Jahit Manik Jurai

Salam ceria kawan-kawan semua. Kali ni cheq-sue nak berkongsi pula cara-cara untuk jahit manik jurai. Manik jurai ini sesuai dijahit pada leher baju dan dibentuk seolah-olah seperti loket rantai. Sebelum tu sepanjang leher baju perlulah dijahit manik. cheq jahitkan manik pintal yang simple aje di sekeliling leher baju. Di penjuru belahan leher cheq-sue jahitkan sekuntum bunga supaya ia kelihatan seakan-akan loket rantai.

IMG_0385

Langkah-langkah jahit manik jurai:

1. Keluarkan jarum di tengah kelopak bunga tarik benang hingga habis dan isikan manik sebanyak 20 biji atau lebih (ikut kepanjangan yg diingini). Kemudian masukkan sebutir manik beras/pearl. Masukkan pula sebutir manik lagi sebagai penghujung. 

 IMG_0377-1IMG_0378

2. Kemudian halakan jarum arah ke belakang semula dan cucuk jarum pada manik beras. Teruskan menyusup benang melalui manik-manik tersebut hingga ke pangkalnya. Pastikan saiz jarum yg digunakan boleh melalui manik-manik tersebut.

IMG_0379IMG_0380  

3. Setelah jarum yg disusup sampai ke hujung pangkal benang, keluarkan jarum dan perlahan-lahan tarik benang hingga semua manik tergantung/terjurai dengan kemas. Matikan jahitan.

IMG_0381  IMG_0383

4. Maka siaplah manik jurai! Nampak senang tapi perlu berhati-hati semasa menarik benang ke pangkal. Cuba dulu baru tahu. OK….SELAMAT MENCUBA!

Rahsia Anggun Di Mata Suami

gown mlm  fabuline2

White Mesh Gown ni cheq beli dari Miss Lingerie, memang cantik dan anggun sekali! Ditambah pula dengan kehebatan herba ajaib "fabuline capsule" ni terasa seperti bidadari :)

Sekali sekala kita perlu juga berkongsi maklumat penting berkaitan kewanitaan. Maka hari ini cheq nak berkongsi tentang satu topik penting yang tidak boleh dipandang mudah oleh kaum wanita terutama yang sudah bergelar isteri. Semua wanita bergelar isteri ingin kelihatan anggun di mata suami. Kita ingin memberi dan menerima layanan yang sebaik mungkin kepada suami. Berhias dan berpakaian cantik untuk suami adalah ibadah. Sebagai wanita muslimah dan isteri kita perlu bijak menyesuaikan penampilan diri dengan suasana dan tempat. Selain menjalankan tanggungjawab sebagai suri rumah tangga dan ibu kepada anak-anak, tanggungjawab kita kepada suami lah yang paling utama.

Apabila membaca artikel bertajuk "Jangan Lupa Jadi ISTERI Setelah Bergelar IBU" di blog Miss Lingerie, cheq teringatkan suasana yg sama pernah cheq alami setelah kelahiran anak yang kedua. Penyakit utama ialah "malas dan letih". Kita begitu seronok dan leka membelai si manja kecil hingga lupa ’si manja besar’ juga perlukan belaian daripada kita. Berdosanya kita sehingga ke pagi "dilaknati Malaikat"…..mungkin kerana sering menghampakan permintaan suami akhirnya kita semakin hilang selera dan menghidapi keputihan. Terasa seperti "nikmat" itu telah ditarik olehNya.

Setelah mengenali Miss Lingerie, cheq begitu terpegun dengan keprihatinan beliau pada kepentingan hubungan intim suami isteri. Ingin mengembalikan keintiman tersebut, maka cheq mula berjinak-jinak dengan lingerie seksi. Memang mengujakan tetapi apalah ertinya penampilan yang cantik dan seksi jika "nikmat" itu tidak dapat dirasai sepenuhnya dek kerana masalah kesihatan pada organ intim. Terima kasih buat suami tercinta kerana telah memperkenalkan "fabuline capsule" kepada cheq.

