Blooming Roses
Minggu ni Cheq-Sue sempat menyiapkan tempahan hp case ni. Memang seronok buat crochet hp case “blooming roses” ni sebab bila dah siap…..memang jelas kelihatan bunga rose yang kembang mekar tu. Design ni adalah untuk saiz smart phone. Kalau saiz classic phone cheq-sue namakannya “sweet roses”. Harga berbeza mengikut saiz. Untuk tempahan, boleh emel terus kepada cheq-sue di sue@cheq-sue.com
Kalung & Anting-anting
Design dan teknik yang mudah untuk peminat yang baru mula hendak belajar sulaman manik. Walaupun simple tapi tetap glamour!. Teknik yang digunakan:
1. Manik pintal
2. Manik jurai dengan labuci oval
Simple & Elegant
Aktiviti bling-bling baju raya dah bermula. Baju customer nih dia request manik yang simple but elegant. Sangat sesuai dipakai semasa beraya ataupun majlis makan malam. Kilauan daripada labuci tu sangat menyerlah terutama pada waktu malam. Design yang simple dan hanya menggunakan 2 teknik asas iaitu:
i. Teknik Labuci Asas
ii. Teknik Manik Jelujur
Crochet Headband
Crochet headband ini pada mulanya Cheq Sue buatkan khas utk baby Alisa & Aisyah sahaja.
Tapi bila kawan-kawan datang tengok…diorangpun berkenan. Datang pulak idea untuk buat sebagai jualan produk kreatif edisi terhad dan hadiah misteri di Butik Cheq Sue. So, kepada 10 orang pembeli bertuah….yang berbelanja RM100 dan ke atas di Butik Cheq Sue, mereka akan menerima bersama salah satu headband yang comel ini.
Headband ini Cheq Sue buatkan sesuai utk baby/kanak-kanak dari usia 0 bulan (newborn) hingga 4 tahun.. Ia mempunyai butang boleh laras ikut saiz kepala anak. Jika ada yang nak membeli headband ini sahaja, Cheq Sue jual juga dengan harga RM10 setiap satu. Sesiapa yang berminat sila emel cheq sue segera kerana stok dan warnanya terhad.
Kalau nak custom made boleh emel dulu…kalau ada warna benang yang dikehendaki bolehlah CheqSue buatkan. Produk eksklusif hand-made by Cheq Sue ini akan diupload di Butik Cheq Sue dalam kategori Koleksi Kreatif.
Jemputlah cuci mata tengok model cilik Cheq Sue memperaga crochet headband masing-masing.
Pembukaan Butik Online Cheq Sue
Pembukaan Butik Cheq Sue
Syukur Alhamdulillah…..berkat sokongan suami, butik online Cheq Sue kini sudah mula beroperasi. Masih terdapat beberapa bahagian yang masih perlu dikemaskini. Namun, urusan jual beli sudah boleh berjalan. Dari semasa ke semasa Cheq Sue akan menambahkan koleksi pilihan produk di butik ini. Butik Online Cheq Sue ini adalah memfokuskan kepada produk berasaskan kesihatan, kecantikan dan juga koleksi kreatif.
Sebagai perasmian pembukaan “Butik Online Cheq Sue” ini, Cheq Sue dengan besar hati menyediakan “hadiah misteri” hasil buatan tangan Cheq Sue sendiri kepada 10 pembeli pertama yang berbelanja RM100 dan ke atas di butik ini.
Akhir kata dari Cheq Sue, terima kasih atas sokongan anda selama ini, Jangan lupa singgahlah selalu ke Butik Cheq Sue kerana dari semasa ke semasa banyak lagi produk-produk pilihan terbaik dari Cheq Sue akan ditambah di butik ini.
Sebarang pertanyaan atau komen sila emelkan kepada sue@cheq-sue.com

Aktiviti Sepanjang Tempoh Berpantang
Alhamdulillah tempoh berpantang selama 44 hari telah dilalui dengan selamat dan jayanya. Rasanya cepat sungguh masa berlalu. Baby Alissa juga semakin sihat dan tembam. Nak tahu apakah aktiviti Cheq Sue sepanjang 44 hari tu?
