Tudung Bawal Sulam Manik dan Benang
Projek cheq hujung minggu ni ialah nak sulam tudung bawal untuk dipadankan dengan kain batik sutera yang baru dibeli dari officemate. Maklumlah sekarang ni setiap hari Khamis wajib pakai baju "Batik Malaysia". Cheq ada beberapa koleksi tudung bawal kosong. Maka setelah dibelek-belek jumpa juga yang "matching" dengan warna bunga kat kain tu.Cheq cuma perlu tambahkan warna-warna purple dan pink supaya gabungannya nampak sepadan.
Cara-cara jahit manik:
Untuk keliling tepi tudung yang telah dijahit tepi, cheq jahitkan manik jelujur berselang seli manik warna peach & purple.
Cara-cara sulam benang:
Benang yang cheq gunakan ialah jenis "Perle" jenama DMC. Untuk memudahkan benang dimasukkan ke dalam jarum, gunakan penarik benang. Oh ya jangan lupa tegangkan kain pada bahagian yang hendak disulam dengan menggunakan Ram.
Cara jahitan bulion untuk kudup bunga. Daun bunga buatkan jahitan lazy daisy.
Tadaaaaa! inilah hasilnya, InsyaAllah kalau ada kelapangan cheq akan tambah lagi sulaman kat tudung ni, supaya lebih meriah. Alamak baju belum tempah lagi……
Jika anda suka catatan ini, sila sumbangkan pendapat atau komen anda atau melanggan melalui suapan RSS untuk menikmati artikel terkini yang ditulis terus ke pembaca suapan anda (feed reader).
Komentar
Produk pilihan Cheq SueFabuline Capsule - Herba Ajaib Dinasti Tang Menjadikan Anda Bidadari Di Mata Lelaki Dan Dicemburui Wanita
Rumit memanglah rumit bagi yang tak tahu teknik-tekniknya, sama juga macam melukis….tak semua orang boleh buat.
bisness……coming soon. InsyaAllah
Salam kenal,
Memang rumit kerja sulam menyulam nie, tp kalau dah minat boleh jd senang, org rumah saya minat jugak bab nyulam2 nie
Amir.
ehem..dengan saya sekarang ada satu buku sulam. tajuk dia Sulaman Klasik- oleh Mariam Abu Bakar. buku ni sorg kwn pompuan sy pinjam, dia mintak tolong sy hantar kat pustaka. Cheq Sue dah tengok buku ni? saya tengok ok gak penerangan dia! semua gambr2 kaler kt dalam…meriah betul!
wanwma: Tahniah…kerana berminat juga belek-belek buku sulaman ya. Cheq dah ada buku tu. Cuba tgk posting cheq yang lepas-lepas kategori “bahan rujukan sulaman”. buku ni memang byk membantu selain buku rosita jaafar.
cheq sue, mana nak beli starter set utk yg baru nak belajar menyulam ni, contohnya macam benang, jarum no. brape dan sebagainya….tima kasih.
cheq sue… minggu lepas saya baru beli tudung sulam dua helai….minat lah tgk sulam2 nie..tiba2 dtg idea nk buat sendiri..cheq sue ada petua tak untuk beginner mcm saya? buku rosita jaafar tu saya dah survey kt net..RM60, tp tak beli lagi..part ‘bahan2 mentah’ mcm kain bawal tu nk dpt kat mana ek?
Maaf semua sebab cheq lambat reply mesej korang. Cheq baru masuk opis….sebab MC 2 minggu. So byk keje nak bereskan.
Noor: Kalau nak start sulam benang, peralatan yg perlu ada ialah jarum Milliners, Benang DMC (Cross stitch), Ram (Penegang kain). Itu sahaja. InsyaAllah kalau nak order kit sulaman dgn cheq, nanti cheq usahakan. Kalau nak order apa-apa emellah.
beryls: Kain bawal kosong boleh beli kat kedai kain mcm Nagoya atau Kamdar ada jual. Cuma kat kedai orang panggil kain voile. Buku boleh order dgn cheq. Sila emel tapi kena tambah kos pos.
Molly: Step insyaAllah, akan datang…..
zanah: cheq tgh usaha utk info tentang teknik jahitan bullion. Sebenarnya ia adalah teknik jahitan dengan cara menggulung benang. Jahitan ini boleh guna utk buat pelbagai corak, terutama utk corak bunga. Paling famous, bullion rose.
satu lagi pertanyaan ni agak panjang,saya amat berminat untuk mempelajari teknik menyulam ni,apakah langkah pertama yang perlu saya buat dan bagaimana saya boleh perolehi buku panduan tu cheq su.tolonglah cantik sgt….
Hasmah: Bahan-bahan sulam tu boleh diperolehi di kedai-kedai kraf. kedai jual alat-alat jahitan atau kedai bunga mungkin ada juga. Cheq sebenarnya tgh kumpul bahan untuk dijadikan kit sulaman. Kalau berminat boleh contact cheq-sue. Hasmah minat nak belajar yang mana satu? cheq boleh tunjuk ajar kalau ada kelapangan.
cheq sue saya minat sangat nak belajar jahit sulam tangan kat tudung bawal.cantik sgt.dapat belajar yang tu dulu pun xpelah.tolong ajarkan ye cheq sue.
kaksu,
waaa…bestnye tgk sulaman2 kat sini..dari semalam sebenarnye dok belek..dju baruuuu je bljar buat sulam kat tudung bawal ni..pasal kemaruk tgk tudung tu..sampai sanggup p kursus pendek kat kolej komuniti..heehehe..
