Smocking Dress



IMG_0872 IMG_0871

Smocking dress ni cheq belikan untuk baby Aisyah Sofea, tapi belum padan dengan saiz badannya kerana dress ni utk budak 2 tahun. Raya puasa tahun ni bolehlah Aisyah melaram. Dress ni Cheq beli dari butik mydreams.

IMG_0876 IMG_0875 IMG_0874

Inilah salah satu hasil daripada sulaman tangan, nampak sweet sangat bunga bullion rose tu. Bunga dijahit dengan teknik jahitan bullion manakala daun pula dengan jahitan lazy daisy.

Pada badan baju yang berkedut-kedut itulah yang dinamakan jahitan smocking. Untuk membentuk kedutan ni kita memerlukan mesin khas. Kalau nak buat secara tradisional pun boleh tapi perlukan banyak kesabaran. Apabila kain telah dikedutkan, setiap kedutan itu dijahit secara berombak atau bertangga. Apabila siap, ia akan menjadi strechable seolah-olah dijahit dengan getah.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • ThisNext
  • De.lirio.us
  • Furl
  • Reddit
  • Technorati
  • YahooMyWeb

Jika anda suka catatan ini, sila sumbangkan pendapat atau komen anda atau melanggan melalui suapan RSS untuk menikmati artikel terkini yang ditulis terus ke pembaca suapan anda (feed reader).

Kedai Online
Komentar
Produk pilihan Cheq Sue

Goji Guarana Best

MyAvatars 0.2

bertuah Aisyah cantik sungguh baju raya dia… itulah keistimewaan anak pompuan kerna banyak pilihan baju… nampaknya… mummy kena sulam tampal kartun kat baju Adam lak… baru fair… heee heeee

MyAvatars 0.2

Baju sulam tampal utk Adam….hmmm tak terfikir pulak! bagus gak idea kak pah tu. InsyaAllah boleh diusahakan.

MyAvatars 0.2

salam cheq-sue, mabe dah tiba masa untuk belajar buat seni smocking ni, kot?Nanti boleh buat any size yg di inginkan…..kakUmi@embroideredgift

MyAvatars 0.2

w,salam….kak umi, memang nak belajar sgt….tok guru pun dah jumpa. Bila kak umi mula kelas? cheq teringin nak belajar sulam riben tu. geram sgt tgk hasil sulaman kak umi….cantik-cantik! Secara teori tu adalah sikit-sikit baca kat website, tapi lebih baik kalau berguru….org kata lebih afdal. jgn lupa bgtau cheq yea :)

MyAvatars 0.2

wahh cheq sue..
apa habaq?….rajinnya hang nih
la nih nak buat smocking senang dah cheq sue, dah ade mesin pleater..tak macam dulu2

pastu kalau nak buat sendiri..la nih bleh beli smocking kit, dah siap semua kain, pola, benang jarum n sebagainya

ade satu website tu..dia ajo cara nak buat smocking utk di transfer ke t shirt..cute sehhh

kalau rajin surf kat needle and thread ade byk vidoe yg ajo buat teknik2 sulaman/smocking/kait from a to z
insyaallah boleh pandai mcm org yg pi belajaq kat cikgu :)
ilmu ada di mana2.. yg penting kita berusaha mencari sampai dapat :)

MyAvatars 0.2

terima kasihlah….sudi jugak ninoZ singgah ke blog cheq nih. Nanti kita surf website tuh.

MyAvatars 0.2

kita baru tau semalam yg cheq sue ada blog…kalau tak dah lama kita mai jenguk :)

MyAvatars 0.2

memang cun sungguh smocking, kite dah lama berkenan

MyAvatars 0.2

Yana: Jangan lupa beli untuk Nurin satu. Nak buat sendiri pun lagi bagus. memang cantik dress smocking ni dan boleh pakai lama…sebab baju tu boleh membesar/memeri.

MyAvatars 0.2

cheq sue kat mana nak beli jarum,benang tu semua

MyAvatars 0.2

Hasmah: Semua tu boleh dapat kat kedai jahitan. tapi kalau susah-susah sangat beli dengan cheq je lah. bagitau je nak apa?

MyAvatars 0.2

hai cheq sue sy berminat la nak blajar smocking dress
kalau nak tempah dari cheq sue bole x?
1 helai berape harganye yek??

MyAvatars 0.2

kalau nak tempah utk baby bole x?
baby baru 8 bulan…kalau 2 berape harganye cheq sue?
bukan ape nak tempah utk raye…

Tinggalkan komen

(required)

(required)