Herba ajaib Dinasti Tang ini memang terbukti berjaya mengubah kesuraman menjadi keceriaan. Kehebatannya mengembalikan nostalgia malam pertama menjadikan kita bidadari di mata suami dan dicemburui oleh wanita lain. Nak tahu lebih lanjut sila klik "Rahsia Anggun Cheq-Sue"

Koleksi Kreatif Pembaca - Noraini

Hasil Kerjatangan Noraini dari Petaling Jaya, Selangor

noraini1

Tahniah Noraini! teruskan mencuba dan bereksperimen. Buku Sulaman Benang, Manik & Labuci tu amat berguna sebagai rujukan. Tentu meriah baju raya tahun ni.

Koleksi Kreatif Pembaca - Rafidah

Hasil Kerjatangan Rafidah dari Pulai, Johor

fida encho

Tahniah buat Rafidah (Encho) kerana dalam tempoh tak sampai seminggu beliau beli buku Sulaman Riben dari Butik cheq-sue, beliau dah dapat hasilkan sulaman riben yang begitu cantik ini. Kepada rakan-rakan yg lain kalau nak share hasil kreativiti masing-masing sila emel kepada sue@cheq-sue.com

Kristal Tourmaline

Emas dan batu-batu permata adalah perhiasan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kaum wanita. Sebagai wanita cheq-sue pun tak terlepas daripada meminati batu-batu permata hasil daripada perut bumi ini. Begitu indah dan unik ciptaan-Nya. Ia bukan saja indah malah jika disingkap dari sudut mistik dan perubatan alternatif batu-batu permata ini mempunyai seribu khasiat dan kegunaan. Untuk mengenali dengan lebih lanjut tentang batu-batu permata (kristal) ini boleh lihat di blogroll cheq-sue topik "Info Kristal".

Tourmaline-051 

tourmaline2 watermelon

Gambar: red-green tourmaline & watermelon tourmaline

Cheq-sue sekarang ni tengah minat gila dengan kristal tourmaline. Uniknya kristal tourmaline ini ia mempunyai kesemua 7 spektrum warna pelangi. Zaman kanak-kanak dulu ada cerita dongeng mengatakan pelangi menyedut kristal jauh di dalam perut bumi dan membawa kristal tersebut ke tempat dimana pelangi itu turun. Tetapi pernahkah kita dengar orang berjaya menjejaki pelangi???

Hajat hati nak beli 1 set rantai labuh dan rantai tangan untuk "berjangok" raya nanti:) Kalau ada rezeki nanti cheq-sue tayang kat sini…..(dah survey dah….harga boleh tahan hmmm). Zaman moden ini emas terlalu mahal, maka bagi wanita moden yang bekerjaya lebih ramai yang memilih perhiasan daripada kristal atau kombinasi emas/perak/suasa + kristal berbanding emas penuh. Ia juga nampak lebih mewah dan elegan.

Petikan Artikel:

Batu-batu permata terjadi melebihi 120 km di bawah perut bumi - melalui tekanan yang kuat dari permukaan bumi. Maka, semua atom karbon akan terperangkap membentuk kristal-kristal indah putih bercahaya. Melalui tekanan gunung berapi, perubahan plat benua, dan fenomena perubahan bumi, batu permata terdesak keluar ke permukaan bumi. Maka sebagian kecilnya akan menjadi intan berlian dan selebihnya akan terperangkap di celahan gunung-gunang, bukit-bukit, atau batu-batuan bercampur dengan unsur mineral yang lain untuk membentuk pelbagai jenis batu permata dalam pelbagai warna yang sungguh menakjubkan.

Hasil daripada gabungan dengan mineral-mineral lain, terbentuklah intan baiduri, kecubung, nilam, delima, zamrud, tourmaline, alexandrite, garnet, mata kucing, mata harimau, zircon, kunzite, chrysoberyls, bryls, opal, fuchsite, aked, ametrine, fairus, malaqat, yaqut, mirjan, jarummas, citrine, peridot, aqua marine, dan ribuan lagi jenis batu permata yang terdapat di seluruh alam ini.

