5 Jahitan Sulaman Asas (Benang dan Riben)
Terdapat berpuluh atau mungkin juga beratus jenis jahitan yang mencorakkan hasil sulaman yang indah. Namun disini cheq buatkan rumusan terdapat 5 jenis jahitan asas yang perlu dipelajari terlebih dahulu bagi kita yang baru mula hendak belajar menyulam. Malah 5 jahitan sulaman asas ini juga biasa (famous) digunakan untuk produk hasil kerja tangan sulaman pada masa kini.
5 jahitan sulaman asas ini juga sudah cukup untuk menghasilkan suatu hasil sulaman yang indah jika digabungkan dan ditambahkan dengan kreativiti serta kombinasi warna yang menarik. Sulaman benang dan sulaman riben juga sebenarnya boleh digabungkan. Teknik jahitan adalah sama, ia hanya berbeza pada jenis jarum yang digunakan. Jenis jarum berbeza mengikut saiz benang atau riben. Rujuk web umisma untuk maklumat berkaitan jarum.
1. Jahit Lurus (Straight Stitch)
Jahitan paling mudah iaitu jahit lurus (straight stitch) namun boleh menghasilkan kesan yang berbeza mengikut bentuk dan kreativiti.
langkah-langkah:
1. Cucukkan jarum di "A" dan tarik benang ke atas.
2. Kemudian cucukkan benang di "B" dan tarik benang ke bawah. Ulang langkah seterusnya mengikut bentuk yang ingin dihasilkan.
2. Jahit Sulam Riben (Ribbon Stitch)
Jahitan jenis ini hanya boleh diaplikasikan untuk sulaman riben. Riben pulak haruslah dari jenis sutera "silk ribbon". Jahitan jenis ini membentuk daun dan kelopak bunga yang menarik.
langkah-langkah:
1. Cucukkan jarum di "A" dan tarik benang ke atas.
2. Ratakan riben atas permukaan kain mengikut saiz yang dikehendaki, cucukkan pula jarum di "B" iaitu di tengah riben yang diratakan tadi.
3. Tarik jarum ke bawah perlahan-lahan sehingga riben yang ditarik bersama jarum menembusi riben. Riben akan bergulung seperti gambarajah.
3. Jahit Lazy Daisy
Biasa digunakan untuk membentuk daun atau kelopak bunga.
Langkah-langkah:
1. Cucuk jarum di "A" dan tarik benang/riben ke atas.
2. Buat pusingan U dan cucukkan jarum di "B". Seterusnya keluarkan jarum di "C".
3. Tarik benang/riben keluar dari "C".
4. Cucuk jarum di "D" dan tarik benang/riben ke bawah dan ketatkan jahitan.
4. Ikatan French (French Knots)
Ikatan French sahaja sudah cukup untuk menghasilkan suatu rekaan sulaman yang menarik jika digabungkan serta kombinasi warna yang sesuai. Namun Ikatan French selalu digunakan untuk membentuk tengah bunga.
langkah-langkah:
1. Susupkan jarum dari bawah fabrik di "A" dan tarik benang/riben ke atas.
2. halakan mata jarum ke bawah dan lilitkan benang/riben yang berada di "A" sebanyak 2 atau 3 lilitan.
3. Pegang benang/riben yang dililit pada jarum rapat ke fabrik, kemudian cucuk jarum ke "B".
4. Perlahan-lahan tarik jarum kebawah fabrik keluar dari "B".
5. Matikan jahitan dengan cara menyusup jarum ke jahitan pertama pada fabrik di "A".
5. Jahitan Batang (Stem Stitch)
Jahitan Batang biasa digunakan sebagai garisan luar sesuatu bentuk. Ia juga digunakan untuk membentuk batang bunga atau daun.
langkah-langkah:
1. Cucuk jarum di "A" dan tarik benang/riben ke atas.
2. Masukkan pula jarum di "B" dan susup keluar jarum di "C".
3. Tarik benang/riben keluar dan ulangi langkah seterusnya. Jarak dari "A-C" adalah sama dengan "C-B"
Jika menggunakan riben, kesan berpintal adalah lebih ketara.
