Kait (Crochet)
Kali ini cheq nak berkongsi pula seni kait atau biasa disebut mengait. Ia juga dipanggil kait jarum satu atau dalam bahasa Inggeris ialah crochet.
Seni kait ini pada pandangan peribadi cheq sudah kurang mendapat perhatian berbanding sulaman manik dan sulaman riben. Namun, kalau kita perhatikan pada sekitar tahun 80-an dan 90-an kebanyakan peralatan hiasan rumah dihiasi dengan hasil seni kaitan ini. Contohnya sebagai alas meja,tv, peti ais, malah kipas meja juga turut dihias dengan hasil seni kaitan. Namun, sejak kebelangan ini, cheq perhatikan ia sudah tidak lagi mendapat tempat dikalangan masyarakat kita, malah ada yang beranggapan seni kaitan ini sudah ketinggalan zaman. Hanya pada rumah-rumah dikampung ada yang masih menggunakan hasil seni kaitan ini sebagai alas perabut atau barangan elektrik mereka. Sebalikknya di bandar alas untuk meja dan perabut telah dihias indah dengan hasil seni sulaman riben yang kelihatan lebih mewah dan elegan.
Sekitar tahun 90-an, pada ketika itu cheq di usia remaja sempat belajar seni mengait ini daripada ibu dan hasilnya masih ada di kampung. InsyaAllah, jika ada kesempatan cheq akan berkongsi hasil kaitan (crochet) itu dalam blog ini. Walaupun kini lebih tertarik pada sulaman benang, manik & riben namun ilmu mengait itu cheq rasa amat rugi jika terus ditinggalkan begitu sahaja. Idea baru yang cheq rasa boleh diimplementasikan ialah dengan mencantumkan crochet pada hasil jahitan lain, terutama pada baju anak-anak kecil. Kita boleh mengait bentuk bunga dan daun dan kemudian dijahitkan pada baju anak gadis. Bunga itu akan kelihatan timbul dan menonjol. Pakaian yang dijahit juga akan kelihatan lebih menarik dan unik.

Contoh benang dan jarum yang digunakan untuk mengait

Teknik asas mengait. Benang perlu digulungkan pada jari telunjuk kiri biasanya sebanyak 3-4 pusingan jari, manakala ibu jari dan jari tengah (tangan kiri) memegang hujung/punca benang. Jari telunjuk (tangan kiri) juga bertindak mengawal benang yang hendak digunakan. Tangan kanan pula akan memegang jarum untuk mengait.
Ok, setakat ini dulu untuk pengenalan kepada seni kait (crochet). Kalau ada yang berminat lepas ni cheq akan berkongsi pula teknik asas mengait iaitu "kait tali air"
Jika anda suka catatan ini, sila sumbangkan pendapat atau komen anda atau melanggan melalui suapan RSS untuk menikmati artikel terkini yang ditulis terus ke pembaca suapan anda (feed reader).
Komentar
sarah: belajar mengait ni memang lebih bagus kalau dapat tgk real dpd baca buku. Lagi satu kalau kita dah dapat buat basic sulam kait ni iaitu tali air…..kalau kita nak teruskan buat sesuatu projek elok kalau ada contoh dan tirulah patent tu, kira setiap bilangan tali air yang dikait dan ikut ajerlah. Kalau refer buku tu memang boleh jem sebab dia bagi singkatan huruf untuk setiap jenis kaitan……kita yang baru ni nak kena semak lagi makna dan patent dia pulak kan.
icun: icun dah cuba buat tali air ke belum? bahan-bahannya pun tak banyak, beli dulu jarum dan benangnya….lepas tu cuba buat tali air….kalau nak tau step lain seterusnya emel cheq-sue yea.
belum lgik..x berkesempatan nk beli..lgpun skrg ni pun agak sibuk ngn final projek…
err
tali air? mcm mana tu..eheh
saya pun memang minat sangat mengait.dah banyak gak saya buat.semuanya saya buat guna benang halus.tapi area kl ni susah sikit le nak beli benang kait tu.
shikin: kait guna benang halus tu sakit tangan tak? kalau sudi….shikin emel lah gambar hasil mengait yg shikin buat tu….boleh kita berkongsi dgn kawan-kawan pembaca blog nih. cheq sendiri pun teringin nak cuci mata. emel kat sue@cheq-sue.com yea. bye
Fatihah: Sedap nama tu. Nak mengait ni…agak susah kalau nak tunjuk melalui gambar, kalau dengan video mungkin lagi bagus. Tapi cheq belum berkesempatan nak buat rakaman tu. Cubalah dapatkan buku “Kait Jarum Satu” atau “Seni Mengait”..mungkin dari situ boleh nampak cara nak mengait.
