skill jahit manik queen. kalau bleh cheq sue.. xplain?. TQ.
salam,
cheq sue…tq coz cheq sue tak kedekut kongsi idea..moga di murahkan rezeki …Amin..nak tanya cheq sue,kalau manik tabur di jahit pada tangan dan leher selalunya upah jahit berapa ye…tq..
salam cheq sue,
saya nak tahu macm mane nk jahit pada tepi2 tudung tu…
cam jahit mata lalat,manjalara,dan lain2…tq
saya berminat untuk menjahit tudung ni tpi xtahu cara2 die…leh tak cheq sue tunjuk cara2 nk jahit tepi2 tudung tu
terima kasih atas langkah2 yg jelas yg cheq sue tunjukkan. kini sy dapat cuba menjaht lengan bj sy sendiri.
salam
cheq sue cantik je hasil tangan cheq sue…
saya ne baru belajar buat2 manik nee heheh
harap cheq sue tak marah saya curi idea2 cheq sue yer heheh
salam…
maaf la klau ggu cheq su….
sy dh hbs jahit manik pade bju sy tp bla tgk benang didlm nmpk agk serabut la dn x cntik….
nk tye skit bleh ke nk smbungikn nye dan x nk bg nmpk ksn jahitan 2….
cheq sue bleh bg th crenye???
trima kasih…
cheq su bila lagi nak buat kelas menjahit manik&labuci?
saya baru masuk cheq su punya laman blog saya rasa tertarik dan minat nak join your team.
Cantik dan simple designnye. Brape agaknya kita boleh caj untuk design ni kalau hanya di lengan baju kurung je?
salam..aii sy nie memang ambil tempahan manik,betul beli manik memang senang,nak jahit pn senang tapi kretif tu penting dan pilih manik mestilah yg berkualoti
sy pon baru nk belajar jahit manik ni..
cume nk tau ade tak cara tuk sembunyikn kesan jahitan di belakang baju tu?
kalo di lengan baju biasa sy bukak blk basi kain n jahit blk..
tapi kalo di bahagian badan baju mcm mane caranya?
setakat sy tgk cth2 baju yg ade semuanya nmpak kesan jahitan di belkg..
hrp leh bantu..
salam…sya bru je blajar jahit manik ni..
bgs la cheq sue punya tunjuk ajar ni..sng faham…
tima kasih cheq sue..
Salam.. koleksi cheq sue sangat kreatif dan unik sekali.. nak minta kebenaran untuk letak link blog cheq sue di blog saya?
cantik jahitan… manjalara tu.tq coz mengajar cara2 membuatny.utk pengetahuan cheq sue saya baru melayari blog ini.
salam , cheq sue ade tak wat demo menampal batu oktant pd tudung bawal dan baju ? coz sy first time nk cuba.. ade kat arkib ke ?
pastu camne ye nak jahit batu2 kat tudung bawal yg belah tepi tudung tu ? takut x kemas lah … ade gambar tak ?
tq ye
salam..leh tk kite nk sgt blajar wat jahit manik.duk umah je..boring x wat ape2.share lh bagi kt anie cikit
cheq su ajar jahit manik senang nak ikut….ajar la corak lain plak….satu famili saya jahit manik manjalara nie….sampai dah pandai dah…
Tq cheq sue sbb ajar cara nk jait manik manjalara ni.. saya dah lama nk belajar.. ni pun cikgu sekolah yg bgtau pasal blog cheq sue ni.. tq..







nak tanya la.. manik2 ni yg jual kat kedai jahit tu ok ke..