Nota: Sumber gambar dari www.taunton.com
Jika anda suka catatan ini, sila sumbangkan pendapat atau komen anda atau melanggan melalui suapan RSS untuk menikmati artikel terkini yang ditulis terus ke pembaca suapan anda (feed reader).
Komentar
imass: terima kasih atas sokongan imass. Harap kita dapat saling bertukar-tukar pendapat. Lagipun kita dalam bidang yang sama. cheq pun dah link kan blog imass.
Cheq su tak payah lah kalut. Yang jarum RE tu umirose kata dah jawab kat forum cari. Masa Cheq Sue tanya dulu kan tanya masa di forum cari. Jawapan dia pun kena lah tengok di forum tu. Cheq Sue bukak lah forum tu.
ok. atuk, cheq dah tgk jawapan kat forum tuh. tunggu kak umi pos je. lepas ni bolehlah buat pelbagai projek RE.
Assalamualaikum
Saya Amilia, Jakarta
Senang lihat dan berjumpa dengan Anda
Salam kenal ya
Silahkan kunjungi http://www.amilia25.multiply.com/photos
disana ada produk dari sulam riben, Sampul/cover yasin/ alquran/telekung dan banyak lagi
Amilia: Waalaikumussalam….untuk Amilia juga, semoga sihat dan sukses dalam bisnes anda. Suka saya lihat photo-photo dalam blog anda, nanti kita boleh bertukar-tukar design. Saya masih baru dalam hobi menyulam ini. Jumpa lagi
alhamdulillah, jumpa jugak dengan blog tentang teknik menyulam nih dah lama mencarik….blog yang penuh informatif
Noor: Terima kasih. Harap noor akan selalu singgah ke blog ni dan beri komen-komen atau cadangan untuk menambahkan lagi maklumat dlm blog nih.
saya dari malaysia, tepikat dengan kecantikan sulaman, ingin hendak mempelajarinya, dapatkan pihak puan beri sedikit panduan material apa yang perlu digunakan? tidak adakah cawangan klas di buka di kuala lumpur?
harap dapat sedikit keterangan, terima ksasih.
Salmah: Cheq pun dari Malaysia juga. kat KL jer. Buat masa sekarang cheq belum sempat buka kelas untuk sulaman tangan. Tapi cheq akan berkongsi tips-tips sulaman dlm blog ni. Rajin-rajinlah masuk yea. Kalau berminat nak tahu lebih lanjut boleh emel cheq di sue@cheq-sue.com
Ai,nice 2 meet u..skang saya dah jadi ibu..hobby2 craft ni memang meronta2..thanks on your full informative idea..i dah beli dah buku suzana tuh..best laa..anyway.congrats on your blog..i like…!!
Eiy: Tahniah sebab dah bergelar ibu. Memang byk hobi kraf atau sulaman yg kita boleh cuba. Kalau nak ikutkan semua kita nak buat kan. tq. cheq sendiripun tgh belajar-belajar buat sulaman riben. Next project nak buat sulam riben kat sarung kusyen pulak.
ai cheq sue..pecite projek sulam riben?kite dah try kat kain perca..memang best la wat bende ni..tapi jari agak sakit,sbb kena tarik jarum yg melekat kat lubang sbb riben susah nak tembus.maybe sbb fabrik tu benang dia agak rapat kot..ada ape2 petua tak,nak bg jari tak sakit sgt?cheq sue camne lak?
eiy: cheq ada buat satu kat kain cross stitch, tapi tak cantik sangat. Dah survey kain kat craft world….mahal jugak kalau untuk yg baru nak belajar. oklah tu utk permulaan buat kat kain perca pun ok. eiy guna jarum yang mana? cheq tak dak petua lah nak elak jari sakit. sebab memang sakit sikit masa nak tarik jarum dari kain tu, cuma satu petua….kita pakai penebuk kain supaya lubang yang nak dilalui jarum tu nanti besar sikit. kalau tak der penebuk kain tu boleh pakai penetas benang.
kite guna jarum cross stitch wat sulam riben nih. betul tak?or jarum yg tajam.ok gak cadangan kalo guna penetas benang tuh.nnti kite try.anyway.kalo dah siap projek tu,nnti show off la ek..
seronok la dapat melayari laman blog cheq_sue ni macam macam yang dapat dipelajari,teruskanlah usaha anda yeeeeeeeeee
Apa pandangan korang, cheq-sue nak buat ruangan koleksi kreatif pembaca. Sesiapa yg nak share hasil kreatif diorang boleh post gambar dan artikel dlm blog ni. boleh kita semua berkongsi dan beri komen.