Melalui kecanggihan teknologi pada masa kini, terhasillah pelbagai jenis intan, kristal dan batu-batuan melalui olahan tangan manusia sendiri. Baik yang asli atau tiruan, ianya tetap menarik sebagai perhiasan  anting-anting, cincin, gelang, dan sebagainya. Itulah kebesaran Allah S.W.T dan keajaiban alam ciptaan-Nya yang sebagian besarnya masih belum disingkap oleh manusia….

Dipetik dari: http://wacanaseoranghamba.wordpress.com

Manik Manjalara Niza

IMG_0290 

IMG_0314

Hari ni cheq-sue dapat menyiapkan jahitan manik manjalara pada baju Niza ni….setelah sekian lama terperap. Harap Niza suka dengan jahitan manik pada bajunya ini.

Isi Kepah Goreng Apa-apa Aje

IMG_0286

Semasa ke Tawau, cheq-sue sempat singgah di Pasar Tanjung. Di sana cheq-sue ada membeli sedikit udang kering, emplang, emping mlinjau dan isi kepah kering (tak sure nama sebenar). Cheq-sue sebenarnya tak tahu macam mana nak masak isi kepah kering ni. Semasa beli hari tu peniaga di sana kata sedap di masak sup dan juga goreng tapi kena rebus dulu. Kalau kepah fresh tu memang cheq suka. Buat goreng kunyit sungguh sedap!

Resipi yang cheq nak kongsi kali ini adalah isi kepah goreng apa-apa aje….rasanya sedap juga. Isinya kenyal! Harap pembaca blog ni yg dari Tawau seperti Pn. Rafeah Tami boleh kongsi resepi dia nanti.

 

Bahan-bahan:

1 cawan isi kepah kering

3 gelas air (untuk rebus)

1 inci Halia

1 ulas Bawang Besar

2 biji cili hidup

1 biji tomato

daun bawang & daun sup

sos cili

sos tiram

kicap

1-2 sudu gula

1/2 cawan minyak masak

 

Cara-cara memasak:

1. Basuh isi kepah dan rebus hingga kembang. Tos kan

2. Tumis halia, bawang besar dan cili hidup

3. Masukkan isi kepah

4. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap dan 1/2 cawan air

5. masukkan 1-2 sudu gula

6. Masukkan tomato yang dibelah 6

7. Gaul dan siap dihidang.

*** tak perlu masuk garam kerana isi kepah kering ini sudah cukup masin.

 

IMG_0284

Jahit Manik "Baby Daisy"

IMG_0283

Salam ceria kawan-kawan sekalian. Dah lama benar cheq tak update blog ni dengan artikel sulaman. Ada perkara dan urusan lain yang lebih memerlukan tumpuan dan perhatian cheq terutama dalam urusan kerja hakiki di pejabat. Rasa bersalah pun ada. Menyedari itu….kali ini cheq berbesar hati berkongsi dengan pembaca setia blog cheq-sue.com dengan teknik jahitan manik "baby daisy" seperti yang diminta oleh "Putri-Nian". Harap ia dapat mengubati kerinduan kalian pada celoteh cheq-sue:)

  IMG_0272  IMG_0248

Cheq bercadang nak hiaskan dress flower girl Aisyah ni dengan manik "baby daisy". Oleh itu cheq telah pilih manik pearl kuning sebagai tengah bunga dan manik round toho warna cream untuk kelopak bunga. Teknik jahit manik ini amat mudah dan hasilnya juga amat comel. Sangat cantik bila dijahit pada baju kanak-kanak/baby, sesuai dengan namanya iaitu "baby daisy".

Langkah-langkah:

1. Cucuk jarum dari bawah kain dan masukkan manik pearl utk tengah bunga. Cucuk jarum ke bawah kain.

IMG_0273 IMG_0257

2. Cucuk semula jarum dari bawah kain ke atas dan masukkan 8 biji manik bulat (perlu di ingat saiz manik ini perlu lebih kecil daripada manik utk tengah bunga. Bilangan manik bulat bergantung kepada saiz lilitan pada manik tengah. Sekiranya manik tengah lebih besar maka lebih banyak manik bulat diperlukan untuk membuat lilitan penuh supaya membentuk kelopak bunga.