Seperti amalan biasa orang Melayu berpantang iaitu bertungku dengan batu sungai dan berbengkung, memakai stoking kaki dan berurut dengan bidan. Makan makanan yang tidak bisa, tidak sejuk dan tidak gatal. Kawal jumlah pengambilan makanan dan makan mengikut waktu yang sepatutnya. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran supaya memudahkan pelawasan. Ambil produk set bersalin, pilihan Cheq Sue adalah Nona Roguy serta menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu badan supaya dapat mempercepatkan pengecutan rahim.
Selain itu…..Cheq Sue juga mengamalkan bersauna di rumah. Selain bertujuan untuk memanaskan badan….ia juga dapat membantu bagi yang ingin menurunkan berat badan. Jangan lupa minum banyak air suam waktu siang untuk mengelakkan dehidrasi. Alhamdulillah…Cheq Sue berjaya turunkan 13kg setakat hari ini (hari ke-44). . Dah dapat kembali bentuk badan sebelum mengandungkan baby Alissa. Hehehe……Tapi untuk kembali mendapatkan bentuk badan ideal…..huhuhuhu……perlu bekerja keras lagilah. Yang penting adalah disiplin dan berterusan mengamalkan pengambilan makanan dan cara hidup yang sihat
Selain itu, peluang menjadi suri rumah sepenuh masa selama 2 bulan ini tidak sah jika tidak akan ter”addicted” dengan salah satu drama yang ditonton hari-hari. Cheq Sue sudah addicted bangat dengan Sinetron “Benci Bilang Cinta”. Hari-hari tidak mahu ketinggalan menyaksikan episod seterusnya. Seronok juga ya dapat peluang begini. Sebelum ini dah lama Cheq Sue tidak berminat menonton TV. Asyik buka channel kanak-kanak aja. Tapi kali ini sudah berebut “remote controller”dengan Adam. huhuhu…..kasihan Adam.
Selain aktiviti tersebut, tak ketinggalan juga….aktiviti kreatif berjalan seperti biasa. Pilihan aktiviti hobi kreatif yang boleh dibuat dalam keadaan sedang berpantang begini ialah crochet atau mengaitlah. Banyak juga koleksi crochet yang sempat Cheq Sue buat. Bayangkan dengan keadaan kaki yang berstoking dan berlunjur di atas tilam atau sofa, sambil baby di sisi….tangan Cheq Sue pula tidak berhenti memintal-mintal benang kait itu. Di sisi lain pula…..terdapat sebakul benang kait pelbagai warna sedang menanti untuk dikerjakan. Sambil menonton televisyen juga sempat. Kelakarpun ada kan. Inilah antara koleksinya.
Teknik Asas Kait Tali Air
Salam utk semua.
Video ini Cheq Sue pastekan kat sini bagi memudahkan kalian yg sudah mula berminat untuk mempelajari teknik mengait atau crochet. Ramai sangat yg bertanya dan minta cheq Sue ajar cara-cara mengait. Lama juga memikirkan macamana mau ajar ni…akhirnya….cara yg paling mudah ialah youtube ajerlah. Kalau korang rajin search kat youtube ni…pelbagai teknik crochet ada ditunjukkan.
ok…kpd yg baru mula nak belajar….silakan praktis buat ini dahulu sampai pandai…lepas tu baru boleh mulai buat yg lain pula.
Kalau kalian nak tahu…teknik inilah yg mula-mula sekali cheq sue belajar. Mak cheq sue yang ajarkan….cheq sue buat tali air ini dan jadikannya sebagai tali ikat rambut. Masa tu sekolah rendah lagi. Bangga tau buat ikat rambut ala-ala ikat riben pony tail, siap pakai dan pi tayang kat kawan-kawan sekolah lagi…maklumlah masa tu belum ada blog lagi nak tayang macam sekarang.
Tips:
“Kait Tali Air” ni kalau nak nampak tebal gunalah 2 benang sekali, gabung 2 warna. Lagi menarik.