Salam,
Bagus blog ni,share info untuk dikongsi sama.. walau pun saya tak tahu menjahit, seronok baca theori..:)
Min: Teruja cheq-sue tgk blog min. cantiknya cupcake tu…..macam mana buat tu yer? min memang expert bab cake decorating….cheq-sue akan selalu singgah blog min.
assalamualaikum cheq sue, kak Ina pun ada jugak buat sulaman riben ni dan masa kak Ina start buat RE ni dulu pun kak Ina memang pakai kelima-lima asas sulaman yang cheq sue cerita kat sini. Pastu barulah develop skill yang baru kalau cheq sue ada masa bolehlah singgah kat blog kak Ina :
http://www.sulamanchanting.blogspot.com
Cheq sue, kak Ina nak tanya boleh tak kalau kak Ina link web add cheq sue dalam blog kak Ina. satu lagi bila cheq sue nak buat ruangan koleksi kreatif tu berminat lah nak join.
assalamualaikum cheq sue, saya ingin bertanya dimana saya boleh dapatkan bahan-bahan untuk membuat cross stitch..ada tak kedai atau outlet dlm area kl atau damansara yang menjual bahan-bahan untuk cross stitch ini..saya dah lama berminat dgn jahitan cross stitch ni tapi masalah saya skrg saya tak tahu dimana saya boleh dapatkan bahannya..boleh tak cheq sue bantu saya..harap cheq sue boleh email pada saya information..email saya aiin_najwa@yahoo.com
Assalamualadikum..
Cheq sue..best la jadi mcm cheq sue.Ada kemahiran menjahit.Saya ni graduan dan surirumah.Dah 2 tahun jadi penganggur.Saya berminat dalam jahitan. Kalu boleh nak jadikan kerjaya saya.Tapi langsung tak tau menjahit.Susah tak menjahit ni.Kata org, ikut tangan juga nak pandai menjahit.Betul ke cheq sue.Insyaallah saya ingin ambil latihan kemahiran di pusat giatmara.Saya juga ingin berkongsi ilmu dgn cheq sue yang dah banyak pengalaman ni.Boleh kan…
a’kum,
Buku apakah yang sesuai untuk saya belajar menjahit sendiri dan mepelajarinya secara sendiri di rumah.
Kalu boleh tolong cadangkan buku-buku tersebut.
hi cheq sue…sy berminat dgn hasil tgn cheq sue…teringin sgt nk cuba buat…kgkdg nmpk cam senang…kgkdg nmpk cam susah…sy nk tnya utk 5 asas ni semuanye guna ribbon ek…xguna benang?
Zam: Semua buku yang cheq-sue rekomen kat butik cheq-sue tu boleh dijadikan rujukan utk belajar buat sendiri kat rumah. step-step nya jelas dan mudah difahami.
aziatie: 5 jahitan sulaman asas ini boleh dipraktikkan menggunakan benang dan juga riben.kalau ada minat mesti cuba baru dpt rasakan kepuasannya…tak susah rujuk aja panduan dlm buku-buku tu. kalau nak attend kelas cheq-sue pun boleh….tapi kat KL lah.
askum..kawe baru jea berjinak2 buat sulam reben..kawe nak tanya, kain yg sesuai utk reben ni kain apa ye..saya cuba apply kat kain tudung,,ok.. tapi tak sesuai..