tapi masih blur lah..nk buat rose2 tu…kejap comel..kejap..lebur..! hehehe..maklumlah…jari tak lentik..org kata..jari lentik (ibu jari) pandai menjahit.. heheheheh
dju: kursus pendek tu ajar apa? sulaman benang ker? teknik apa yang diorang ajarkan?
hasmah: kalau ada kesempatan cheq akan tambah info tentang jenis jahitan sulaman benang yang lain pula.Harap dah baca artikel tentang 5 jenis jahitan asas sulaman yang cheq bagi sebelum ini. Sila lihat di bahagian Kategori “Jenis Jahitan”
cheq sue,saya tgk kat gambar di atas untuk sulam tangan kat tudung,benang tu kita pintal sendiri ke? nanti x terbuka ke cheq sue. tolonglah saya cheq sue saya ni minat sgt nak belajar.
saya compiuslah cheq sue mcm mana nak pintalkan benang tu.dan mcm mana boleh telekat elok atas kain.
Hasmah: Kesian awak, belilah buku sulaman klasik Mariam Abu Bakar. RM30 jer, dalam tu dia tunjuk cara buat pintal (jahitan bullion)tu. Cheq nak tunjuk tapi belum ada masa lagi. Kalau nak beli boleh order dengan cheq, tambah kos pos express.
thanks… dah lama cari cara nak belajar jahit manik… minat sangat.. terima kasih banyak2… semoga Allah akan menambahkan ilmu pada Cheq su sebab sudi berkongsi ilmu nie…
cheq su..katner nak dptkan buku Sulaman Klasik tu? nak jugak tengok isinya.. saye dah dapatkan buku Sulaman Benang & Manik Labuci oleh Rosita Jaafar. tengok sulam benang cheq su ni pon saye minat. kat mane nk dptkan ram?
Salam,
Harap che su baca…macam mana ye jahit sulam benang agar tak kedut kain tu…puas dah akak adjust, hasilnya tetap kedut…
Anyway, akak pun ex-mrsm balik pulau dan USM …dah lama dah grad..
Makasih…
wani: jarum miliners tu saiznya amat kecil, sesuai digunakan utk jahit manik. utk sulaman benang kita biasa guna jarum jenis sharp atau straw. jarum ini berdiameter (saiz) sama dari pangkal kepala lubang hingga ke penjuru hujung yang tajam. jadi senang untuk menarik benang apabila membuat jahitan bullion.
Mia: buku sulaman klasik cheq-sue pun ader jual. kalau nak kirim ram sekali pun boleh. sila emel cheq-sue ok.
Sara anum: Jarum sulam manik atau benang? semua saiz ker?
Makteh: Cheq nak tanya makteh sulam tu pakai ram tak untuk tegangkan kain? kalau tak pakai tentulah mudah berkedut terutama jika buat sulaman yang besar. kalau tak pun tentu akak tarik benang terlalu kuat. kalau ada masa emel la hasil sulaman yg akak buat tu. akhir kata selamat berkenalan semua.
assalamualaikum kak sue sy minat utk mengetahui bgaimana ingin memilih kain utk membuat tudung jgk manik yg asli. di mana blh dapatkan…
to Dhuha: Kain yang sesuai ialah kain bawal. Kalau kat kedai namanya kain “voile”. Yang paling sesuai ialah kain voile Japan. Itu kalau nak buat tudung biasalah. Tapi trend sekarang orang pakai selendang dari fabrik chiffon, boleh jahit manik-manik labuci kat atas kepala dan hujung selendang.(Ikut trend Dato’Siti)
Maaf dik, buat masa sekarang cheq-sue tak terima tempahan utk jahit tudung.
cheq sue..dah ada kit jahitan tu..camner nak contact wak yer..nak order la buku jahit manik and kit jahitan tu…
salam semua…
disebabkan che su tak amik tempahan, cham nak offer sape2 yang minat utk tempah sulam bullion kat tudung…bolehla email cham ye…boleh diskas harga dan warna yang disukai…
to Naz: sila lawati butik cheq-sue kat blog ni, ikut arahan utk bayaran dan butiran utk pos, kemudian emel aje pada sue@cheq-sue.com. Barang yg diorder akan sampai terus ke rumah anda melalui pos laju.
to Cham: macam ni kena minta royalty ![]()
hehe…nnti kita kira royalti eh…
sekarang cham tengah amik tempahan kat tudung. kengkawan dok beli tudung mata kerbau tu pastu soh cham sulam bullions…
RUMIT KE NYULAM? TAPI BEST KAN TRUTAMA BILA NAMPK HASIL 2. RASA PUAS HATI SANGT. PE PUN, NAK AMIK NI UNTUK BUAT ASGMENT LINDA.
Dipersilakan. Kalau berjaya buat nanti jgn lupa share kat sini. emelkan gambar hasil sulaman Linda pada sue@cheq-sue.com nanti linda boleh buat sebagai bukti assignment.
cheq su,
leh tak nak beli tudung kosong utk wat sulam benang ni?
cheq su leh tlg belikn x?
i nak beli ler










Alahai…rumitnyer keje sulam menyulam ni…teringat plak masa buat drwg untuk custmer yg buat songket dulu…tak sanggup lagi rasanya nak buat drwg bunga2 songket ni…hohoho..tp kalu dah minat…cheq su x nak buat bisnes ke dlm bidang ni?