askum.. sy berminat n baru nk blaja mengenal seni mengait dan telah membeli buku dan melihat sedikit sebyk dlm web dan saya pilih krusye krn nmpk mudah dgn satu jarum shj. tp sy x phm istilah n cara2 kait dlm b.melayu dlm buku n bila merujuk web english. jd, blh x cheq su emel kan istilah dlm bhs melayu n english. cth yg saya x phm kait piko, jagung, dll. tima kasih
sheri: setiap buku/guru yang mengajar pakai istilah yg tak sama. Jadi susah jugak nak compare istilah ni. lebih baik kita ingat dr segi bentuk dan cara kait tu. Cheq pun tak hafal istilah setiap cara kait tu. main agak-agak aje. Biasanya kalau nak buat….cheq lagi senang refer cth yg dah siap dan ikut setiap bentuk yg dikait tu….bilang berapa tali air, lilit, pusing dan sbgnya. pastu tgk sama tak bentuk kait yg kita buat dgn yg cth.
Nonie: benang lion tu yg mcmana? cuba cari kat kedai jahitan. brand jer kan? yg penting jenis benang tu kita kena tahu untuk kegunaan apa? cheq tak arif sgt bab kait mengait nih.
cheq sue,
saye excited lh nk blajar kait (crochet), selimut or anything utk bakal baby saya, yg paling simple lh at least, utk permulaan boleh tolong ajar tak.
thank you
u’kum cheq su
saya nie kiranya dah ok la utk buat kait jarum satu tapi yang x bestnya saya x ada banyak paten y cantik2. so, blh tak cheq su berkongsi dg saya sdikit patern2 y ada dlam simpanan cheq su n cara2 utk buat krusye y lbh besar (alas meja, chairback), sekian
saya dahulukan dg ucapan terima kasih.
bye
hi.. sya ni baru belajar kait mengait ni. tapi dah boleh la sikit2 tengok diagram tue… boleh tak share apa2 diagram projek krusye yang awak ada? thx a lot!
sy mmg minat nk blaja mengait…ade x simple instructions yg bole dijadikan sbg rujukan. basicnya sy tau skit2 jer… ok, thanks a lot
Hi,
saya baru nak belajar crochet nie. ada kawan bagi buku tapi kepala saya x boleh nak masuk sbb buku tu byk guna singkatan bagi setiap langkah mengait. Boleh tak cheq sue tunjukkan cara-cara asas mengait.
timakasih byk2
Lily
Hi,
sy pun baru belajar crochet ni..xde sape yg ajar tapi saya download instructions from youtube. rasanya lebih mudah di fahami. banyak demo yg bole kita ikut….lily chu bole la try cari kt youtube. macam2 ada…ok daa..
salam chq su..sy nih dh lama x mengait benang 1, cuma sejak kebelakangan ni minat tuh datang membuak2 plak, tp contoh sy x der, leh x chq su bg 1 contoh gambar kait jarum 1 nih sy nk tengok kot2 nk dtg idea tuh blk…plzzzzzzz
thanks ya
salam chq sue.
saya baru pandai mengait benang satu.jadi nak dapatkan contoh susahlah…..boleh tak chq sue bagi contoh kat sy.contoh tu kalau ada nombor lagi baik.
tq
Saya nak tanyer la…. Kat area bangi… kat maner nak cari benang kait yer…. Kalau kat KL kat maner yg ader jual benang yang murah?
Askum..saya pernah gak belajar mengait ni dengan mak masa sekolah dulu..byk juga teknik ngn cntoh corak yg sempat belajar.. Tapi sekarang ni dah xsempat nak mengait ni.. Nak siapkan satu2 patent tu ambik masa yang lama..
kalau kat banhgi aishah tak tahu.. tapi kalau kat kajang ada satu kedai yang jual alatan jahitan dan kraftangan..
macam2 benang leh cari termasuk benang kait ni…
salam perkenalan cheq sue..dah beberapa hari ikuti blog cheq sue..very interesting..about kait benang 1 ni, mmg my hobby..i buat chair back(merangkap lapik dulang hantaran pun bleh), lapik tv, kabinet tv, runner dan mcm2 lg..tp sy lebih suka guna benang halus/kecil sebab lebih kemas dan tahan lama..benang besar pun ok dan cepat siap berbanding benang kecil..
salam.. seronoknye.. dah lama nak belajar mengait ni.. boleh tak bg panduan utk beginner mcm saya ni. harap sgt dapat blajar
che su bleh tak email saya cara2 nak kait nie…saya berminat…bru nak try blaja…nak jadika sbg hobi heheheh
tq
salam..sy baru2 ni baru jer beli buku cara utk mengait..teringin rasenya nk belajar..tp bila try buat sambil tgk buku mmg tak phm..buat kait tali air pun asik tak menjadi…harap che su dpt email step by step cara2 nk megait tali air ni..tq…
salam che su..bi saya baru membeli buku asas mengait..saya cuba belaja mengait kait tali air sambil tengok buku..tp kait saya tak menjadi je..mmg ssh nk faham..saya harap che su blh email kt saya step by step cara mengait tali air.thanks
Salam kak…saya dah pandai mengait tapi saya tak ada Diagram untuk panduan membuat corak yang lain.. kalau akak ada corak lain share la dengan saya ye…thanks
cheq su,boleh tak bagi design yang cheq su ada..saya nak buat contoh..macam kiranya berapa..cara cara nyer lah
hai! saya ada la blaja seni ni skit dr jiran n buku.tapi saya tak banyak paten yang cantik. kalau ada kongsi2 la skit. banyak pun takpe.