Manisah : kalau nak tahu lebih lanjut pasal fabuline capsul boleh lihat dekat http://www.goji-maharani.com atau email cheq ke sue@cheq-sue.com bersama dengan nombor untuk dihubungi.
to naniey: Rajin bisnes…
to Sal81: sulam riben tak berapa sesuai buat kat kain bawal….sayang rosak kain nanti. kalau nak buat juga boleh tapi guna riben sutera yg halus ajer. Kalau nak buat sulam riben mulakan dgn jahit kat sarung kusyen atau beg kain.
cheq-su.. saya tatau apa2 tentang menjahit dan nak cuba jahit sarung bantal kusyen dgn seni jahitan ni dan lain2. Cepatke saya belajar melalui buku dan beli kit asas sulaman cheq-su tu? saya bekerja sepenuh masa
to Khairin: Boleh…cheq-sue sendiri pun tak berguru dgn sesiapa ttg sulam riben ni. Hanya rujuk buku Jahitan Asas Sulaman Riben tu ajer…pas tu belek-belek blog yg ada tunjuk hasil sulaman riben utk cari design. Insya Allah menjadik.
tq, cheq-sue…syoknya saya berpeluang jengok webpage ni… tahniah dan tima kasih sudi kongsi ilmu…bukan senang kan nak jahit riben ni. tapi, kalu ada minat dan usaha mesti bleh, kan?!
tk sangka cheq su comel orangnya. dah le pandai jahit, cantik plk orangnya. sy tgk gambar rajah tu mcm tk boleh buat jah.
tq bye
miss u cheq su
salam cheq su, nk tnya la..kain apa yg sesuai utk sulaman riben nie? kain cross stich biasa bleh tak?
A’kum Cheq Su….akak dah lama mengikuti perkembangan seni cheq Su. hari baru terbuka hati ingi menghubungi cheq su..Akak mudah faham dan minat dengan apa yg cheq su bagi dalam ni….harap sangat cheq su teruskan usaha sebegini….akak akan cuba utk berhubung dengan cheq su selalu
kain yg susunan benangnya agak jarang atau kasar sesuai utk sulaman riben. kain cross stitch terlalu keras masa nak tarik riben nanti sakit tangan. cadangan kain thai silk & belacu.
to kak dee: tq..harap dpt bagi komen selalu…& pls emel me for any query…bye
to kak ani: buat masa ni belum buka kelas utk sulam riben. cheq-sue sarankan akak klik di link video sulam riben yg cheq-sue dah add kat blog tu.
x dak komen cuma ingin bekawan.umur sy 12 thn .sy sngt beminat sulam cejak sy dipilih cikgu aritu.T.q kak sue kerna blog kak suelah menjadi bahan rujukan sy.insyallah 4hari bulan ni gi betandig
to Fatimah: Gembiranya hati cheq-sue bila dpt tahu Fatimah masuk bertanding dan rujuk blog in sbg panduan sulaman manik. cheq-sue teringin sekali melihat hasil sulaman Fatimah tu. Jgn lupa bgtau perkembangan pasal pertandingan tu ya. Good Luck!
to Fatimah: Gembiranya hati cheq-sue bila dpt tahu Fatimah masuk bertanding dan rujuk blog ini sbg panduan sulaman manik. cheq-sue teringin sekali melihat hasil sulaman Fatimah tu. Jgn lupa bgtau perkembangan pasal pertandingan tu ya. Good Luck!
salam..best dan terlalu gembira bl terjp web ni..minat lama mekar kembali…tgk2 sebab nak ajar anak murid menjht mg dpn..insy akan kak jdkan sbg teman mengisi masa lapang
Salam, cheq su saya memang minat dgn kerja tangan, saya ingin mempelajarinya, bila agaknya kelas bermula?
Cheq Sue..nk tanya artikel jahitan apa yg plg senang dan simple nak buat ek? saya nak ajar student saya belajar menjahit. Dlm syllabus kh, artikel jahitan yg dicadangkan adalah membuat uncang, tp kalau ada artikel jahitan yg lg mudah untuk dihasilkan lg bagus coz student saya ni tahun 6.







cheq-sue,
kite setuju ngan ape yg ditulis..mmg ade 5 teknik asas tak kisah le utk sulaman manik ke benang ke. 5 teknik ni yg slalu diimplimenkan dlm seni sulaman.
ni web add kite http://www.blogsulaman.wordpress.com.
web add cheq-sue dah kite masukkan dlm blog kite..
sedapnye tgk mi kuah…