Buku Kait Jarum Satu (Crochet) oleh Zainon Mohd Nor Al-Yunani

Buku mengait ini Cheq pinjam dari Perpustakaan MARA. Ia amat bagus bagi sesiapa yang ingin mempelajari dengan lebih mendalam tentang seni mengait (crochet). Buku ini juga memberi banyak contoh-contoh hasil seni mengait yang boleh dicuba. Buku ini ialah hasil penulisan dan kreativiti Hajjah Zainon binti Mohd. Nor Al-Yunani dan telah diterbitkan pada 2002.
Seperti kata Hajjah Zainon, seni mengait (crochet) ini dapat memberi kepuasan dan ketenangan kepada kita untuk memenuhi masa lapang, Ia juga boleh dikait pada bila-bila masa kerana tidak memerlukan bahan yang banyak. Mengimbau zaman remaja cheq dulu, sambil dengar cikgu mengajar dalam kelas sempat lagi tangan cheq mengait kat bawah meja. Biasanya cheq selalu mengait semasa perjalanan dalam bas untuk pulang ke kampung dari asrama, sekurang-kurangnya perjalanan yang jauh itu terasa sekejap jer. Kalau tak percaya cubalah!
Jika anda suka catatan ini, sila sumbangkan pendapat atau komen anda atau melanggan melalui suapan RSS untuk menikmati artikel terkini yang ditulis terus ke pembaca suapan anda (feed reader).
Komentar
Produk pilihan Cheq SueFabuline Capsule - Herba Ajaib Dinasti Tang Menjadikan Anda Bidadari Di Mata Lelaki Dan Dicemburui Wanita
TQ atas puji-pujian kak choc. selalu selalulah singgah yea. cheq baru berjinak-jinak dgn dunia blogging nih.
cq-sue…..
dimana boleh dpt beli buku “kait jarum satu”,saya nak belilah …..boleh cik bagitau sekali dgn harga buku itu.
tq…
salam.. hy, buat pengetahuan cheq sue saya dah lama beli buku tu. saya berminat nak buat dan dah cuba berkali2 buat ikut buku tu, tapi smpai skrg masih tak dapat lagi. cheq sue takde ke kelas nak buat mengait ni?.. kalu ade kabar2 kan olah yer.. k by.
cheq tak der buat kelas mengait atau menyulam nih. Tapi kalau Sarah nak sgt belajar mungkin kita boleh jumpa. Cuba sarah pinjam hasil sulaman kait dpd sesiapa dan beleklah cara kaitannya. Cheq belajar macam tu jer lah…..kena kira setiap kaitan tu.










Cheq-Sue, wah wah kreatif dan halus seni tangan u ye? salute lar. pandai masak lak tu, betuah cik abe…ehhehe ur blog pun boleh tahan informatif juge. me loiiiike it!