Archive for December, 2007
Manik Red Kebaya Mok Tie
My first customer. Itupun Free of charge, maklumlah adik ipar sendiri. Mintak dia belanja Mc’D je. heheheheh
Mulanya tak tahu nak jahit manik macam mana, lepas telek punya telek terhasillah idea untuk jahit manik di sepanjang sulaman tu.
Manik Pintal Bintang 5
Ini satu lagi baju yang cheq jahitkan manik pintal ditambah 5 bintang di lengan baju. 4 kuntum bunga di hadapan baju cheq tambahkan highlight manik jelujur di keliling kelopak bunga manakala ditengah bunga dijahit manik tabur.
Manik Beriring Manjalara
Baju daripada kain benang hitam. Di lengan baju cheq jahitkan manik beriring dan dikemaskan dengan 3 kelopak bunga manjalara.
Manik Pintal First-time
Cheq mula cuba jahit manik ni tahun 2005. Masa tu memang famous jahit manik-manik kat baju. Cheq teringin sangat nak cuba…..lepas beberapa kali curi-curi intai baju-baju yang cantik dijual kat butik-butik di Medan MARA, Cheq pun memberanikan diri mencuba jahit sendiri. Main agak-agak aje. Alhamdulillah…..jadi jugak walaupun senget benget tak kisahlah…..asalkan rasa puas kerana […]
Sulaman Tampal
Pada 5hb Disember 2007 yang lalu cheq ke Penang kerana memberi taklimat Pra-Persaraan kepada peserta-peserta kursus, semasa di Airport Pulau Pinang cheq sempat window shopping dan terpandang t-shirt baby yang sangat cantik kerana kreativiti sulaman tampal pada t-shirt tersebut. Cheq pun minta izin dengan jurujual untuk snap gambar t-shirt tersebut untuk dikongsi dalam blog […]