hai….dah lm sy berminat nak belajar, tp x jmpa cg. sblm ni sy smpat bljr buat bunga nenas…yg tu ajer lah….nk sgt buat yg lain plak.. sy jgk ade beli buku tentang seni kait. tp x fhm arr cr nyer…blh che su tlg ajar
Raihan, samalah dgn cheq-sue, tahu yg simple ajer. Skrg ni pulak minat nak mengait pun dah hilang sebab tak guna sgt barang-barang tu. Tengoklah nanti buat projek kecik-kecik utk budak bolehlah.
Cheq su, leh tak bantu saya …saya ada beli buku kait jarum satu dan buku variasi seni kait.ingatkan beli tu sebab nak kait kasut dan baju sejuk baby tapi saya tak paham sebab saya pandai kait ikut pelan gambarajah.kat buku cuma tulis jek .tak retilah nak buat macammana. say perlukan gambarajah tu…boleh tolong saya?
kalau ada saper saper yang boleh tolong saya hantar diagram tu kat email saya…madame_npinkie@yahoo.com
sy dah boleh buat tali air tu.. tapi mcm manae pulak nak buat gelung rapat2 tu??? sy x fhm? sbb sy tgk ikut buku. penerangan cara2 kait tu x jelas.. part tu je dah jem.. help me! and mcm mane nak matikan jahitan?
askom,cheq sue.saya dah blajar wat teknik tali air tu.yg mengelirukan saya ialah mcmane kita nak buat bntuk2 bunga yg lain.saya buat jadi bntuk lain.help me……….slow motion .tq
Salam, saya baru joint, semoga dapat berkongsi minat dan maklumat serta sama sama mengasah bakat dalam bidang yang amat saya minati ini.
sha tahu juga pasal kait ni sebab dari sekolah sha blajar ngan mak.seni ni senang tapi yang paling penting kena ada ada yang mengajar bila kita tahu step baru boleh ikut pattern dalam buku.kalau nak tahu teknik boleh email sha(fadilsha@yahoo.com)jangan malu malu.
Saya dah lama cuba cari jarum sulam, yg mana sulam ne saya pernah buat mase sek. rendah, dia punya jarum lebih kurang macam pen, masuk lubang dari bawah, dan keluar atas muncung jua ade lubang, then kita akan lukis gambar cartoon atau ape ape atas kertas kavnas dan gunakan benang kapas, cara nye pilih ape ape colour yg suka, kita cuma tebuk-tebuk atas kain kavas mengikut gambar yg dilukis. Dah lama sangat saya cuba cari Jarum Kait tu, tapi tak jumpa saya juga tak tahu nama jarum tu dipanggil ape. Kalau la ade sape sape yg tahu ape yg saya citerkan ne dan pernah buat, dapat bantu saya carikan ape nama jarum tu dan dimana boleh dapatkannya. dan apekah nama jenis sulaman tu saya betul betul nak tahu. Terima kasih…
salam akak, saya ada beberapa gambar nk tunjuk kat akak, saya sebenarnya buat bisnes barang kait ni, jual sarung laptop, kotak tisu, set baby ( topi dan kasut), kotak pensel, sarung nset dan banyak lg la, skrg ni saya tengah mencipta sarung bantal yg kecik, yg leh letak kat dalam keta sebagai hiasan mahupun kt atas sofa….
cheq sue..tlg sye..sye nk blaja kait..da tgk buku pn sye paham part tali air je?hehehhe..next step tergantung trus
Salam..saya sudah tahu mengait,banyak yang telah saya buat seperti alas meja, kasut kanak2, alas tv, dan topi kanak2. Tapi kalau boleh saya nak cari paten yang terbaru…kalau akak ada paten yang terbaru tolong la e-mail kat saya.
salam.. cheq sue..saya memang berminat nk belajar tentang mengait ni..cheq sue boleh emailkan kt saya satu persatu teknik2 mengait ni..
saya ni memang tak der asas dalam mengait ni…satu lagi cheq sue boleh ajarkan teknik2 menjahit manik pintal..harap cheq sue dapat emailkan kepada saya secepat mngkin..
hi.. saya mmg minat menyulam kait ni cuma saya kehabisan idea pattern2 terkini.. d mana saya blh dapatkan pattern terbaru?
tq










so far saya dah dpt buat smpai tali air.. tapi lepas2 tu saye trus ‘jem’.. hehehe