Beg Kait
Sambil berpantangpun boleh teruskan aktiviti kreatif……paling mudah mengaitlah. sebab hanya perlu pegang benang kait dan jarum. Beg ni khas utk Aisyah melaram especially utk hari raya nanti. Beg ni cheq cadang nak jahitkan zip. Kalau lagi rajin boleh juga ditambah bunga atau butterfly…tengoklah nanti camana.
Ops! tutup mulut tu!!!. Seronok sangat dapat beg sampai terlupa nak cover gigi rongak tu.
Rahsia 44 Hari Berpantang
Tentu ramai di antara kita yang tidak tahu dan tidak pasti mengapa tradisi berpantang selama 44 hari selepas bersalin diamalkan masyarakat Melayu. Sebenarnya ada rahsia di sebalik angka 44 dari sudut ilmu dan tradisi Melayu.
Maklumat ini Cheq Sue jumpa semasa mencari panduan berpantang sebab keguguran pada tahun lepas. Menurut buku ‘Ensiklopedia Perbidanan Melayu’ (Anisah Barakbah,2007:196), Rahsia alam dan sifat kejadian manusia dilambangkan dengan angka 44 . Alam dikatakan mempunyai 4 penjuru dan setiap penjuru melambangkan unsur tanah, air, api dan angin.
Dalam ilmu sufi,sifat kejadian manusia dilambangkan secara makrifat melalui keempat-empat unsur. Di setiap penjuru pula dibahagikan lagi kepada 44 dimensi dan di setiap dimensi dijaga pula oleh 44 malaikat dan mungkin inilah juga sebabnya kita sering mendengar lumrah masyarakat Melayu dahulu menyebut ‘selisih malaikat 44’ atau ‘simpang malaikat 44’.
Ilmu makrifat turut menyatakan perkaitan kejadian alam dan pergerakan cakerawala di mana 4 penjuru alam yang mengandungi 44 dimensi itu berhubung langsung dengan alam nyata. Kejadian manusia,berasal daripada tanah, bermula daripada perjalanan roh melalui 44 dimensi. Tanah ialah makam ketujuh daripada peringkat petala bumi. Justeru,deria rangsang manusia berkait rapat dengan pergolakan kejadian alam.
Proses kematian seseorang pula dikatakan bermula 44 hari sebelum kematiannya,iaitu dipercayai pintu dimensi telah terbuka dan ia menghubungkan alam nyata dan alam ghaib.
Dengan itu, konsep pemulihan seseorang perlu melalui pusingan yang sama dalam proses kejadian manusia,iaitu 44 hari sebagai waktu sempurna pulih sediakala.
Tempoh pantang bagi yang keguguran pula bergantung kepada usia kehamilan. Bagi yang keguguran di usia kandungan antara 2 minggu hingga 3 bulan,perlulah berpantang selama 30 hari. Di usia kandungan 4-5 bulan, pula berpantang selama 40 hari dan di usia kandungan 6 bulan dan ke atas , jumlah hari berpantang adalah 44 hari.
Wallahualam…hanya untuk perkongsian bersama.
Mengumumkan Ketibaan Puteri Alissa Zahra – 3 Mei 2010
Alhamdulillah… baby Alissa Zahra selamat dilahirkan pada 3 Mei 2010 jam 12.20 pm, 3.4 kg di Hospital Kulim, Kedah. Kehadirannya dalam keluarga merupakan hadiah paling berharga buat kami sekeluarga tahun ini. Sempena Hari Ibu pula…..tiada apa yang lebih bermakna bagi Cheq Sue selain lahirnya cahaya mata yang dikandung selama 40 minggu dengan selamat dan sempurna sifatnya. Alissa Zahra, anak ke-3 dalam keluarga. Adam & Aisyah sangat teruja dapat adik….tak sabar mereka balik sekolah terus masuk bilik cari adik…..tak menang tangan nak melayan karenah mereka berdua melayan adik …. bak tuan puteri!
Alissa muat menyarungkan kasut dan topi yang cheq-sue kait……:)
Alissa dengan wajah barunya setelah genap seminggu lahir. Rambut Alissa baru siap dicukur oleh Mak Bidan hari ini 10 Mei 2010. Tanggal pusat pada 7 Mei 2010, hari Jumaat.