IMG_0275 IMG_0265 

3. Lilitkan manik bulat mengelilingi manik pearl (tengah bunga) dan cucuk jarum ke bawah di hujung lilitan.

IMG_0263  IMG_0262

4.  Cucuk jarum dari bawah dan keluarkan jarum di celah manik ke-4 (ikut bilangan separuh lilitan). Cucuk semula jarum ke bawah untuk mematikan jahitan supaya lilitan manik tidak terangkat seperti gambar di bawah.

  IMG_0267 IMG_0278

IMG_0266

5. Siaplah jahitan manik "baby daisy". Selamat mencuba   

IMG_0269

IMG_0271

Edisi cuci mata/tayang anak dara:

Aisyah melaram dengan dress flower girlnya semasa kenduri kahwin "Moknie". Dress belum dijahit manik baby daisy.

 IMG_0016 IMG_0015   

IMG_0023 IMG_0026

Mutiara & Kristal Sabah

IMG_0126

Rambang mata…..banyaknya mutiara, mutiara tu banyak gred dari air tawar dan juga air masin.

IMG_0128

IMG_0127 IMG_0124

Aisyah sedang memilih mutiara ! Naik berpinau biji mata cheq-sue pilih kristal & mutiara kat Kedai Jamilah tu. Memang tak cukup masa di sana…..kalau boleh ditukar tiket flight tu….memang cheq-sue nak stay lagi kat sana …..tapi teringat pula kat Adam yang ditinggalkan pada Abah kat rumah.

IMG_0125

Pekerja Jamilah Jewelleries sedang tekun mengarang gelang kristal cheq-sue. Kat dalam bekas-bekas tu semuanya kristal swarovski!

IMG_0167

Antara koleksi gelang, rantai tangan, loket & brooch yang sempat cheq-sue beli dan tempah.

IMG_0158IMG_0141  

IMG_0148IMG_0150

IMG_0145IMG_0146 

IMG_0154IMG_0162 

Kalau berkenan…..boleh tempah dengan cheq-sue! send e-mel kat sue@cheq-sue.com

Lawatan Kerja Ke Sabah

IMG_0121

Pada 23 hingga 26 Jun 2008 Cheq-sue bersama seorang rakan setugas telah ke Sabah untuk memberi penerangan dan taklimat berkaitan Perlaksanaan Opsyen Persaraan 58 Tahun kepada semua staf MARA di sana. Kami telah diarahkan utk ke MRSM Kota Kinabalu, IKM Kota Kinabalu, PMN Sabah dan MRSM Tawau. Cheq-sue bergambar bersama-sama dengan Timbalan Pengarah serta beberapa orang lagi staf IKM Kota Kinabalu selepas memberi taklimat.

Cheq-sue ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas layanan tuan rumah di sana terutama kepada Maksu Ella, paksu In, Kak Saemah, En. A. Halim, En. Hamid, En. Matlin, Ustaz Jaafar, En. Hamzah, En. Sham dan ramai lagi rakan setugas di Sabah. Betul kata orang, Hospitality orang Sabah memang first class!!!  Kepada Ustaz Jaafar, En. Matlin dan En. Hamzah terima kasih bebanyak kerana sabar melayan karenah kami membeli belah di Pasar Tanjung dan juga Pasar Gantung dan sanggup pula menunggu kami check-out dari hotel dan hantar hingga ke airport. Tak sangka dalam sibuk melayan kami membeli belah entah bila masa agaknya mereka membelikan kami hadiah "buah tangan" dari Tawau utk di bawa pulang ke Semenanjung. Yang specialnya hadiah tu utk suami kami iaitu Kain Pelikat Gajah Duduk!

Terima kasih Bah! Cheq-sue tak sabar nak pergi lagi….:)